penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular dikalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaianterbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arahyang lebih positif.
o
3.0.2 Samseng Dan Gengsterism
eGejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara jugasemakin membimbangkan .Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undangdan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjatamerbahaya.. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahunantara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. KemeterianPendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolahmenengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukansedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan .
o
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitanpelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugutdan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memilikisenjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahunpelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol danmenyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencurimotosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan jugarompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan diParlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yangdilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negeri-negeridari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan.
o
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut sepertifaktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri .Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikanganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca.Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yangporak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuantidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepadapermasalahan mereka.
Ponteng Sekolah
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yangbaru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yangdikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabitdengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah,terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pastisebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng.Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit denganmasalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan.Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , DatukMahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalanganpelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama