Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
41Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU BUAH-BUAHAN TEMPATAN

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 7,529 |Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
 
Sepintas Lalu
Permintaan terhadap buah-buahan tempatan semakin meningkat sama ada bagipasaran tempatan ataupun luar negara. Hasil penyelidikan Pusat PenyelidikanPengkebunan MARDI (
Mardi's Horticulture Research Centre
) mendapati jumlaheksport buah-buahan tempatan telah meningkat daripada RM 142 million pada1990 kepada RM 225 million pada 1996 dan meliputi 10-15% jumlah hasilpengeluaran buah-buahan tempatan
Kerajaan menganggarkan bahawa Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya12,000 hektar kawasan tanaman limau untuk mengelakkan buah-buahan ituterus diimport bagi menampung permintaan yang semakin bertambah. Malaysiatelah mengimport kira-kira 100 juta tan limau yang bernilai RM 110 juta padatahun 1996. Nilai tersebut merupakan 2 kali ganda berbanding dengan pada1990.
Sehingga tahun 2000, 7,032 kawasan tanah di Malaysia diusahakan denganprojek tanaman limau.Jumlah tersebut hanya merupakan 3% daripadakeseluruhan kawasan tanaman buah-buahan seluas 262,113 hektar.Kawasanpenanaman limau turut meningkat sehingga 6,466 hektar pada 1998 sejajardengan peningkatan pengeluaran limau tempatan.Di antaranya hanya 750hektar dan 2,140 hektar sahaja adalah kawasan penanaman buah limau kasturidan limau manis manakala di Sabah pula hanya 890 hektar tanah penanamanbuah limau sahaja.
Di Malaysia, jumlah hasil pengeluaran buah sitrus meningkat dari 24,780 tanmetrik pada tahun 1995 kepada 32,000 tan metrik tahun 2000. Sebaliknya,jumlah pengeluaran buah sitrus seluruh dunia pula meningkat dari 9.2 juta tanmetrik pada 1995 kepada 10.3 juta tan metrik. Peningkatan pengeluaran buahsitrus tempatan adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan pasaranterhadap buah segar manakala peningkatan pengeluaran buah sitrus duniamungkin disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap produk jus buahsitrus.
Buah-buahan tempatan biasanya digunakan secara segar dan jarang diprosesuntuk produk makanan yang bernilai lebih tinggi dan tahan lama.Ini disebabkanoleh kekurangan penyelidikan pemprosesan makanan yang menggunakan buah-buahan tempatan. Akibatnya banyak buah-buahan dibiarkan rosak dalam musimpengeluaran yang berlebihan.
Industri pemprosesan makanan di Malaysia adalah bersifat primitif denganpengetinan buah nanas masih merupakan buah utama yang diproseskan.Pemprosesan buah-buahan lain dijalankan secara skala kecil dan hanya terhadkepada belimbing, jambu batu, betik dan rambutan. Kebanyakan buah-buahantempatan mudah rosak dan mempunyai hayat penyimpanan pendekmengakibatkan pengedarannya terbatas. Di antara produk makanan yang biasadihasilkan ialah buah dalam tin, jus, jem, jeli, kordial, halwa dan jeruk. Untukmempelbagaikan produk, MARDI telah memulakan penyelidikan ke ataspemprosesan buah-buahan tempatan yang agak kurang kegunaannya.
 
 
Industri Buah Sitrus
Buah sitrus yang biasanya ditanam di Malaysia ialah limau manis (
Citrussinensis
Osbeck), limau langkat (
Citrus reticulate
Blanco), limau nipis (
Citrusaurantifolata
Swingle), limau kasturi (
Citrus microcarpa
Bunge) dan limau besar (
Citrus grandis
Osbeck). Limau kasturi dan limau manis dikategorikan sebagaitanaman sampingan yang kurang penting dalam sektor pertanian dan tiadastatistik yang terperinci tentang kedua-dua buah ini. Hasilan pengeluaran kedua-dua jenis buah tersebut dimasukkan dalam kategori buah sitrus yang lain.
Buah sitrus tempatan biasanya dimakan secara segar dan jarang digunakanuntuk tujuan pemprosesan. Misalnya, limau manis dan limau langkat merupakanbuah pencuci mulut yang popular manakala limau nipis dan limau kasturidigunakan untuk tujuan memasak.
Selama ini, petani buah sitrus di negara ini terdedah kepada turun-naik hargayang teruk akibat daripada perubahan corak bekalan dan permintaan yang tidaktetap.Dengan mempelbagaikan penggunaan buah sitrus dalam industripemprosesan makanan dapat menstabilkan harga dan pengeluarannya.Pengawetan buah sitrus dalam bentuk jem, jeli dan marmalad merupakan suatuindustri pemprosesan makanan yang popular di negara pengeluaran buah sitrus.tetapi merupakan industri kurang penting di Malaysia.
Tambahan pula, buah sitrus adalah buah bukan klimaterik yang boleh disimpandengan agak lama .Semakin lama disimpan semakin banyak air akan hilangdaripada buah dan nilai komersialnya menurun. Dengan ini, buah sitrus perludiproseskan untuk mengurangkan kerugian begini. Buah sitrus amat berpotensiuntuk diproseskan menjadikan produk puri, jus, minuman sejuk, jeruk, kordial,pekatan jus,skuasy, acar buah-buahan dan bebola buah. Eksport buah segar lazimnya hanya terhad kepada kawasan atau negara terdekat sahaja keranamasalah buah segar yang cepat rosak dan tempoh penyimpanan yang pendekAkan tetapi buah terproses tidak mempunyai masalah tersebut malahan dapatdieksportkan ke negara yang lebih juah dengan harga yang lebih stabil dan baik
Status Industri Buah-buahan Masa Kini
Penggunaan per kapita buah-buahan di Malaysia meningkat daripada 49.9 kgpada 1995 kepada 53.5 kg pada tahun 2000 dan dijangka akan mencapai 64.8 kgpada 2005. Peningkatan ini dikaitkan dengan penambahan pendapatanperseorangan, kesedaran pengguna tentang nilai pemakanan buah-buahan dankemudahan untuk mendapat pelbagai jenis buah-buahan sama ada buah-buahandiimport ataupun buah-buahan tempatan .Buah-buahan tersebut termasuklahbuah-buahan segar, terproses dan terawet.Peningkatan permintaan buah-buahan tempatan adalah disebabkan perubahan tabiat pemakanan penggunayang lebih mengutamakan kesihatan, rasa buah segar dan semulajadi .
Statistik tersebut menunjukkan penggunaan buah-buahan per kapita di Malaysiamasih rendah jika dibandingkan dengan Negara Barat yang maju. Penggunaanbuah-buahan per kapita di Amerika Syarikat ialah 133.68 kg pada 1997 (USDA,1998), Australia 87.4 kg pada 1998 (Agra Europe Ltd., 1999a), Holland 146 kg,Jerman Barat 138.8 kg, Itali 129.5 kg dan Switzerland 130.4 kg (Bala kumar,1999).Ini menunjukkan bahawa potensi pasaran buah-buahan di Malaysia adalahbesar dan masih boleh dikembangkan lagi.

Activity (41)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Salina Hamid liked this
Nyik Moey Chai liked this
Qiunnie Poon liked this
Cat Cambridge liked this
Liyana Aqilah added this note
terima kasih sbb share maklumat... mmg info yg baik... tgh tercari2 maklumat ni.
amirulamir liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->