PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN1.Tajuk Kajian
Tajuk kajian harus mencerminkan skop dan kandungan kajian secara umum tetapi tepat.Sebagai garis panduan umum, hadkan bilangan perkataan dalam tajuk supaya tidak melebihi10 perkataan.
2.Kepentingan Kajian
Kajian harus mempunyai nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakanuntuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Oleh itu kajian-kajian INTAN harusmempunyai sumbangan yang boleh dimanfaatkan, misalnya ke arah:i.Meningkatkan kualiti
core business
INTAN.ii.Meningkatkan prestasi anggota perkhidmatan awam.iii.Membantu usaha
stakeholders
dan kementerian/jabatan untuk melaksanakansesuatu program dengan berkesan.iv.Membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar negara secara umum.
3.Kenyataan Masalah
Kajian harus menyatakan permasalahan yang mencetuskan keinginan pengkaji untuk menyelidikinya. Permasalahan merupakan kewujudan suatu yang “tidak kena” atau “tidak sepatutnya” atau jurang antara situasi yang diinginkan (ideal) dengan situasi yang berlaku.Permasalahan ini boleh dikesan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman, pembacaan,kenyataan di akhbar, aduan pelanggan, laporan agensi kerajaan, maklumbalas yang diterimadaripada jabatan terlibat dan sebagainya. Dalam kajian, permasalahan ini diolah dalam