You are on page 1of 13

SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Seni Visual

1.0 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1 Konsep Pengajaran


Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan
atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan,
pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, yang bertujuan menyebar ilmu
pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.

1.2 Pengertian Pengajaran


Perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam
aktiviti pengajaran di bilik darjah. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak
perubahan serta bertambah canggih. Demikian juga konsep dan erti pengajaran dahulu dan
sekarang telah banyak berubah.
Pada masa dahulu, ramai ahli falsafah di negara barat telah berusaha menganalisis erti
pengajaran kepada konsepnya. Mereka berpendapat tujuan pengajaran ialah mewujudkan
pembelalajaran, sungguhpun, kadang kala, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Maka,
sekiranya seorang pengajar tidak mempunyai hasrat untuk mewujudkan pembelajaran langsung,
aktivitinya yang diusahakan tidak boleh dikira sebagai aktiviti pengajaran. Aktiviti yang
bertujuan mewujudkan pembelajaran, sungguhpun gagal akhirnya, masih boleh disebut sebagai
perkataan pencapaian (an achivement word) ataupun perkataan tugasan (a task word).
Ertinya, pengajaran ialah sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan pembelajaran,
ataupun pengajaran merupakan tugasan.

1.3 Definisi Pengajaran


Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
pengajar dan pelajarnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh pengajar secara sistematik dan
teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

1.4 Ciri-Ciri Pengajaran


1. Pengajaran mempunyai dua unsur utama, iaitu pengajar dan pelajar.
2. Di dalam aktiviti pengajaran, guru memainkan peranan sebagai pengajar dan murid
memainkan peranan sebagai pelajar.
3. Pengajaran hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran.
4. Aktiviti yang paling rapat dengan pengajaran ialah intruksi (mengajar), diikuti dengan
latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.
5. Ia melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa ataupun simbol.
6. Pengajaran mempunyai erti perkataan pencapaian atau tugasan.
7. Aktiviti pengajaran boleh dijalankan dengan pelbagai bentuk, iaitu aktiviti
berpusatkan pengajar, aktiviti berpusatkan pelajar ataupun aktiviti berpusatkan
aktiviti pengajar dan pelajar.

1
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

8. Pengajaran, selain daripada pengajar dan pelajar, meliputi rancangan mengajar,


obejektif pelajaran, tempat belajar, alat bantu mengajar serta strategi, kaedah dan
teknik mengajar.
9. Pengajaran ialah sesuatu proses yang melibatkan interaksi dua hala di antara pengajar
dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
10. Strategi dan teknik pengajaran mengandungi unsur sains dan unsur seni serta bakat
mengajar guru.

1.5 Pengertian Pembelajaran


Mengikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai
memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka pembelajaran boleh diertikan sebagai
proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran bermula apabila wujudnya tindak balas
terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi yang sesuai iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan
erti ransangan itu. Roses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tungkah laku dapat
dibentuk atau dikekalkan.(Parlov, Thondike dan Skinner)

1.6 Definisi Pembelajaran


Robert M. Gange (1970) dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan
pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.
Ringkas kata, ramai ahli psikologi, pada umumnya mentafsirkan pembelajaran sebagai
proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah laku yang
agak kekal.
Pembelajaran ini membawa implikasi-implikasi yang dihuraikan seperti berikut :
1. Pembelajaran yang berlaku ialah hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna
sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melalui latihan atau pengalaman
tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Berdasarkan implikasi ini perubahan tingkah
laku kerana pertumbuhan, kematangan atau kelukaan misalnya, tidak boleh disebut
sebagai pembelajaran.
2. Perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai ciri kekalan. Berdasarkan
konsep ini, perubahan tingkah laku buat sementara sahaja misalnya, tindakan perlahan-
lahan kerana letih, mabuk kerana minuman keras, halusinasi kerana makan ubat, tidak
ada kaitan dengan pembelajaran
Rumusannya, berdasarkan konsep, pengertian dan definisi-definisi pembelajaran yang
dihuraikan, kita boleh rumuskan bahawa :
1. Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
2. Pembelajaran, melalui stimulasi-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku
seseorang yang berkenaan.
3. Pembelajaran adalah suatu perubahan tingkah laku manusia.
4. Perubahan tingkah laku agak kekal dan stabil.

