WARGA EMAS
ISU PENJAGAAN WARGA TUA
•
Ramai yang telah memperkatakan peningkatan kualiti hidup diserata dunia, danini termasuklah bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.Peningkatan pada perkhidmatan kesihatan telah banyak mempengaruhipeningkatan umur dan dalam masa dua dekat banyak pengaruh daripadaperkhidmatan kesihatan telah menjamin akan hayat yang lebih daripadadahulunya.
•
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat darisatu masa ke satu masa, contohnya di Malaysia sendiri, peratus warga tuakepada keseluruhan populasi yang melebihi tahap umur 65 semakin meningkatdari masa ke masa. United Nation (1987) telah membuat perjangkaan bahawaperatusan warga tua di Malaysia akan meningkat daripada 3.3 peratus padatahun 1980 sehingga 7.4 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebihdaripada sekali ganda dalam masa 40 tahun.
•
Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jikaberbanding dengan negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun.Warga tua adalah satu golongan yang istimewa yang pernah menjanakan tenagamereka dalam membimbing generasi kini dengan jayanya. Maka tidak perludinafikan lagi bahawa pertolongan kepada golongan tersebut perlu digiatkan.
•
Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akanmemberi sedikit tekanan kepada masyarakat secara umumnya bagimenyediakan kemudahan, seperti penjagaan, rawatan dan sebagainya.Penyediaan kemudahan kepada warga tua nanti sudah semestinya akanmengunakan sumber kewangan yang dijanakan daripada kutipan kerajaan atasmasyarakat dan juga daripada sumber kewangan peribadi atau persendirian.Masyarakat sekarang harus menanam semangat bertanggungjawab kepadasemua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk menanganimasalah yang akan dihadapi oleh warga tua.
•
Ramai telah memperkatakan usaha-usaha ke arah penjagaan warga tua dalammasyarakat sekarang. Konsep penjagaan warga tua masih lagi dianggap tidakmempunyai ketentuan yang tetap iaitu masyarakat dan pihak berkuasa seolah-olah beraggapan bahawa penjagaan warga tua hanya perlu dilakukan kepadaaspek fizikal sahaja tanpa menitikberatkan aspek emosi mereka. Masyarakatdan pihak berkuasa seharusnya perlu lebih peka terhadap konsep penjagaanwarga tua dengan menyediakan program penjagaan yang lebih sempurna dalamsemua aspek baik fizikal mahupun spiritual kerana hakikat bahawa manusiatercipta daripada dua unsur tersebut tidak dapat diketepikan sama sekali. Danini bermakna program penjagaan yang komprehensif dan menyeluruh sifatnyaperlu disediakan untuk mereka.
•
Masyarakat di kawasan Asia masih lagi mengamalkan keutuhan konsepkekeluargaan di kalangan ahlinya.Walaupun begitu, didapati bahawa konsepkekeluargaan ini semakin pudar ditelan zaman. Ramai di kalangan anak yangtidak sanggup untuk memelihara ibu-bapa yang telah tua. Ada kala warga tuaitu sendiri yang tidak mahu tinggal bersama keluarga dan anak-anak merekadengan alasan akan menyusahkan keluarga dan anak-anak mereka sendiri.
Add a Comment