Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
197Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PERTANIAN

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PERTANIAN

Ratings:

4.9

(21)
|Views: 65,430|Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
PERTANIAN
MUKADIMAH
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggarisi beberapa strategidan langkah yang disifatkan oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai usahauntuk mencergaskan sektor pertanian semula. Sektor pertanian dilihat sebagai
sektoryang
 
menjanjikan
 pulangan lumayan
di samping menjadi wahana dalam usaha
merapatkan
 
 jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar
. Adalah menjadiimpian kerajaan bahawa menjelang tahun 2020 , negara kita bukan sahaja maju dalamsektor industri di bandar malahan maju dalam industri pertanian di desa. Semua agensi berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan perlu melipatgandakan usaha bagimembuktikan bahawa pertanian bukannya sektor ‘lembab’ yang sebelum ini seringdikaitkan dengan kemiskinan.Sektor pertanian mampu
mengurangkan kebergantungan Malaysia kepadanegara
 
asing untuk mendapatkan bekalan makanan
. Perbelanjaan mengimportmakanan sebanyak RM 4.3 bilion setahun merupakan satu angka yang besar. Jumlah ini boleh disalurkan untuk program-program lain yang boleh dimanfaatkan oleh seluruhrakyat Malaysia. Sektor pertanian kini berpotensi
meningkatkan eksport baranganmakanan
lantas dianggap salah satu
enjin pertumbuhan ekonomi negara
selain sektor  pembuatan dan perkhidmatan. Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa negaramempunyai pasaran sebesar RM 18 bilion untuk produk seperti perasa, makanan danminuman berasakan hasil tani serta herba. Kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk mengembangkan sektor pertanian dengan
menyediakan banyak peluang pekerjaanyang berkaitan dengan sektor ini
. Jawatankuasa Peningkatan dan MempelbagaikanPendapatan Petani,Penternak dan Nelayan telah ditubuhkan bagi mencari jalanmempelbagaikan kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat.Hala tuju kerajaan adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian negara.Antara langkah yang telah diambil adalah dengan mengamalkan kaedah pertanian terkinimelalui aplikasi teknologi moden di samping penemuan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).Langkah juga diambil untuk menjadikan negara sebagai pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran hasil pertanian ke pasaran global. Skim penggalakan ladang juga dilaksanakan bagi menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik. Sektor pertanian menjadi semakin pentingkerana mampu
meningkatkan dan
 
meluaskan penggunaan bioteknologi
. Sebuahmakmal yang menjalankan penyelidikan bioteknologi telah ditubuhkan di InstitutPenyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kemajuan dalam bidang pertanian juga bermakna
pengurusan persatuan-persatuan
 
nelayan kawasan (PPN) dan pertubuhanpeladang kawasan (PPK) ditadbir secara
 
lebih sistematik 
agar lebih berkemampuanmengemudikan projek-projek pertanian komersial.Sudah sampai masanya para petani menjayakan program Amalan Pertanian Baik (APB) yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan. Sebagai sebuah negara yang tanahnya
 
subur dan sesuai untuk semua jenis tanaman, pengimportan makanan melebihi eksporttidak sepatutnya terus berlaku. Gagasan besar kerajaan ini hanya akan mencapaimatlamat sekiranya golongan sasar sanggup mengubah sikap dan pemikiran denganmenggunakan kaedah, teknologi serta amalan pertanian yang disyorkan.
S
ektor pertanian, perternakan dan perikanan merupakan aktiviti ekonomi yangdikategorikan sebagai sektor utama selain perlombongan.Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepadasektor pembuatan dan perkhidmatan,namun majoriti populasi di Asia terutama di bahagian Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepadakegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.Prestasi sektor pertanian sejak beberapa dekad yang lalu menunjukkan pola yang berbeza-beza antara negara membangun. Output pertanian telah meningkat lebih daripada60% sejak awal tahun 1970an, pengeluaran padi meningkat 2 kali ganda, eksport bahandan tanaman industri juga meningkat dengan pesat. Peningkatan yang signifikan ini berlaku disebabkan oleh kepelbagaian dalam sistem pertanian. Namun demikian, di kebanyakan negara di Asia Tenggara dapat dilihatsumbangan tenaga kerja di sektor pertanian dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin merosot jika dibandingkan dengan sumbangan olehsektor pembuatan. Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku dalam ekonomi Malaysia yang ditunjukkan olehmeningkatnya sumbangan oleh sektor perindustrian dan perkhidmatan.
 
Sektor Pertaniandi Malaysia
Perancangan sektor pertanian secara sistematik dan terarah telah bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan telah diperkemaskan lagi selepasDasar Ekonomi Baru (DEB).
Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK menunjukkan tren yang semakinmenurun daripada 31.5% pada tahun 1965 kepada hanya 12.2% pada tahun 1997dan 10.5% pada tahun 2000. Sektor pembuatan pertumbuhan yangmemberangsangkan daripada 10.4% pada tahun 1965 kepada 35.5% pada tahun1997 dan 37.5% tahun 2000. Sumbangan sektor utama ialah 40.5% pada tahun1965 menurun kepada 19.0% pada tahun 1997.
Sumbangan kepada peluang pekerjaan atau guna tenaga, tren yang sama iaitudaripada 52.1% pada tahun 1965 merosot kepada hanya 15.2% pada tahun 1997dan 13.1% tahun 2000. Sebaliknya sektor pembuatan menunjukkan peningkatandaripada hanya 8.3% pada tahun 1965 kepada 27.5% pada tahun 1997 dan 28.9% pada tahun 2000.
Eksport pertanian pada tahun 1970 eksport barangan pertanian merupakan60.2% daripada jumlah eksport kasar negara (di mana getah merupakan hasileksport utama iaitu sebanyak 33.4%). Eksport barangan pertanian telah menurunkepada 22.3% pada tahun 1990 dan 13.1% pada tahun 1995. Dalam tempohRancangan Malaysia Ke-6 (1996-2000) eksport barangan pertanian dijangkatumbuh pada kadar purata tahunan 6.5% berbanding dengan 25.8% oleh sektor  pembuatan.
Dari segi penggunaan tanah pertanian di Malaysia, sebahagian besadiperuntukkan kepada tanaman kelapa sawit, sayur-sayuran, nenas dan buah- buahan. Penggunaan tanah pertanian meningkat daripada lebih kurang 5.5 jutahektar kepada tahun 1990 kepada 5.8 juta hektar pada tahun 1995 tetapi menurunkepada 5.4 juta hektar pada tahun 2000. Komoditi pertanian industri iaitu kelapasawit terus menjadi komoditi pertanian utama yang melibatkan penggunaan tanahdaripada 2.0 juta hektar pada tahun 1990 kepada 2.6 juta hektar pada tahun 2000.Peningkatan ini disebabkan oleh pembangunan tanah baru dan penukaran tanahtanaman getah kepada kelapa sawit.
Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku kepada ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnyasumbangan dari sektor perindustrian dan perkhidmatan. Perhatian dan penekananyang diberikan terhadap pembangunan sektor perindustrian terutamanya,menunjukkan seolah-olah sektor pertanian telah dipinggirkan. Kegawatanekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah mengakibatkan kenaikan harga barangan makanan akibat daripada kenaikan harga barang import. Keadaan initelah meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga makananuntuk terus meningkat.

Activity (197)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Norlina Rawina liked this
Faishe Sherzil liked this
Selambu Chelvi liked this
Eddie Wong liked this
Ahmad Rozalli liked this
Fiq Nytyfor liked this
pgsr liked this
pgsr liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->