You are on page 1of 34

KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

KHSR

TAHUN ENAM

Reka Bentuk Dan Teknologi


TANAMAN SAYURAN
MASA 8 JAM
PERALATAN PERKEBUNAN
YANG BIASA DIGUNAKAN
• Cangkul
• Pencakar
• Sudip tangan
• Pencakar tangan
• Alat penyiram
• Alat penyembur
• Kesemua alat ini digunakan untuk
membersih, menggembur tanah,
semburan racun, membaja, menyiram
dan merumput tanaman di kebun
alfred_aning@hotmail.com.my
PEMILIHAN TAPAK
• Keadaan tanah yang rata
• Mempunyai sumber air yang mencukupi
• Tidak terlindung dari pancaran cahaya
matahari
• Tidak mudah terhakis dan dibanjiri
• Jenis tanah sebaik-baiknya tanah loam yang
mengandungi banyak: bahan mineral,
bahan organik, air dan udara
alfred_aning@hotmail.com.my
MEMBERSIHKAN TAPAK

• Tebas pokok-pokok yang kecil


• Gali dan keluarkan akar pokok
yang tertinggal di dalam tanah
• Bakar pokok–pokok kecil dan
tunggul kayu yang ditebang
• Potong dan kumpul rumput untuk
dijadikan kompos
alfred_aning@hotmail.com.my
LANGKAH MEMBINA BATAS
• Gemburkan tanah ( Tanah campuran
hendaklah dibubuh setinggi 10 – 15 cm di
atas tanah asal sekiranya tanah asal tidak
sesuai untuk tanaman sayuran)
• Ketinggian batas: 15cm - 25 cm
• Lebar batas: 75cm – 120cm
• Panjang batas: bergantung kepada saiz
tapak
• Jarak antara batas: 45cm – 60cm
• Ratakan permukaan batas dengan
pencakar alfred_aning@hotmail.com.my
• Baja asas seperti bahan organik yang cukup
reput boleh dibubuh di atas batas bagi
menyuburkan tanaman
• Batas hendaklah disungkup dengan
menggunakan pelepah kelapa, rumput
kering, jerami padi atau penutup plastik
hitam bersalut almunium
• Sungkupan bertujuan untuk mengelakkan
hakisan dan tanah batas yang telah
digembur menjadi padat
• Biarkan selama seminggu supaya baja
organik bertindak balas dengan tanah
alfred_aning@hotmail.com.my
LANGKAH MENYEMAI BIJI BENIH
YANG KASAR DI BATAS
• Buat barisan lurus di permukaan
batas dengan jarak 15-20 cm antara
satu sama lain
• Buatkan lubang kecil pada barisan
yang telah ditandakan
• Masukkan 2 biji benih ke dalam
setiap lubang
• Timbun biji benih dengan medium
• Siram permukaan batas dan
sungkupkan alfred_aning@hotmail.com.my
CARA MENYEMAI BIJI BENIH
HALUS:
1. Campurkan biji benih dengan
pasir halus dalam nisbah 1:5
2. Taburkan
campuran biji benih dan pasir di
atas permukaan batas atau bekas
3. Taburkan satu lapisan medium
yang nipis untuk menutup campuran
biji benih
4. Siram dan letakkan di tempat
teduh
5. Biji benih halus biasanya disemai
di kotak semaian sebelum
alfred_aning@hotmail.com.my
• Anak benih sayuran boleh
dipindahkan dari tapak semaian ke
batas setelah ianya mempunyai
empat hingga lima helai daun
sebenar.
• Anak benih yang akan dipindahkan
hendaklah dicungkil berhati-hati
dengan menggunakan sudip
tangan agar akar dan batangnya
tidak rosak
• Pemindahan anak benih hanya
sesuai dilakukan pada waktu pagi
dan petang sahaja
alfred_aning@hotmail.com.my
PEMILIHAN BIJI BENIH
• Mesti benih yang cukup matang/tua
• Benih yang berisi
• Dibeli dari kedai

alfred_aning@hotmail.com.my
CONTOH ANAK BENIH YANG SESUAI
DIPINDAHKAN KE BATAS ATAU PASU

alfred_aning@hotmail.com.my
BELUM SESUAI
DIPINDAHKAN KE
BATAS KERANA
IANYA MUDAH LAYU

