Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua : Penggunaan Gaya Bahasa Dalam PenulisanCerpen oleh Penulis-Penulis Sastera Melayu.Oleh : Aimy Nadia Binti Zainal.Abstrak 
Tugasan ini dilakukan adalah untuk mendalami dan mendapatkan pengetahuan tentang membinasesuatu penulisan dengan struktur penulisan yang betul, terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa. Bentuk penulisan gaya bahasa yang dikaji adalah menjurus kepada penulisan cerpenmelayu selepas perang dunia kedua.Secara umumnya, penulisan cerpen melibatkan asas pengetahuan yang mendalam, perlu adadalam individu penulis. Yang mana seperti yang kita sedia maklum bahawa, pada abad kini banyak penulis-penulis yang berjaya menampilkan pelbagai isu pemikiran mereka melalui penggunaan gaya bahasa yang bersesuaian dengan maksud pemikiran mereka. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai, dapat menarik minat pembaca untuk mendalami sesuatu penyampaian penulis dalam karyanya. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita melihat seberapa ramai penulis yang berjaya menampilkan pelbagai isu pemikiran secara berkesan. Penggunaan gaya bahasa amat perlu di tekankan apabila menghasilkan sesuatu bentuk penulisan kerana ia berkemungkinanakan menyimpang kepada pemikiran pembaca jika gaya bahasa di salah guna.
 
Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
Prosa Melayu Moden
( BST 1053 )
 ,
Puan Hasrina Binti Baharum
 
kerana telah memberikan tunjuk ajar dan penjelasan untuk saya menyempurnakan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada, sahabat yang telah banyak memberi pendapat dan kritikan sertasumbangan idea sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
 
Pengenalan
Perkembangan cerpen melayu selepas perang banyak memberikan pembaharuan di dalam penulisan cerpen terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa. Perbicaraan mengenai gayadalam hubungannya dengan kesusasteraan sebenarnya adalah perbicaraan yang khusus tentang penggunaan bahasa.Maksud gaya bahasa dalam penulisan cerpen ialah cara penulis memberikan watak kepada penulisan (
ex
ure of wri
ing 
) dengan mempergunakan bahasa sebagai media untuk menyalurkan idea atau menyampaikan sesuatu idea kepada pembaca. Gabungan dari unsur gaya bahasa dengan unsur-unsur struktur yang lain seperti sudut pandangan, watak dan perwatakan,latar, plot, dan tema, akan dapat menimbulkan nilai keindahan pada sesebuah penulisan cerpen.Kebijaksanaan penulis menggunakan gaya bahasa yang tepat, segar, dan asli akan dapatmemperlihatkan cirri keindividuan dan identity penulis serta memberikan warna keindahan padakarya ciptaannya. Cara pemilihan kata (diksi), penyusunan ayat dan ungkapan, mencipta bahasakiasan dan memberikan corak nada serta suasana pada cerita, dapat menonjolkan ciri-ciriindividual itu. Hal ini dapat berlaku dan banyak bergantung kepada unsur-unsur lain seperti pendidikan, pengalaman, pekerjaan, dan persekitaran alam yang saling membentuk diri para penulis.Kebanyakan penulis cerpen selepas perang terdidik di sekolah Melayu, Arab, Inggeris dan ada pula yang bernasib baik mendapat pelajaran akademik sehingga ke peringkat universiti.Pendidikan seperti inilah yang kuat dalam membentuk pelbagai acuan dan corak gaya bahasayang dijelmakan dalam cerpen mereka.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more