Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
49Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU SEKOLAH

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU SEKOLAH

Ratings:

4.71

(7)
|Views: 10,604 |Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
Isu 1. Program Keceriaan Sekolah
Pengenalan
1.
Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkankecintaan serta kerjasama yang tinggi di kalangan warga sekolah. Keceriaan dankebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikankerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainyavisi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.
Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagimeningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segiemosi, rohani ,jasmani dan intelek.
3.
Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolahyang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyaikemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakansekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiahwarganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
Objektif Program
1.Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
2.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana dikawasan sekolah.
3.
Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadapinstitusi pendidikan mereka.4.Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5.
Menjadikan kawasan sekolah selesa hingga mendorong sikap dan motivasi positifpembelajaran di kalangan pelajar.
Perancangan Strategik Program
1.
Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan diceriakan.
2.
Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria .3.Membahagikan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform.4.Memceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokokhiasan.
5.
Menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu, tempatistirahat dan laluan pelajar.
6.
Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak.
7.
Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkankemudahan untuk keselesaan pelajar.
8.
Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain bagimeningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah.
9.
Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap ataumenghayati slogan seperti “Sekolah Ku Rumah Ku” , “Cintailah Sekolah Kita” dansebagainya dikalangan warga sekolah.
10.
Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dankawasan pembersihan dengan lebih baik.
11.
Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasansekolah.
12.
Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar.
 
13.
Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar.
14.
Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan termasuk aktiviti gotong royongmembersih kawasan sekolah di kalangan warga sekolah. Antara aktiviti kempenkeceriaan termasuklah mengadakan Pertandingan Taman Cantik dan Ceria.Kempen Sumbangan Pokok di kalangan warga sekolah,membina papan kenyataanberinformasi di setiap taman,mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya dikawasan sekolah,membina arca di kawasan taman,membina menara jam,membinakolam dan air terjun dan membina laluan berbumbung di kawasan tamandan membina Taman Herba baru.
Keceriaan Bilik Darjah Atau Kelas
1.
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapatdengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Untuk mencapai kecemerlangan ,sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalamkeadaan yang bersih dan ceria.
2.
Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkandari masa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih danceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasaberada dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran denganbaik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasamadan pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkankecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar denganFalsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbangdari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3.
Pihak sekolah perlu memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan bersihdan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapatmengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Pertandingan bilikdarjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam sesebuah kelas.
4.
Pihak sekolah mampu menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dengan setiap bilikdarjah dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing. Pertandingan sepertiini mampu membina rasa tanggungjawab dan kerjasama diantara pelajar di dalamkelas lantas membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas.Pertandinganini juga memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjahmengenai pengurusan dan kepimpinan serta menjadikan bilik darjah sebagai tempatyang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah.
Keceriaan Sekolah Melalui Program 3K 
1.
Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan AlamSekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 12 tahun sejak tahun 1991. Program initelah memberin impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara.
2.
Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sekolah-sekolah lebih ceria dan selamatmalah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat berkurangan.Pihak sekolahmelahirkan rasa bangga dan gembira apabila mendapati melalui program ini, usahamereka menggerakkan program pembangunan di sekolah mendapat pengiktirafandaripada Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
3.
Berdasarkan laporan program 3K untuk tahun 2003, didapati tahap keindahan,keselamatan dan kebersihan di sekolah-sekolah adalah baik.Namun, tahapkebersihan dan keselamatan harus dipertingkatkan lagi.
 
4.Program 3K telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepadabudaya yang lebih baik apabila ponteng sekolah menurun, kes vandalisme berkurangdan prestasi akademik meningkat.
5.
Melalui program itu juga kerja berpasukan di kalangan pihak sekolah dan kepimpinanpengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlanganpendidikan di sekolah-sekolah berkenaan.
6.
Program 3K bagi kategori Juara-Juara iaitu untuk sekolah yang pernah menjadi juara3K telah berjaya mengerakkan sekolah-sekolah itu semula mengadakan pelbagaiprogram menarik bagi menambahkan keceriaan di sekolah masing-masing.
7.
Namun begitu,berdasarkan laporan panel penilai untuk kategori juara-juara, didapati60 peratus daripada sekolah-sekolah yang dinilai tidak dapat mengekalkan budaya3K.Ini kerana kebanyakan pengetua, guru besar serta guru-guru yang bertugassemasa sekolah itu menjadi juara telah bertukar atau bersara maka merekamemerlukan masa untuk menggerakkan semula program itu semula.Panel penilaijuga mendapati 50 peratus daripada sekolah yang dinilai telah berubah dari segifizikal kerana pembangunan dan ruang untuk landskap juga amat terhad.
8.
Namun berkat kerjasama semua warga sekolah iaitu guru, kakitangan sokongan danpelajar yang sanggup berkorban masa untuk menyiapkan semua tugasan yang diberiakhirnya membantu sekolah membuat persediaan itu dengan baik. Selain itu,kerjasama dan kemurahan hati pihak berkuasa tempatan yang membekalkan anak-anak benih pokok bunga serta mengangkut sampah turut membantu pihak pentadbirsekolah menghadapi penilaian semula program 3K dengan hati yang agak tenangpihaknya kini memberi tumpuan yang lebih kepada aspek keselamatan.
9.
Terdapat sekolah yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sebagaikomponen utama Program 3K. Rasional polisi keselamatan diperkenalkan ialah untukmemberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan fizikal, emosi,sosial dan teknikal.Antara objektifnya ialah untuk meningkatkan kefahamanterhadap tatacara dalam menghadapi isu keselamatan, kecemasan, kemalangan danmalapetaka di sekolah.
 
10.
Program 3K memberikan banyak manfaat ke arah meningkatkan kecemerlanganpendidikan di sekolah selaras dengan matlamat pendidikan negara.Sekolah-sekolahyang menyertai program 3K didapati kurang menghadapi masalah disiplin di kalanganpara pelajarnya.Selain itu, guru-guru juga lebih cenderung untuk kekal lama disekolah berkenaan dan ibu bapa pula lebih berminat untuk menghantar anak merekake sekolah yang menyertai program itu kerana yakin dengan keupayaannya mendidikanak-anak mereka.
11.
Program ini dapat menjana keinginan pihak sekolah untuk terus meningkatkankemajuan sekolah kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai kedudukan danpencapaian sekolah berkenaan.
12.
3K juga memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama merekamelalui kerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah menyediakan taman danlandskap di kawasan sekitar sekolah.Melaluinya para pelajar dapat mengenal pastipotensi dan keupayaan mereka sebagai pemimpin selain membentuk disiplin diriapabila dilantik mengetuai sesuatu projek.
13.
Selain itu , melalui aktiviti 3K juga pelajar, guru dan guru besar dapat berinteraksidalam suasana yang lebih mesra sekaligus menjalin hubungan baik di antara merekadan memudahkan pelaksanaan segala urusan berkaitan pendidikan di sekolah itu.

Activity (49)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nurul Adlia liked this
Fasha Anawa liked this
Sii Jiing liked this
Sii Jiing liked this
are_min96 liked this
ah_kian82 liked this
Lilian liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->