Sekiranya anak benih


seumpama ini dipin-
dahkan, banyak
akar yang terputus
alfred_aning@hotmail.com.my
Sayur y ang ditanam t erlalu
rapat membantu tkan
pert umbuhan say ur
berkenaan

alfred_aning@hotmail.com.my
Contoh-contoh sayuran yang ditanam di
batas

alfred_aning@hotmail.com.my
CONTOH SAYUR-SAYURAN YANG
BOLEH DITANAM DI BATAS

alfred_aning@hotmail.com.my
alfred_aning@hotmail.com.my
Bagi sekolah yang tidak
mempunyai tanah lapang, kaedah
lain yang
boleh digunakan ialah;

1. Menanam sayur-sayuran di
dalam pasu atau bekas yang
sesuai.

2. Kaedah hidroponik
alfred_aning@hotmail.com.my
PENANAMAN SAYUR CARA
HIDROPONIK
• Sistem yang dipilih ialah Hidroponik Kultur
Air ( KAT )
• Medium - span, benang/kapas batu
• Bekas - palung/bekas plastik
• Larutan - baja dan air/nutrien
• Penutup – polistren

alfred_aning@hotmail.com.my
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
UNTUK TANAMAN HIDROPONIK

alfred_aning@hotmail.com.my
FORMULA ASAS LARUTAN UNTUK
TANAMAN HIDROPONIK
• Kalium sulfat -1¼ sudu teh
• Kalium nitrat - 4 sudu teh
• Kalsium sulfat -½ sudu teh
• Magnesium sulfat - 2½ sudu teh
• Tambah dengan lima gelen air
• Bahan-bahan di atas boleh dibeli di kedai-
kedai pertanian
• Sayur daun seperti bayam, kailan, sawi
dan sebagainya
alfred_aning@hotmail.com.my
PERK ARA YAN G PERLU DI AMBI L
PERH ATI AN DALAM PEN JAG AAN
SAYU RAN DALAM PASU ATAU
BEK AS:
• Ruang – M encukupi untuk jenis
sayur yang d itanam
• Cahaya – T erdedah kepada
cahaya untuk proses fotosin tisi s
• Penyi raman – Perl u di lakukan
sel al u bagi mengekal kan
kel embaban tanah
• pembaj aan alfred_aning@hotmail.com.my
CAMPURAN TANAH UNTUK
PASU/BEKAS
• Tanah yang mengandungi humus dan
nutrien. Contoh: Tanah kebun, tanah
hutan dan tanah bekas unggun api atau
tanah bakar
• Campuran tanah pasu: 3 bahagian tanah
kebun/tanah hutan/tanah bakar, 2
bahagian baja organik/ tahi ayam reput
dan 1 bahagian pasir sungai.
• Alat penyukat: Baldi kecil
alfred_aning@hotmail.com.my
CONT OH SAYUR AN YANG B OL EH
DIT AN AM D I PASU/B EKA S (C ADANGA N)

alfred_aning@hotmail.com.my
PEN JAG AA N
• KERJA-KERJA BERIKUT PERLU
DILAKUKAN SEHINGGA ANAK
BENIH SESUAI DITUAI: MEMBERI
NAUNGAN, MENYIRAM, MERUMPUT,
MELAKUKAN PENJARANGAN,
MELAKUKAN PENYULAMAN,
MEMBAJA, MEMBERIKAN
SOKONGAN DAN MENGAWAL
PEROSAK DAN PENYAKIT
alfred_aning@hotmail.com.my
Bahan sokongan seperti junjung ( untuk
sayur jenis kekacang ), berpara ( sayur jenis
buah ) dan berpagar ( sayur yang
mempunyai batang yang lembut }

