You are on page 1of 2

Confucianisme dan Taoisme bukannya agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah

agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya. Kedua-dua
agama ini berasaskan ajaran. Tetapi, terdapat perbezaan di antara mereka. Confucianisme adalah berkenaan
dengan Li seperti ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih saying, kepatuhan kepada peraturan sosial dan
sebagainya. Dalam ajaran Tao pula mementingkan alam semesta. Confucisnisme adalah yang disanjung
oleh golongan yang terpelajar dan pegawai-pegawai kerajaan, manakala Taoisme hanya mendapat
sambutan daripada kalangan penduduk di kawasan terpencil. Akhir kata, sifat ajaran Confucianisme adalah
bertentangan dengan sifat ajaran Taoisme.

Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau juga sangat mahir
tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius
tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap
jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim
dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja
beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat
menerima ajaran-ajaran Confucius.

Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-
prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen
yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal
pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di
merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan
sifat baik."

Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius
ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius,
terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu
pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan
kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain.
Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni.
Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga
ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut
diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus
menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat
disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah
ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik
kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga
dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan
tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan
sebagai Shang-Ti.

Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran
Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memsaudarang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran
supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga memetingkan
penyembahan kepada nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim
boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun
Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk
menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.
Sebagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan
kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali
hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran
Confucius. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh
Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana
keturunannya.

Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi
ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud "cara" atau "jalan"
bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan
kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau
tasawuf.

Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara
mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi
pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze
menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak
bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi,
penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam
semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling
sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undnag dikenakan keganasan akan
timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan penduduk di luar
bsaudarar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai
yang berfahaman Confucianisme.

You might also like