You are on page 1of 7

Kurikulum Pendidikan Seni Berasaskan Budaya dan Persekitaran

( Mc Fee, Degge dan Chalmers )

1. JUNE KING Mc FEE & DEGGE

PENGENALAN

Di dalam bukunya, Approachers to Art Education and Aesthetics, June King Mc Fee
menyatakan tentang pendekatan persepsi luaran yang berakar umbi dari teori
Gestalt mengenai psikologi yang dikaitkan dengan tingkah laku, persepsi dan
antropologi. Teori ini dikaitkan juga dengan hubungan kini dan masa lalu.
June King Mc Fee percaya bahawa Pendidikan Seni mampu memenuhi
keperluan asas diri manusia apabila seseorang individu melibatkan diri dalam
kerja-kerja seni. Beliau percaya bahawa program pembelajaran yang bersifat personal
kepada pelajar akan lebih bermakna dan berkepentingan tapi program yang
dilaksanakan haruslah bersifat terkini dengan kehendak semasa.

MENGGUNAKAN BUDAYA SEBAGAI PLATFORM UNTUK MENGHASILKAN


KARYA SENI

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, seni dan budaya dijadikan
topik pembelajaran. Gabungan fungsi seni dengan pelbagai budaya masa kini dan
lampau telah mewujudkan pluralism. June King Mc Fee menggunakan pendekatan
pluralism dalam pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas.
Pelajar-pelajar digalakkan menerokai makna budaya dalam menghasilkan
rekabentuk objek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang ingin menghasilkan kraf kayu
tradisional haruslah terlebih dahulu mengkaji dan memahami konsep-konsep yang
digunakan oleh satu-satu budaya itu untuk menghasilkan kraf kayu tersebut. Contohnya,
dalam ukiran Melayu ada konsep-konsep yang penting yang perlu dipatuhi semasa
menghasilkan rekabentuk corak dan silat. Antaranya haruslah tidak menikam
kawan dan berasal dari satu punca. Prinsip dan konsep ini haruslah dipatuhi jika
hendak menghasilkan ukiran dalam budaya Melayu. Setelah budaya-budaya ini
diterokai dan difahami maka barulah boleh menghasilkan karya-karya dalam konteks
budaya tersebut.
Pakaian atau costume juga mempunyai peranan dalam kebudayaan. Kita
lihat setiap budaya di dalam dunia ini, walau seringkas manapun budaya tersebut
umpamanya orang-orang primitif di hutan Papua New Guinea, tetap ada pakaian mereka
yang tersendiri. Orang mengenali budaya seseorang melalui pakaian. Pelajar-pelajar
digalakkan mengkaji dan mengenali pakaian tradisi mereka. Contohnya dalam budaya
Melayu, pakaian tradisi mereka untuk lelaki ialah baju melayu dan bersampin sedang
orang perempuan berbaju kurung dan selendang. Apakah sifat-sifat baju melayu itu ?
mengapa begitu bentuknya baju melayu ? Dari mana pengaruhnya ? Pertanyaan ini
perlulah dijawab dan dibahaskan. Lantas dengan itu kita tahu sebab musababnya. Maka
pelajar akan mengetahui nilai dalam budaya melayu melalui pakaian sahaja. Setelah
pelajar-pelajar mengenali dan memahami budaya ini barulah mereka boleh cuba
menghasilkan karya pakaian mereka sendiri. Atau dalam kata lain mereka menggunakan
budaya sebagai platform untuk mneghasilkan karya seni.
Pengaruh kebudayaan terhadap seni. Kita dapati pengaruh budaya banyak
mempengaruhi hasil-hasil karya seseorang. Sebagai contoh, bila kita menyuruh seorang
pelajar Cina menghasilkan tembikar, hasil karyanya banyak dipengaruhi oleh budaya
sekelilingnya terutama dari segi hiasan dan fungsi tembikar tersebut. Begitu juga
setiap bangsa di dunia ini mempunyai hasil-hasil seni yang dipengaruhi oleh budaya
masing-masing. Bangsa Melayu yang dikatakan antara bangsa yang lembut di dunia,
menghasil hasil-hasil seni umpama ukiran yang bersifat lembut dengan motif-motif flora
dan fauna. Ini adalah kerana lingkungan hidup melayu adalah di longkungi oleh flora dan
fauna, dengan suasan yang aman dan damai. Berbeza dengan bangsa-bangsa yang
selalu berperang, ukiran-ukiran mereka banyak berkisar tentang peperangan dan
kepahlawanan.
Secara ringkasnya pendekatan seni dan budaya digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk:-
i. Mengekalkan seni dan budaya itu sendiri.
ii. Mewujudkan sikap yang positif.
iii. Mewariskan ilmu seni dari satu generasi kegenerasi yang lain.
iv. Memberi karektor
v. Memberi identiti dan status kepada manusia dan individu, institusi
menerusi simbol-simbol yang dikenali.
vi. Memberi kefahaman tentang pengertian sesuatu simbul dan
kepercayaan. Semua agama ada menggunakan simbol-simbol yang
khusus mewakili agama masing-masing.
vii. Sistem politik juga menggunakan simbol-simbol seni untuk mewakili
mereka supaya dikenali dengan konsep mereka yang tersendiri.
viii. Sesetengah budaya menggunakan seni sebagai cermin diri untuk
membuat kritikan atau satira sosial.
ix. Seni digunakan sebagai ekspresi diri untuk interaksi tanpa banyak
menggunakan simbol-simbol, bentuk dan komposisi.
RUMUSAN