alfred_aning@hotmail.com.my
• Memberi naungan: Melindungi anak
benih daripada pancaran matahari terik
dan hujan lebat. Diberi pada anak benih
yang berumur 3 – 7 hari. Ketinggian
naungan 80 -100 cm. Bahan naungan:
pelepah kelapa, plastik, jaring, daun lebar
dan lalang
• Menyiram: Mengekalkan kelembaban
tanah. Dilakukan 2 kali sehari. Air yang
disiram mesti mencukupi dan boleh
sampai ke zon akar
alfred_aning@hotmail.com.my
• Merumput: Proses membuang rumput
yang tumbuh di batas tanaman.
Mengelakkan persaingan di antara rumput
dan sayuran untuk mendapatkan nutrien,
cahaya, air dan udara. Perlu di lakukan
setiap satu hingga dua minggu.
• Penjarangan: Membuang anak benih
yang tumbuh terlalu rapat. Dibuat ketika
anak benih mencapai ketinggian 8 – 10
cm. Ini juga akan menggalakkan
pertumbuhan sayur-sayuran yang sekata
alfred_aning@hotmail.com.my
• Menggembur tanah: Perlu dilakukan
ketika tanah di batas menjadi keras dan
padat. Ini juga bertujuan untuk
mengekalkan sistem pengudaraan tanah.
• Penyulaman: Bertujuan untuk mengganti
anak benih yang tidak sihat atau mati
• Memberi sokongan: Perlu dibuat kepada
jenis sayur tumbuh memanjat atau
mempunyai batang yang lemah. 3 jenis
sokongan ialah: Junjung, berpara dan
berpagar
alfred_aning@hotmail.com.my
• Membaja: Membekalkan nutrien untuk
pertumbuhan pokok yang sihat di samping
memperbaiki struktur tanah. 2 jenis baja iaitu
baja organik dan baja kimia. Sayuran diberi
baja berdasarkan kepada jenisnya. Contoh:
Sayur-sayuran jenis daun memerlukan lebih
banyak Nitrogen manakala sayur jenis buah
memerlukan lebih banyak nutrien kalium dan
fosfat. Bagi baja kimia, cara mengguna
adalah tertakluk kepada kadar yang
dicadangkan oleh pengeluar produk.
alfred_aning@hotmail.com.my
MENGA WAL PE ROS AK DA N
PE NY AKIT
• Perosak sayur-sayuran biasanya
disebabkan oleh serangga seperti ulat
beluncas, kutu daun, bari-bari betina,
belalang, kumbang dan siput babi
• Penyakit sayur-sayuran pula adalah
terdiri dari melecuh anak benih, reput
akar, bintik daun, kulapuk, layu bakteria,
karat batang/daun dan penyakit virus.
alfred_aning@hotmail.com.my
LAN GKAH
ME NG AW AL
• Membuang dan membakar pokok yang
diserang penyakit
• Mengelakkan pokok rosak atau terluka
• Menggunakan racun kimia
• NOTA: Bagi kerja menyembur racun pada
tanaman, ( KHSR TAHUN ENAM )
hendaklah dilakukan oleh guru
alfred_aning@hotmail.com.my
MEMUNGUT HASIL
• Hasil sayur-sayuran dipungut dengan cara
memotong, memetik, mencabut dan
menggali
• Sayur daun hanya sesuai dipungut pada
waktu pagi dan petang sahaja.
• Sayur jenis ubi dan buah boleh dipungut
pada bila-bila masa sahaja
• Kerja-kerja menggred, membersih,
membungkus/mengikat perlu dilakukan
sebaik sahaja sayur-sayuran
alfred_aning@hotmail.com.my
siap dituai.
Hasil sayur-sayuran hendaklah
dipungut
mengikut tempoh matang. Contoh;
• Sayur daun – 4 hingga 5 minggu
• Timun – 4 hingga 6 minggu
• Kacang panjang – 6 hingga 8
minggu
• Terung – 10 hingga 12 minggu

alfred_aning@hotmail.com.my
alfred_aning@hotmail.com.my

You might also like