Isu 1. Program Keceriaan Sekolah
Pengenalan
1.
Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkankecintaan serta kerjasama yang tinggi di kalangan warga sekolah. Keceriaan dankebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikankerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainyavisi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.
Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagimeningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segiemosi, rohani ,jasmani dan intelek.
3.
Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolahyang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyaikemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakansekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiahwarganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
Objektif Program
1.Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
2.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana dikawasan sekolah.
3.
Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadapinstitusi pendidikan mereka.4.Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5.
Menjadikan kawasan sekolah selesa hingga mendorong sikap dan motivasi positifpembelajaran di kalangan pelajar.
Perancangan Strategik Program
1.
Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan diceriakan.
2.
Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria .3.Membahagikan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform.4.Memceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokokhiasan.
5.
Menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu, tempatistirahat dan laluan pelajar.
6.
Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak.
7.
Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkankemudahan untuk keselesaan pelajar.
8.
Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain bagimeningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah.
9.
Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap ataumenghayati slogan seperti “Sekolah Ku Rumah Ku” , “Cintailah Sekolah Kita” dansebagainya dikalangan warga sekolah.
10.
Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dankawasan pembersihan dengan lebih baik.
11.
Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasansekolah.
12.
Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar.