You are on page 1of 2

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA

Bil Nilai Penerangan/Definisi


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
Kepercayaan kepada
1 segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing
Tuhan
selaras dengan prinsip rukun negara.
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan
2 Amanah
keyakinan orang lain
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
3 Harga Diri
maruah diri dalam kehidupan
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas
4 Bertanggungjawab
serta kewajipan dengan sempurna
5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
6 Toleransi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi
kesejahteraan hidup
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu / tanpa bergantung
7 Berdikari
kepada orang lain.
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,
8 Kerajinan kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan
sesuatu perkara
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
9 Kasih Sayang
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan
11 Rasional
mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
12 Kesederhanaan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Kasih Sayang terhadap Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan
13
keluarga terhadap keluarga.
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan
Hormat dan taat kepada
14 memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang
anggota keluarga
bahagia

Mengekalkan tradisi Menerima, menghormati, mengamalkan adat dan kepercayaan yang


15
kekeluargaan diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap


Tanggungjawab terhadap
16 keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej
keluarga
dan menjaga maruah keluarga
Menyayangi dan Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
17
menghargai Alam Sekitar sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia
18 manusia dengan alam dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam
sekitar sekeliling terpelihara
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab
19 Kemapanan Alam Sekitar
bersama untuk kesejahteraan hidup
Peka terhadap isu-isu Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan
20
Alam Sekitar berusaha menyelesaikannya
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
21 Cinta akan Negara
kepentingan negara melebihi kepentingan diri
Taat Setia kepada Raja
22 dan Negara Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara

Sanggup berkorban untuk Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti
23
Negara untuk negara
Melindungi Hak kanak- Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi
24
kanak menjamin kehidupan meraka yang sempurna
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh
25 Menghormati Hak Wanita memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan
negara
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan
26 Melindungi hak pekerja
sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya
Menghormati hak
27 supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan
golongan kurang berupaya
ciptaan tuhan
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang
28 Melindungi hak pengguna berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak
mudah dieksploitasi.
Mematuhi peraturan dan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
29
undang-undang ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan
30 Kebebasan bersuara
tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya
31 Kebebasan beragama
seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
Penglibatan diri dalam
32 pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan
pembangunan Negara
perlembagaan Malaysia.
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan
33 Sikap keterbukaan
selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
Hidup bersama secara
34 kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan
aman
budaya.
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada
Saling membantu dan
35 peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu
bekerjasama
matlamat.
Saling menghormati Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin
36
antara negara kesejahteraan sejagat.

You might also like