BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM
3
…Meiji telah memilih pemuda
-pemuda yang pintar untuk dilatih di negara-negara Eropah dan belajar bahasa-bahasa asing dengan tujuan khusus untuk menterjemahkan ilmu-ilmu Barat ke dalam bahasa Jepun. Pemuda-pemuda itudihantar ke Russia untuk menterjemahkan bukubuku militer, ke England untuk buku-buku falsafah dan Jerman untuk buku-buku sains dan perubatan. Dalamusaha itu Meiji menubuhkan biro terjemahan yang menjadi asal usul Universiti Imperial Tokyo hari ini. Semenjak Perang Dunia II, negeri Jepun telahmenterjemahkan 150,000 tajuk buku dari seluruh dunia.
Kenyataan ini membuktikan betapa pentingnya bidang terjemahan dalam usaha menjana ilmuapabila bahasa menjadi faktor penghalang. Penterjemahan amat penting dalam mewujudkankesefahaman antara bahasa-bahasa yang berbeza. Perkembangan ilmu penterjemahan inimembolehkan pemindahan makna dilakukan tanpa sebarang halangan terutamanya limitasibahasa.Bidang penterjemahan memerlukan kepekaan seseorang penterjemah untuk menganalisa teksmencakupi laras bahasa, teknik pengolahan, cara penyampaian serta juga pemilihanperkataaan, selain unsur kebudayaan dan semantik.
1.1 DEFINISI TERJEMAHAN
Penterjemahan selalunya didefinisikan dengan merujuk kepada pertukaran perkataan yangmempunyai makna yang sama dengan teks asal. Larson (1984), mendefinisikanpenterjemahan sebagai
“… transferring the meaning of the source language into the receptor
language
‖. Ini jelas menunjukkan bahawa makna menjadi ukuran kepada hasil kerja
terjemahan.Sejak kemunculan linguistik moden maka muncul pendapat seperti Catford (1965:20) dalam
Norizah Ardi et. al. (2008), yang mentakrifkan terjemahan sebagai ―
The replacement of textual material in one language by equivalent textual material in another language
‖.
Manakala Nida (1974) pula menyatakan terjemahan sebagai;
―
Translating consists in reproducing in the receptor language the closest naturalequivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly, in terms of style.
‖