You are on page 1of 5

Pengenalan

Gejala sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya


ketidak tentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara.
Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat
semulajadi manusia.
Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang
berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang
berlaku di media-media massa dan media elektronik. Diantara gejala
yang kerap kita dengari adalah
1. Merempit
2. Membuang anak
3. Seks luar nikah
4. Bergaduh di sekolah
5. Berdisko
6. Minum minuman keras
7. Ponteng sekolah
Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana
pula dengan gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini.
Gejala sosial boleh dielakkan dari berlaku dengan mengambil kira
banyak faktor dan perlu disertai oleh banyak pihak antaranya
1. Ibu Bapa
Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih dalam mengelakkan anak-
anak mereka dari terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang tidak
bermoral. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepada
anak-anak dengan mengambil kira siapakah rakan-rakan mereka,
kemana mereka pergi selepas waktu sekolah, adakah mereka benar-
benar sampai di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan
agama yang lebih kepada anak-anak mereka dari peringkat awal dalam
mendidik hati dan jiwa agar dipenuhi dengan akhlak yang mulia.
Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak-anak
mereka dengan hiburan yang berlebihan.
2. Sekolah dan guru
Pihak sekolah dan guru adalah pihak kedua yang dapat membentuk
remaja-remaja dari peringkat awal. Pihak sekolah dan guru perlu lebih
memberi perhatian kepada pelajar mereka tidak kira samada pelajar
mereka seorang pelajar yang  mundur ataupun yang cemerlang. Dari
pengalaman pengarang sendiri, pengarang bukanlah seorang pelajar
yang cemerlang di sekolah. Pengarang boleh dianggap pelajar yang
ketinggalan. Guru-guru tidak terlalu memberi tumpuan dan perhatian
terhadap pengarang. Ini mengakibatkan pengarang hilang tumpuan dan
hilang keinginan belajar. Namun begitu, berkat daripada keazaman dan
doa, akhirnya pengarang berjaya. Guru-guru perlu lebih peka terhadap
keinginan pelajar. Janganlah disisih pelajar yang mundur kerana mereka
lebih memerlukan perhatian.
Pihak guru dan sekolah juga perlu lebih mendedahkan kepada pelajar
perkara-perkara yang dapat membentuk sahsiah pelajar dan
mempraktikkan contoh yang baik kepada pelajar agar dapat diikuti.
3. Media Massa dan Elektronik
 pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumat-
maklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda anak-anak
dan remaja terhadap perkara-perkara yang lebih baik dan bukannya
terlalu mendedahkan mereka dengan hiburan yang berlebihan samada
dari dalam negara ataupun luar negara. Ini kerana, minda kanak-kanak
dan remaja terbentuk dari peringkat awal berdasarkan apa yang dilihat,
didengar, disentuh dan seumpamanya.
Mereka akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika perkara tersebut
buruk, maka ia berkemungkinan bakal membentuk sifat yang buruk
terhadap minda dan kelakuan mereka. Maka pihak media massa dan
media elektronik perlu lebih peka dalam menilai dan menangani isu ini.
4. Pemimpin dan Kerajaan
Pemimpin dan Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam
membantu membentuk rakyatnya, tidak kira peringkat umur. Dalam
menangani isu gejala sosial ini, pihak pimpinan yang menerajui kerajaan
perlu menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih baik dalam
membantu membentuk rakyat yang lebih baik agar negara sentiasa
berada dalam keadaan yang aman dan makmur.
Sepertimana Malaysia, PLKN telah dilaksanakan bagi membentuk
sahsiah pelajar agar lebih matang dan berdaya maju. Memang boleh
dikatakan sistem yang dijalankan baik dan berguna buat pelajar dan
remaja, namun begitu, ia perlu lebih menerapkan nilai-nilai murni yang
tingga serta lebih mendedahkan penerapan ajaran agama yang lebih. Ini
kerana di dalam program PLKN yang telah dan masih dijalankan,
terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak dibendung.
Perkara sebegini yang bakal menjejaskan objektif asal program tersebut
dan bakal merosakkan lagi dan menambahkan lagi gejala sosail yang
teruk dan bakal menjadikan sesebuah bangsa seperti tidak beragama.
Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa
ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi
kegilaan pelajar masakini. 

INTERNET kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular di


kalangan rakyatMalaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat Dunia sebagai satu cara
baru dalam berkomunikasi dan juga bakal menjadi medium komunikasi utama dunia tambahan
pula ‘talian telefon internet berasaskan IP‘ semakin popular dewasa ini.

Kewujudan internet banyak juga pro dan kontranya terhadap masyarakat dunia amnya dan
masyarakat Malaysia khasnya. Kini di Malaysia Internet menjadi ‘medium penyampaian’ baru
apabila kebanyakkan pemimpin menggunakan platform blog untuk menyampaikan maklumat
termasuklah Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga turut menggunakan blog sebagai medium
penyampaian.

Pelajar Sekolah Di Kafe Siber

Penulis tidak nafikan memang banyak kebaikkan penggunaan internet tetapi adalah tidak adil jika
kita sekadar membincangkan kebaikkan tetapi tidak membincangkan keburukanya. Terlebih
dahulu penulis bukanlah ‘anti internet’ tetapi penulis lebih kepada untuk membimbing ibu-bapa
agar dapat membimbing anak-anak mereka menggunakan internet untuk jalan-jalan yang lurus.

Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka
tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet
jadi kebanyakkan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet.

Portal-portal sosial seperti Myspace, Friendster, Hi-5, Tagged,Facebook dan bermacam-macam lagi


yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar
zaman sekarang maklumlah dunia sudah serubah zaman sudah maju.

Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian(Online Games)  turut menjadi
kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah
Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi.

Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa ini


terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan
pelajar masakini. Paling mengejutkan apabila penulis membuat tinjauan di Kafe Siber sekitar Kota
Bharu, Kelantan Pelajar Sekolah seawal darjah empat sudah terdedah dengan laman web lucah
apabila penulis secara tidak sengaja terlihat kumpulan pelajar sekolah terbabit melayari laman
web lucah di sebuah Kafe Siber berdekatan dengan bangunan PKINK.

Mungkin menyedari tindak-tanduk mereka diperhatikan penulis cepat-cepat mereka menutup


laman web tersebut. Pada mulanya penulis membiarkan sahaja mereka tetapi atas dasar ingin
tahu, penulis cuba bertanya mereka tentang ‘umur mereka’ kesemua mereka adalah pelajar
darjah empat sebuah sekolah rendah yang berdekatan.
Di samping itu, semasa mahu pulang penulis terserempak dengan dua kumpulan pelajar sekolah
yang ‘bertengkar’ dan saling memarahi antara satu sama lain. Penulis cuba memasang telingga
untuk mengetahui sebab mereka bertengkar, akhirnya tahulah penulis bahawa mereka bertengkar
mengenai ‘item permainan atas talian Risk Your Life Incomplete Union’ yang hilang dan mereka
menuduh satu kumpulan lagi yang bertanggungjawab mencuri item tersebut.

Nampaknya, permainan atas talian itu menjadi punca pergaduhan mereka ini bermakna
permainan atas talian itu secara tidak langsung mengajar pelajar-pelajar bertindak ganas.

Selain daripada itu, bahasa-bahasa yang digunakan semasa permainan itu dijalankan juga tidak
sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelajar kerana ada yang mencarut, ada yang
menyumpah dan ada juga yang mengungut. Penulis tidak nafikan kebanyakaan perkataan lucah
telah disekat oleh penyedia permainan atas talian tersebut, namun mereka tetap mencarut dengan
menggunakan perkataan yang tidak mampu dikesan oleh pengesan perkataan buruk permainan
itu dengan menambahkan aksara-akasara tertentu seperti ****.

Jelas sekali pelajar-pelajar sekolah masakini perlu dibimbing oleh ibu-bapa semasa menggunakan
internet ataupun bermain permainan video atas talian seperti RYL2 Incomplete Union.

didiklah ank dgn solat

Sebagai ibu-bapa mereka perlulah menjadi ‘role model‘ yang terbaik bagi anak mereka, kerana
anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih dan ibu-bapalah yang mencorakkan kain itu dengan
corak yang bagaimana. Janganlah jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

Pada artikel penulis pada kali ini saya ingin memberikan sedikit tips kepada
ibu-bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang masih muda remaja dan cenderung melakukan
sesuatu perkara yang baru. Perlu diingat mereka masih belum berkemampuan untuk membezakan
baik dan buruk jika tidak dibimbing dengan betul padah akibahnya.

SOLAT sebenarnya salah satu cara untuk para ibu-bapa mendidik anak mereka kerana dengan
bersolat ia mampu mengelakkan anak-anak anda daripada membuat perkara-perkara yang
mungkar dan bertentangan dengan norma-norma masyarakat.

Sebenarnya Ibu-bapa boleh mengambil peranan sebagai “Pembimbing” di dalam membentuk


peribadi ‘cahaya mata’ mereka. Perlu diingatkan disini, mereka hendaklah bertindak sebagai
pembimbing dan bukanya pemberi arahan kerana remaja lazimnya tidak suka dengan ‘arahan’.

Bimbinglah mereka dengan cara ‘psikologi’ biar nampak lembut tetapi kesanya agak mendalam ke
atas ‘kurniaan Allah‘ itu. Ibu-bapa juga perlu fikirkan yang anak mereka adalah harta paling
bernilai dalam keluarga mereka.

Ibu-bapa juga tidak boleh menggunakan ‘pendekatan’ bimbingan yang sama mereka dapat
semasa mereka kecil dahulu, kerana apabila zaman berubah, cara pengendalian remaja pun juga
turut berubah. Elakkan dari terlalu mengokongnya.

Emosi remaja juga berbeza merentas waktu, sebagai contoh ada satu perkara yang dahulunya
anda (sebagai anak) tidak boleh buat tetapi sekarang remaja sekarang sudah boleh buatnya.
Bimbingan yang dibuat hendaklah bersesuaian dengan ‘fitrah remaja’ pada zamanya.
Namun apa yang membuatkan saya binggung ialah ada di antara ibu bapa yang bukan sahaja
tidak mengambil berat soal anaknya malah diri mereka sendiri pun tidak pernah bersolat
sebaliknya sering mendewakan soal wang ringgit yang sah tidak boleh di tanam semasa jasad
anda di tanam ke dalam tanah. Kehidupan yang tidak ada Barakah menyebabkan berlakunya
keruntuhan moral muda-mudi sekarang ini yang semakin hari semakin teruk umpama “telur di
hujung tanduk”.

Sebagai ibu-bapa mereka perlulah menjadi ‘role model’ yang terbaik bagi anak mereka, kerana
anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih dan ibu-bapalah yang mencorakkan kain itu dengan
corak yang bagaimana. Janganlah jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

Kepada ibu-bapa yang sering mengabaikan Solat perbaikilah diri terlebih dahulu dan barulah anda
memperbaiki anak anda dengan membimbing mereka mengerjakan solat dan memastikan anak
mereka patuh pada suruhan agama ini.

Ingat sepanjang tugas saya, hampir 90% pelajar yang mempunyai masalah disiplin datangnya
daripada keluarga yang langsung tidak mendirikan Solat sedangkan solat itu tiang agama. Inilah
menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ‘merajai’ tajuk utama akhbar kita. Fikir-fikirkanlah
dengan hati yang terbuka…..

You might also like