Apabila kita merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni, perkara-


perkara berikut perlu diambil kira. Antaranya ialah tujuan kita untuk:-
1. Membantu pelajar mengetahui fungsi seni dalam budaya yang
melambangkan sikap dan identiti budaya.
2. Membantu pelajar menghormati dan memahami budaya masyarakat
majmuk.
3. Membantu pelajar mengenali kepentingan pelbagai dimensi seni dalam
pembangunan.
4. Membantu pelajar membezakan, mengasingkan dan menilai simbol-simbol
komunikasi di media-massa serta mengekalkan penilaian yang bebas.
5. Membantu pelajar memahami menggunakan gerak hati, naluri dan
kreativiti dalam seni untuk kepuasan diri.
6. Membantu pelajar memahami interaksi elemen-elemen dalam rekaan yang
menjadi asas nilai estetika.
7. Membantu pelajar membezakan diantara tanggungjawab sosial, estetika dan
kreativiti individu dalam dunia yang lebih mencabar.
8. Membantu pelajar yang sedia ada berbakat mengenali tanggungjawabnya
kepada masyarakatnya.
2. CHALMERS (1981)

PENGENALAN

Chalmers (1981) telah memperkatakan tentang struktur pembinaan kurikulum Pendidikan


seni. Perancangan kurikulum dibuat berdasarkan rumpun bangsa manusia dari pelbagai
aspek kebudayaan serta perhubungannya diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Struktur perancangan kurikulum ini dinamakan kurikulum Model Etnologi. Chalmers
juga berpandukan kepada pandangan 3 orang tokoh Pendidikan Seni iaitu June King Mc
Fee, Ellen Dissanayake dan Louise Lankford .

PEMBINAAN KURIKULUM MODEL ETNOLOGIKAL

Ada 3 senarai implikasi untuk perancangan kurikulum Pendidikan Seni:-

Umum Pensejarahan/
Kritikal

Kurikulum
Pendidikan Seni
(1981)

Penghasilan
Kritikal
1.Umum
 Perlu mempunyai banyak pilihan untuk mempromosi contoh-contoh estetik
yang sahih.
 Perlu berhadapan dengan persoalan-persoalan etnologikal secara
perbandingan.
 Peranan atau fungsi seni perlu dijelaskan.
 Kajian tentang seni adalah kajian sosial.

2.Pensejarahan
 Pelajar mesti mempunyai pengetahuan mengenai:-
1. Sejarah seni bangsa
2. Tanah air
3. Antropologi (kajian kemanusiaan)
 Pelajar berkeupayaan membuat perbandingan dan persamaan produk seni dari
segi :-
1. Nilai dan kualiti seni tampak
2. Seniman
3. Falsafah & kritikan seni
 Seni membantu pelajar mengkod nilai dan ideologi masyarakat.
 Ilmu seni sebagai:-
1. sumber rujukan
2. perkembangan idea
3. mengenal identiti diri
4. proses pengamatan
5. penilaian
 Pelajar dapat mempelajari pelbagai kebudayaan
 Menggunakan Projek studio – galakkan pelajar bercerita
 Seni membantu pelajar mempelajari nilai-nilai sosial dari sudut sejarah
3.Penghasilan
 Apakah bentuk artifak yang perlu dihasilkan untuk mendapat perakuan
masyarakat?
 Siapa yang akan memperakui hasil karya kita?
 Sejauh mana kesesuaiannya? Mengapa?
 Apakah nilai seni pelajar dan juga masyarakat sekolah? Mengapa?

RUMUSAN

1. Seni masyarakat menawarkan peluang-peluang kepada perubahan pendidikan seni


yang lebih sosial dan politikal.
2. Imej-imej mesti dikumpulkan dalam bentuk pendidikan masyarakat, digunakan
untuk mempertingkatkan dan memperkayakan persekitaran yang berbeza.
3. Melalui budaya, banyak jenis seni yang digunakan untuk memperkayakan dan
merayakan peristiwa-peristiwa untuk sesuatu kebudayaan utama.
4. Projek-projek studio dapat menggalakkan pelajar bercerita tentang cerita penting
mereka sendiri.
5. Pelajar-pelajar boleh diminta untuk mencari persamaan-persamaan dan membuat
perbandingan ke atas contoh-contoh seni yang terdapat dalam masyarakat di mana
seniman memainkan peranan yang pelbagai.
6. Pelajar-pelajar dapat meneliti beberapa peranan yang dibincangkan.
7. Disamping menjadi penyampai ilmu, guru patut dilihat sebagai pembimbing dan
fasilitator yang dapat memfokuskan keatas proses dan membantu pelajar dalam
penyelidikan mereka dan pemahaman umum dalam peranan dan fungsi seni.

You might also like