2
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

5. Perubahan tingkah laku dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan
disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan oleh pengaruh dadah
atau penyakitnya.
6. Di samping itu, perubahan tingkah laku melalui pembelajaran dalam erti kata sebenar
adalah perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang
sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran. Perubahan tingkah laku, selepas aktiviti
pembelajaran, hendaklah dapat dinaikkan dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang
lebih tinggi.
7. Pembelajaran yang bermakna pula merangkumi proses kognitif yang mementingkan
pengalaman sedia ada, kefahaman, motif dan inisiatif belajar.
8. Pembelajaran melalui tindak balas terhadap rangsangan luar menghasilkan adaptasi
organisma terhadap persekitarannya. Maka, pembelajaran boleh disifatkan sebagai proses
adaptasi organisma.

1.7 Ciri-Ciri Pembelajaran


1. Pembelajaran merupakan suatu proses. Ia mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi
secara sistematik, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti oleh
pembentukan konsep dalam fikiran, dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku.
2. Hasil pembelajaran ialah pembentukan tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada
tahap yang lebih tinggi.
3. Perubahan tingkah laku selepas aktiviti pembelajaran agak stabil dan kekal.
4. Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan. Proses pembelajaran akan
berhenti apabila kehilangan motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai.
5. Hasil pembelajaran adalah akibat perolehan pengalaman atau latihan.
6. Pembelajaran berlaku ke atas aktiviti sendiri, iaitu ke atas usaha mengikut motif dan
motivasi tertentu

1.8 Prinsip-Prinsip Pembelajaran


Pemahaman terhadap proses pembelajaran ini akan dapat membantu guru meningkatkan lagi
kecekapan mengajar mereka, yang penting sekali, untuk mendapat hasil yang berkesan daripada
pembelajaran, kita harus memahami prinsip-prinsip pembelajaran yang berlandaskan kajian dan
teorinya seperti berikut :
1. Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada motivasi yang sesuai. Motivasi ini boleh
diwujudkan secara ekstrinsik (ganjaran luar) atau secara intrinsik (dorongan dalaman
sendiri).
2. Pembelajaran pelaziman boleh menghasilkan perubahan tingkah laku yang lebih kekal.
Oleh itu latihan berulang-ulang dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
3. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang mempunyai minat ataupun
kebolehan terhadap perkara yang dipelajarinya.
4. Persepsi yang tepat terhadap perhubungan di antara elemen-elemen yang dikaji dalam
sesuatu situasi akan membantu proses pembelajaran.
5. Aktiviti pengukuhan dapat mengekalkan perubahan tingkah laku yang dihasilkan
daripada pembelajaran.

3
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

6. Pembelajaran yang bermakna adalah bergantung kepada pengalaman secara langsung


yang dialami oleh pelajar sendiri.
7. Memberi peneguhan yang positif kepada pelajar akan menghasilkan respon atau
perubahan tingkah laku yang diingini, dan seterusnya mengekalkan perubahan tingkah
laku tersebut.
8. Kepuasan yang diperolehi daripada pembelajaran akan mendorong proses pembelajaran
diteruskan.
9. Pembelajaran yang berkesan hanya dapat berlaku jika pelajar mempunyai kesedian
belajar. Keengganan atau memaksanya belajar tidak akan mendatangkan hasil
pembelajaran yang diharapkan.
10. Pembelajaran boleh berlaku melalui peniruan tingkah laku orang lain, misalnya
demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.
11. Keberkesanan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada pemeringkatan isi
pelajaran secara sistematik serta kaedah dan teknik mengajar yang mengikut prinsip-
prinsip pembelajaran.
12. Pembelajaran yang berkesan hanya boleh berlaku apabila pelajar mempunyai pengalaman
sedia ada yang mencukupi serta berkaitan dengan perkara yang hendak dipelajari.
13. Tindakan maklum balas terhadap perkara yang dipelajari adalah penting untuk
membaiki dan meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran.

1.9 Jenis-Jenis Pembelajaran


Jenis-jenis pembelajaran boleh ditinjau dan dihuraikan dari segi bentuk, bidang kaedah dan
peringkat.

2.0 KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

2.1 Konsep Kaedah Mengajar


Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.
Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Dengan kata lain,
kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun.

