PERTANIAN
MUKADIMAH
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggarisi beberapa strategidan langkah yang disifatkan oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai usahauntuk mencergaskan sektor pertanian semula. Sektor pertanian dilihat sebagai
sektoryang
menjanjikan
pulangan lumayan
di samping menjadi wahana dalam usaha
merapatkan
jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar
. Adalah menjadiimpian kerajaan bahawa menjelang tahun 2020 , negara kita bukan sahaja maju dalamsektor industri di bandar malahan maju dalam industri pertanian di desa. Semua agensi berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan perlu melipatgandakan usaha bagimembuktikan bahawa pertanian bukannya sektor ‘lembab’ yang sebelum ini seringdikaitkan dengan kemiskinan.Sektor pertanian mampu
mengurangkan kebergantungan Malaysia kepadanegara
asing untuk mendapatkan bekalan makanan
. Perbelanjaan mengimportmakanan sebanyak RM 4.3 bilion setahun merupakan satu angka yang besar. Jumlah ini boleh disalurkan untuk program-program lain yang boleh dimanfaatkan oleh seluruhrakyat Malaysia. Sektor pertanian kini berpotensi
meningkatkan eksport baranganmakanan
lantas dianggap salah satu
enjin pertumbuhan ekonomi negara
selain sektor pembuatan dan perkhidmatan. Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa negaramempunyai pasaran sebesar RM 18 bilion untuk produk seperti perasa, makanan danminuman berasakan hasil tani serta herba. Kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk mengembangkan sektor pertanian dengan
menyediakan banyak peluang pekerjaanyang berkaitan dengan sektor ini
. Jawatankuasa Peningkatan dan MempelbagaikanPendapatan Petani,Penternak dan Nelayan telah ditubuhkan bagi mencari jalanmempelbagaikan kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat.Hala tuju kerajaan adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian negara.Antara langkah yang telah diambil adalah dengan mengamalkan kaedah pertanian terkinimelalui aplikasi teknologi moden di samping penemuan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).Langkah juga diambil untuk menjadikan negara sebagai pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran hasil pertanian ke pasaran global. Skim penggalakan ladang juga dilaksanakan bagi menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik. Sektor pertanian menjadi semakin pentingkerana mampu
meningkatkan dan
meluaskan penggunaan bioteknologi
. Sebuahmakmal yang menjalankan penyelidikan bioteknologi telah ditubuhkan di InstitutPenyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kemajuan dalam bidang pertanian juga bermakna
pengurusan persatuan-persatuan
nelayan kawasan (PPN) dan pertubuhanpeladang kawasan (PPK) ditadbir secara
lebih sistematik
agar lebih berkemampuanmengemudikan projek-projek pertanian komersial.Sudah sampai masanya para petani menjayakan program Amalan Pertanian Baik (APB) yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan. Sebagai sebuah negara yang tanahnya