Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
56Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

Ratings:

4.75

(4)
|Views: 10,405 |Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
ISU KEPENGGUNAAN
Pentingnya Pendidikan Pengguna Di Sekolah-Sekolah
Wawasan 2020 merupakan dorongan ke arah kecemerlangan negara. Bagi mencapaidan merealisasikannya, dasar ekonomi negara yang kukuh dalam bidang perniagaanperlulah ditekankan sepenuhnya. Dalam kehidupan seharian, perniagaan memainkanperanan penting untuk mencuri pandangan dan tumpuan orang ramai agar menjadipemangkin ke arah kemakmuran negara.Orang ramai sebagai pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan wawasannegara. Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan dalam bidang kepenggunaan perlulahdisemai dari peringkat kecil lagi. Dalam hal yang sedemikian, sekolah merupakansebuah institusi yang paling sesuai untuk mendidik pelajar tentang pendidikankepenggunaan.Biasanya, peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada memikirkan hak-hakpengguna. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar harus mengetahui tentang hak-hakyang ada pada mereka sebagai pengguna. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah jugadapat membentuk sikap yang positif di kalangan pelajar. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar merupakan bakal barisan intelek yang akan menyemarakkan semangat dankejituan rakyat dalam hal ehwal perniagaan masa akan datang.Pengguna pada hakikatnya mempunyai lapan hak, iaitu hak mendapatkan keperluanasas, hak mendapatkan keselamatan/ perlindungan, hak mendapatkan maklumat, hakmendapat gantirugi, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapat pendidikanpengguna dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat.Pendidikan pengguna secara amnya, membantu pelajar-pelajar mengetahui denganlebih mendalam lagi mengenai bagaimana urusniaga dijalankan dalam kehidupanseharian. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah dapat membantu para pelajarmengetahui cara-cara pengguna menggunakan hak-hak yang ada pada mereka untukmenghalang daripada dieksploitasikan oleh peniaga-peniaga.Sesungguhnya, untuk membentuk satu barisan intelek yang peka terhadap hal-halkepenggunaan, pelajar-pelajar perlulah memperlengkapkan diri mereka denganpengetahuan yang utuh untuk menangani masalah-masalah pengguna. Memandangkanpeniaga begitu ghairah dan berleluasa mengeksploitasikan kejahilan pengguna, makasudah sampai masanya bagi pengguna berusaha menuntut hak mereka yang amatpenting, iaitu hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna. Pendidikan pengguna disekolah-sekolah dapat menggambarkan pada pemikiran manusia bahawa pendidikanpengguna amat penting supaya para pengguna lebih memahami suasana duniaperniagaan masa kini yang semakin mencabar, terutama dalam era globalisasi danteknologi maklumatPendidikan pengguna di sekolah-sekolah bukan sahaja dapat membantu para pelajarmenyelesaikan masalah-masalah pengguna, malah membentuk sahsiah pelajar-pelajaragar lebih inisiatif dan inovatif untuk menarik perhatian pelajar ke arah menjadipengguna yang berwawasan tinggi.
 