2.2 Konsep Teknik Mengajar


Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran atau
kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktivi pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut pandangan Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu
muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk
mencapai objektif pelajaran secara optimum.
Di antara teknik-teknik mengajar biasanya digunakan oleh guru ialah teknik, bercerita,
bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama,

4
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcaraan, sumbangsaran,


permainan dan sebagainya.
Kaedah mengajar boleh menjadi teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan
suatu teknik yang sesuai. Misalnya, prosuder kaedah penyoalan, kaedah syarahan dan
sebagainya. Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam sesuatu pengajaran adalah
untuk menarik minat dan perhatian, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu
murid supaya mencapai objektif pengajaran guru.
Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif
pelajaran

Aras Kemahiran Teknik Mengajar


Pengetahuan Latih Tubi Dan Hafalan
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjuk Cara (Demontrasi)
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran

Jadual 1.0 : Perhubungan aras kemahiran objektif pengajaran dengan teknik mengajar

Teknik mengajar boleh diklasifikasikan kepada kategori-kategori yang menegaskan isi


kandungan atau proses. Sesetengah teknik mengajar adalah dikendalikan oleh guru dan
sesetengah pula dikendalikan oleh pelajar.

Cara Menegaskan Isi Kandungan Menegaskan Proses


Dikendalikan - Bercerita - Penyoalan Penyelesaian Masalah
oleh guru - Syarahan - Demonstrasi
- Perbincangan
Dikendalikan - Latih tubi & Hafalan - Simulasi Sumbangsaran
oleh - Sosiodrama - Permainan
pelajar sendiri - Main peranan

Jadual 2.0 : Kategori-kategori teknik mengajar di dalam bilik darjah

2.3 Simulasi
Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi
sebenar. Jenis simulasi :
1. Sosiodrama menggunakan skrip dan mengandungi konflik
2. Main peranan. Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip.
Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian.

2.4 Tunjuk Cara (Demostrasi)


Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih
pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki.
2.5 Melawat Sambil Belajar

5
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran


dimana pelajar mendapat pengetahuan secara langsung dan aktiviti yang menyeronokkan.

2.6 Pembelajaran Akses kendiri


Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri.
Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran. Guru adalah
berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor

3.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN – PEMBELAJARAN

3.1 Konsep Pendekatan


Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep
pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
1. Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran
misalnya :
a) Daripada konkrit kepada abstrak
b) Daripada mudah kepada kompleks
c) Daripada keseluruhan kepada bahagian
d) Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
e) Daripada spesifik kepada umum (induktif)
f) Daripada dekat kepada jauh
g) Daripada yang diketahui kepada belum diketahui

2. Pendekatan adalah pernyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti
dan alasan. Jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip, atau teori pengajaran
dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran, maka model, prinsip atau teori pembelajaran boleh
dijadikan sebagai pendekatan untuk pelajaran yang berkenaan, misalnya, pendekatan induktif,
deduktif, integratif, dan sebagainya.
Ringkasnya, pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori
pembelajaran yang berciri aksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektif pelajarannya yang telah ditentukan.

3.2 Konsep Strategi

6
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

Mengikut Kamus Dewan (1998), Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu
perkara. Didalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran merujuk
kepada teknik perancangan atau kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan
unutk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
Sebenarnya, strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur.
Oleh itu, konsep strategi dalam pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan
kaedah dan teknik mengajar sahaja. Maka, didalam situasi waktu pelajaran, strategi pengajaran
dan pembelajaran merangkumi pertimbangan berikut:
1. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
2. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.
3. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan
teori pembelajaran.
4. Pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum
5. Penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluannya untuk setiap kaedah dan teknik
mengajar.
6. Pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.

Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan


mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian optimum. Strategi
pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada beberapa contoh berikut :
1. Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran memerhati, mengamati melukis dan
menginterprestasi.
2. Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.
3. Strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran.
4. Strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan.
5. Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.
Ringkasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran,
pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan strategi yang sesuai akan
menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

3.3 Strategi-Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran


Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori yang utama,
iaitu, pemusatan guru, pemusatan murid, dan pemusatan bahan pelajaran.

