PENGURUSAN PERSATUAN/KELAB
(Pakaian Seragam, Persatuan/Kelab dan Kelab Permainan/Sukan)
1.
LATAR BELAKANG
1.1Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotaidan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagipelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara.Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah )1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta
Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21Mei 1998
menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerimapermohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dariketogeri yang berikut:-1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakandalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,1.1.2 Hobi dan rekreasi;1.1.3 Sukan dan permainan;1.1.4 Badan beruniform; atau1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.1.2Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usahakependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip,kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkandiri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-cirikecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah PendidikanKebangsaan.1.3Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuanyang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlahmenggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripadaprogram pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dankemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab ataupersatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.2.
RASIONAL
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untukmemimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yangdiinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiranmemimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlahwarisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya bolehdiperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal,pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.
1
Add a Comment
Syamsul Bahri Bin Amiruddinleft a comment
Syamsul Bahri Bin Amiruddinleft a comment
farinah84left a comment
IszamShawalleft a comment