Sebenarnya, masalah sekarang adalah sikap pengguna sendiri yang tidak acuhterhadap hak-hak mereka, walaupun ramai yang sedar akan hak-hak mereka. Penggunaharuslah bergabung tenaga untuk memperjuangkan hak-hak mereka daripada terusdicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tanpa tindakan pengguna, merekaakan terus dibelenggu oleh masalah-masalah pengguna yang semakin kompleks danmerumitkan. Pengguna seharusnya menggunakan sepenuhnya peluang di sekolah-sekolah bagi memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu kepenggunaan yang tinggiagar mereka dapat menangani masalah-masalah pengguna yang wujud.Sememangnya, pendidikan pengguna harus diterapkan di peringkat sekolah-sekolahlagi untuk melahirkan generasi intelek yang bakal menerajui negara pada masa akandatang. Kurikulum sekolah masa kini perlulah disesuaikan dengan menerapkan unsur-unsur kepenggunaan dalam mata pelajaran-mata pelajaran tertentu yang wajib danperlu untuk diambil oleh pelajar agar generasi akan datang lebih berpengetahuan danboleh menjadi pengguna yang bijak dan rasional
Asas Pendidikan Pengguna
esedaran yang kritis.Pengguna dididik supaya kritis terhadap mutu barangan dan perkhidmatan serta kualitialam sekitarnya. Juga, pengguna dididik mengenai amalan pengeluaran danpenggunaan dan kaitannya dengan alam sekitar. Pengguna seterusnya digalakkansupaya sering menyoal tentang kepenggunaan supaya berpengetahuan dan sukarditipu.
O
bjektiviti.Pengguna dilatih supaya boleh membuat pilihan yang bijaksana. Tidak mudahdipengaruhi oleh iklan-iklan atau taktik-taktik penjualan.
N
ilai.Membentuk nilai-nilai hidup juga menguntungkan pengguna. Tidak terburu-burumeniru nilai-nilai yang tidak sesuai. Juga, mengubah kepercayaan bahawa produk atauperkhidmatan yang mahal atau kerap diiklankan semestinya lebih berkualiti daripadayang berharga murah atau tidak diiklankan.
S
ikap.Membina sikap positif dan bertanggungjawab. Berani mengambil tindakan danmembuat aduan apabila tertipu atau mendapati produk atau perkhidmatan tidakmemuaskan. Mengubah sikap negatif seperti pantang melihat jiran atau kawan hiduplebih mewah. Juga, menghapuskan sikap mementingkan diri dan sebaliknya memupukrasa bertanggungjawab sosial serta sikap bekerjasama dan bersatu padu.
 
U
ndang-undang.Memperkenalkan undang-undang yang melindungi pengguna. Memberi fahaman yangmendalam mengenai undang-undang supaya pengguna mahir menggunakannya apabilaperlu. Pengguna juga digalakkan untuk memastikan yang undang-undang perlindunganpengguna dikuatkuasakan dengan berkesan dan sepenuhnya. Jika ada kelonggaran ataukelemahan dalam undang-undang tersebut, kerajaan haruslah digesa untukmemperketatkannya. Bila perlu, mendesak kerajaan untuk menggubal undang-undangyang baru atau meminda undang-undang yang ada supaya lebih berkesan.
M
aklumat.Maklumat adalah kuasa. Melatih pengguna bagaimana hendak mendapat, menggunadan menilai pelbagai maklumat supaya kemahiran pengguna membeli danmenggunakan dapat dipertingkatkan. Maklumat juga memberi pengguna pilihan lebihmeluas serta melindungi kita daripada produk bahaya dan amalan buruk.
E
konomi dan ekologi.Menerangkan tentang sistem ekonomi negara supaya pengguna boleh menggunakanpengetahuan ini untuk melindungi kepentingan pengguna. Juga, menggalakkanpengguna supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Pengguna juga perludididik mengenai ekologi supaya mencintai alam sekitar.
ancangan.Pengguna dididik supaya merancang setiap tindakan mereka. Misalnya, membuatsenarai barang yang hendak dibeli sebelum ke kedai atau ke pasar. Dengan itu,mengelak membeli secara terburu-buru yang biasanya merugikan pengguna. Penggunayang terdidik adalah raja kerana merancang setiap aktivitinya dan tahu hak-haknyasebagai pengguna. Pengguna yang merancang adalah pengguna yang bijak dan sukarditipu atau merasa sesal di kemudian hari.
Kempen ’Pengguna Bijak’

Activity (56)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Cikk Pieja added this note
right ;) excellent .
Wai Yen liked this
Ganages Sevam liked this
Farida Noor added this note
memang karangan ini sangat baik dan sesuai bagi pelajar SPM menggunakan sebagai contoh bagi menghasilkan karangan cemerlang.
sazah90 added this note
ya betul tu
Lorna Cassandra added this note
Karangan ini menarik....

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->