Klasifikasi Strategi Pengajaran-Pembelajaran

7
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

Pemusatan Guru Pemusatan Bahan Pemusatan Murid

Kaedah dan teknik: Kaedah dan teknik : Kaedah dan teknik :

Menerang Audio-visual Projek

Eksploitasi Penggunaan komputer Inkuiri-penemuan

Demonstrasi Penggunaan bahan cetak Perbincangan

Syarahan Pengajaran pembelajaran Penyoalan

Pengajaran berkumpulan/ kesepaduan Penyelesaian masalah

berpasukan Modul Simulasi

Pengajaran mikro Penggunaan buku teks dan Main peranan

Bercerita buku rujukan Sumbangsaran

Keseluruhan kelas Berkumpulan

Pembelajaran melalui

pengalaman

Rajah 3.0 : Klasifikasi strategi pengajaran-pembelajaran dan kaedah-kaedah yang berkaitan

3.4 Teori Pembelajaran Secara Kontekstual


1. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan
baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
2. Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang
pelbagai dan bermaksan kepada murid
3. Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik
darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran
yang berkesan.

3.4 Pembelajaran Masteri

Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang
diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pembelajaran Masteri memerlukan :

1. masa yang mencukupi


2. proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti

8
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

3. guru menyedari bahawa :


a) pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza
b) pelajar perlukan pendekatan yang sesuai pelajar perlu pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang di ajarkan
c) Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asas
sebelum beralih kepada kemahiran berikutnya.

3.5 Prinsip asas Pembelajaran Masteri

1. Pelajar normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guru


2. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan
kepada kumpulan yang kecil
3. Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan kemahiran
4. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas

3.6 Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri

1. Hasil pembelajaran mestilah ditentukan


2. Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit ke unit.
3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesan

3.7 Pembelajaran Kolaboratif

Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua puhak atau
lebih. Ertinya pula boleh ditafsirkan sebagai berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat
yang sama. Maka pembelajaran kolaboratif melibatkan sekumpulan pelajar yang sama berusaha
kea rah mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang
kokurikulum.

3.8 Pembelajaran Koperatif

Koperatif bermaksud kerjasama. Maka, pembelajaran koperatif ialah pelajar-pelajar belajar


secara bekerjasama, biasanyadalam bilik darjah, pelajar berinteraksi dan saling bantu-membantu
dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi yang
cemerlang.

3.9 Pembelajaran Konstruktivisme

“Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn. Many
researchers say that each individual constructsknowledge rather than receiving it from others.”
(McBrien &
Brandt,1997)

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkankepada penyelidikan tentang


bagaimana manusia belajar. Kebanyakanpenyelidik berpendapat setiap individu membina
pengetahuan danbukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain

9
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan
mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka
membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila
mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka
mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sepadan dengan peraturan
yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat
menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

4.0 TEORI PEMBELAJARAN

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang


dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini,
guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan
prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran
dengan berkesan. Pembelajaran berlaku apabila manusia, termasuk murid muda, dari semasa ke
semasa mengubah kefahaman dalaman mereka tentang dunia semasa mereka menemui bukti
luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal mereka.

Pelopor
Ahli Teori Pembelajaran Kognitif Implikasi Pengajaran- Pembelajaran
Psikologi
 Menggalakkan pelajar dengan menggunakan
 Persepsi perkaitan unsur-unsur di
celik akal menyelesaikan masalah.
persekitaran : celik akal.
1 Kohler  Mengaitkan pengalaman yang sedia ada
 Celik akal berlaku bergantung kepada
dengan pembelajaran baru.
pengalaman yang sedia ada.
 Membangkitkan kesediaan pelajar terhadap
isi pelajaran yang akan dipelajari (peta
 Pembelajaran Isyarat: Pembentukan kognitif).
2 Tolman
peta kognitif situsi keseluruhan.  Melatih pelajar gunakan persepsi dengan
tepat untuk membina peta kognitif.

 Pembelajaran ialah perubahan bentuk
pemikiran iaitu struktur kognitifnya.
 Isi pelajaran dikembangkan-mengikut
 Perkembangan kognitif kanak-kanak :
peringkat perkembangan kognitif kanak-
- Peringkat deria motor (0-2 tahun)
kanak.
- Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
-konkrit kepada abstrak.
- Peringkat Operasi Konkrit (7-12
-pengalaman sedia kepada pengalaman baru.
tahun)
3 J.Piaget  Memupuk motivasi intrinsic dan
- Peringkat Operasi Formal (selepas
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara
12 tahun)
aktif
 5 konsep asas :
dalam pembelajaran, demi menggerakkan
Skema, adaptasi, keseimbangan,
proses asimilasi dan akomodasi.
asimilasi, akomodasi.

4 R.M. Gagne  Teori Pemprosesan Maklumat :  Menggunakan bahan konkrit untuk mengajar
- lapan fasa proses pembelajaran. bahasa.
- lapan hierarki pembelajaran :  Mengajar sesuatu kemahiran mengikut
isyarat, gerak balas, rangkaian urutan (rangkaian motor).
motor, bahasa,  Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri
diskriminasi,konsep, hukum, penting.

10
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

 Membinbing pelajar mengebal pasti cirri-ciri


khusus untuk membina konsep dan hukum.
 Membimbing peljar menggunakan prinsip,
penyelesaian masalah.
hukum dan teorom untuk menyelesaikan
masalah.

 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak


:  Memupuk motivasi intrinsik pelajar.
- Peringkat Enaktif (0-2 tahun)  Membimbing pelajar menyusun konsep-
- Peringkat Ikonik (2-4 tahun) konsep yang berkaitan secara hierarki.
- Peringkat Simbolik (5-7 tahun)  Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar
 Perkembangan kognitif ialah perubahan dengan kaedah inkuiri-penemuan dan
bentuk perwakilan : kaedah induktif.
5 J.S. Bruner
aksi gambaran simbol  Menyusun isi pelajaran secara sistematik
 Teori Pembelajaran Penemuan : mengikut tahap perkembangan kognitif
(3 jenis) bebas, terbimbing, ekspositori. pelajar.
 4 Prinsip pengajaran-pembelajaran :  Memberi peneguhan
motivasi, struktur, sekuen, selepas aktiviti penilaian.
peneguhan.

 Gunakan kaedah deduktif, ekspositori dan


 Teori Pembelajaran Resepsi yang pengelola awal, iaitu mengggabungkan
konsep lama dengan konsep baru, untuk
bermakna :
- konsep utama ialah pembelajaran pembelajaran resepi yang bermakna.
 Proses pengajaran-pembelajaran :
bermakna dihasilkan berasaskan
pengalaman/ilmu yang sedia ada
membangkitkan kesediaan belajar
pelajar.

6 Ausubel - Pengalaman yang sedia ada
mempersembahkan pengelola awal
struktur kognitif.

- Mengintegrasikan maklumat yang
perhubungan konsep
tersusun secara logikal dalam

bentuk terakhir dengan
pembezaan progresif
pengalaman/ ilmu yang sedia ada 
melalui kaedah ekspositori. penyesuaian secara integrasi

7 Flavell  Teori metakognitif konsep  Membimbing pelajar memikir masalah


metakognitif : secara kritis dan kreatif.
- berfikir tentang pemikiran (thinking  Membimbing pelajar menggunakan
about thinking. pemikiran metakognitif dan refleksi untuk
- kognitif refleksi. menilai kemungkinan-kemungkinan
- pemikiran refleksif. penyelesaian dicadangkan.
- operasi metakognitif melibatkan usaha 
mencari makna, merancang, mengarah dan
menilai pemikiran individu diri.

Teori Pembelajaran Sosial


1 Bandura  Fokus utama  Guru sebagai model peniruan.
- Neobehavioris :
Walters tingkah laku dan kognitif permodelan/  Gunakan kaedah demonstrasi dengan
peniruan contoh-contoh yang sesuai.
 Menyediakan situasi pembelajaran tanpa
- self-regulation gangguan
- self- efficacy  Menarik perhatian murid dengan motivasi
yang sesuai
 Ciri-ciri teori pembelajaran :  Mengekalkan ingatan murid dengan
- pembelajaran sosial interaksi. mendemonstrasikan langkah-langkah secara
I x Px T sistematik
- pembelajaran melalui pemerhatian  Memberi peneguhan yang positif selepas

11
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

dan peniruan.
- proses pembelajaran melalui :
perhatian 
mengingat 
reproduksi  reproduksi
peneguhan/ motivasi
- tingkah laku peniruan adalah hasil
peneguhan

Teori Pembelajaran Humanis

 Fokus utama
- kemanusiaan
- sempurna kendiri
- motivasi instrinsik
- individualiti
- perkembangan emosi
- keperluan afektif
- self-actualization
- kendiri positif  Mengutamakan strategi berpusatan murid
- bebas dan kaedah individu.
- demokrasi  Membentuk iklim bilik darjah yang kondusif
Carl R. dan tanpa ancaman.
Rogers,  Ciri-ciri :  Memastikan keperluan asas murid telah
Abraham H. - setiap individu berhasrat dipenuhi.
1
Maslow, mencapai kesempurnaan kendiri,  Bersifat penyayang dan memupuk nilai
Bugental, membentuk konsep kendiri yang kendiri positif di kalangan pelajar.
Neil. unik dan tersendiri melalui nilai  Mengamalkan prinsip kebebasan dan
dan sistem kepercayaan diri. demokrasi.
- Keberkesanan pembelajaran  Mengutamakan pembelajaran diri sendiri.
bergantung kepada :  Mengamalkan konsep pendidikan terbuka.
 motivasi intrinsik
 bahan pelajaran yang bermakna
 seiras dengan objektif pelajar
 penyertaan diri secara aktif
- Kesempurnaan kendiri hanya
boleh dicapai selepas keperluan
asas telah dipenuhi

Teori Konstruktivisme :
1 Piaget,  Teori Konstruktivisme :  Gunakan strategi berpusatan murid,
Vygotsky, - mempunyai erti sama dengan kumpulan, sumbangsaran, pembelajaran
Von teori konstruktivisme kognitif koperatif, perbincangan, penyelesaian
Glaserfeld atau konstruktivisme masalah dalam aktiviti pengajaran-
- berasal daripada teori pembelajaran.
perkembangan kognitif Piaget dan  Mengembangkan proses metakognitif dan
teori zon perkembangan prokimal pemikiran reflektif dengan kaedah dan
(ZPO) Vygotsky. teknik penyoalan, khasnya kaedah Sokratik.
- Konsep Konstruktivisme.  Mengaitkan ilmu yang sedia ada dengan
- Ilmu dibentuk berasaskan inisiatif pembelajaran baru dan memupuk motivasi
dari individu. instrinsik, pelajar agar mengambil inisiatif
- Tujuan membentuk ilmu adalah diri dalam pembelajaran.
mengadaptasikan diri dalam alam
sekeliling.
- Proses pembentukan ilmu
merupakan hasil rasionalisasi
pengalaman individu.
 Pencapaian pembelajaran usahasama
lebih baik daripada usaha diri.

12
SSP 4223 Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual

 Menekankan perkembangan proses


metakognitif dan refleksi dalam
pembelajaran.

Teori Behaviorisme

 Pelaziman Klasik :
- Gerak balas (tingkah laku)
- Responden
- Bukan inisiatif sendiri
(bergantung kewujudan  Menggunakan rangsangan tak terlazim
Pavlov,
1 rangsangan / stimuli) dikaitkan dengan rangsangan terlazim
Watson
- Bersifat pasif  Secara responden terhadap rangsangan.
 Urutan pelaziman :
- gerak balas/ tingkah laku
dihasilkan selepas rangsangan.

 Pelaziman Operan :
- Gerak balas (tingkah laku)
- Inisiatif sendiri (bergantung
kepada peneguhan)  Menggunakan peneguhan positif/ negatif
Thorndike,
2 - Bersifat aktif  Secara operan terhadap kesan daripada
Skinner
 Urutan pelaziman : rangsangan
- Gerak balas/ tingkah laku berlaku
adalah kesan daripada
rangsangan/ peneguhan.

5.0 KESIMPULAN

Sudah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa tugas sebagai seorang guru atau pendidik
bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk
menyampaikan isi pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan
untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar.
Bagi menjayakan hasrat yang tinggi ini, kesedian guru memahami konsep pengajaran dan
pembelajaran, konsep kaedah dan teknik, serta strategi pengajaran amatlah membantu
melicinkan sesi pengajaran. Guru adalah pendidik dan pengasuh pelajar yang akan menjadi
warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan.
Di samping itu, pendidik juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam
menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri
Pelajaran Malaysia yang berbunyi:“ Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan
dalam menjayakan Wawasan Negara, peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai
Nasional dapat disempurnakan.”( Y.B Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari
Guru 2006 ).

13

You might also like