You are on page 1of 11

Hasilkan satu kertas kerja pendek sekitar 1000-1500 perkataan yang

menghuraikan pandangan Tamadun Islam terhadap konsep ilmu dan sejauh


manakah pengaplikasian konsep kesepaduan ilmu dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia.

Apakah itu tamadun?.Menurut definisi tamadun itu sendiri, ia berasal dari


perkataan Arab yang bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah
laku. Secara umum,tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Ia
merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang ilmu
pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian,
perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam. Manakala menurut ahli falsafah
barat seperti Arnold J. Toynbee dia beranggapan tamadun adalah suatu pemikiran
dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian,
kesusasteraan, agama dan akhlak. Syed Muhammad Naqiub al-Attas
menyatakan,tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang
telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
masyarakatnya.

Tamadun Islam merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk
antarabangsa.Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir
daripada Tamadun Islam.Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-
Quran dan al-Hadis.Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian
Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan
manusia keseluruhannya.Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak
dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
Rasul Allah.Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada tahun 623M, di sana
tertubuhnya sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda.

Pembahagian ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai cabang ilmu. Menuntut


ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.
”‫”طلب العلم فريضة على كل مسلم‬
Maksudnya: “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam”

Saya mengambil pedekatan Ilmu yang dinyatakan oleh ilmuan Islam.Ibnu Khaldun

1
‫ا‬n
‫ع‬
‫م‬
‫ل‬s
m
l
I
d
T
F
K
u
P
(
h
q
w
s
a
b
j
t
r
i
e
)
A
n
u
K
f
a
t
e
i
h
y
r
I
u
m
l
b
a
n
k
r
e
A
K
h
p
dan Imam Al-Ghazali(1988).Mereka membahagikan ilmu mengikut cabang dan
keperluan ilmu tersebut.

‫ل‬
Pembahagian Ilmu Mengikut Imam Al-Ghazali

K
P
K
Ilm
T
P
T
F
Imam Al-Ghazali
F
be
er
str
K
‫<م‬
er
eju
eA
telah
a
e
a
e
r
I l
a
ken
l
per
m u
u
sa
i
uh
qa r
n
imembahagikan
fa
A
ta
‫<ل‬uf
‫ع‬ a
a
l
ya
a
i
in
n
r
b
du
a
an
)
u
l
han
ilmu
u
(
d w
‫<ل‬
id
h
an
n
kepada
t
a
u
h
dua
<‫ا‬
bahagian,Fardu Ain
dan Fardu Kifayah.Dia telah menyatakan bahawa Fardu Ain merupakan cabang ilmu
berkenaan Allah S.W.T manakala Fardu Kifayah merupakan ilmu yang berlandaskan
keperluan.Apa yang saya ingin ulas berkenaan pembahagian ini,kedua-dua ilmu ini
saling melengkapi antara satu sama lain.
Contohnya,perbuatan membaca Al-Quran merupakan sunat hukumnya,
namun membacanya dengan hukum Tajwid dan cara sebutan huruf adalah
wajib.Maka, dapat saya tafsirkan bahawa kedua-dua ilmu ini tidak dapat
dipisahkan.Begitu juga dalam konteks yang lebih terbuka, bidang Kejuteraan
dikategorikan sebagai Ilmu Fardu Kifayah,namun apabila menyentuh aspek kerja
dan etika yang sewajarnya ia akan merujuk kepada bahagian Fardu Ain.
Saya berpendapat bahawa, kedua-dua bahagian ilmu ini tidak seharusnya
dipisahkan.Ini kerana, kesepaduan ilmu tidak akan wujud sekiranya kedua-duanya
dipisahkan Oleh itu pendekatan dan penerapan ilmu dalam kalangan murid
seharusnya merangkumi kedua-dua ilmu ini.Berpeganglah kepada kata-kata
Rasulallah S.A.W,”Bekerjalah kamu seumpama kamu akan hidup seribu tahun dan

2
beribadatlah kamu seumpama kamu akan mati pada hari esok”.Rasulallah cuba
menyatakan bahawa untuk menjadi mukmin yang sejati tidak semestinya
menumpukan amalan akhirat sahaja namun mengambil kira juga keperluan dunia.

3
Pembahagian Ilmu Mengikut Ibnu Khaldun

Ilmu( ‫) العلم‬

Al-Ulum al-Naqliyyah al- Ulum al-Hikmiyyah al-


Wadiyyah Falsafiyyah
• Ilmu yang • Ilmu yang
didapati melalui rasul diusahakan oleh akal
Allah berdasarkan al- manusia.
Quran dan al-Sunnah

 Ilmu Matematik
 Ilmu Tafsir  Ilmu Handasah
 Ilmu Qiraah  Ilmu Hay’ah
 Ulum Hadith  Ilmu Mantiq
 Usul Fiqh  Ilmu Tabie
 Ilmu Fiqh  Ilmu Ilahiyyat
 Ilmu Kalam  Ilmu Sihir
 Ilmu Bahasa  Ilmu Rahsia Huruf
 Ilmu Kimia

4
Ibnu Khaldun pula memperincikan konsep asal Ilmu daripada Imam Al-
Ghazali. Dia mengelaskan ilmu kepada dua. Ilmu yang pertama dinamakan al-Ulum
al-Naqliyyah al-Wadiyyah (the traditional sciences), iaitu ilmu yang didapati
melalui rasul Allah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dan yang kedua dinamakan
al-Ulum al-Hikmiyyah al-Falsafiyyah (the philosophical sciences), iaitu ilmu yang
diusahakan oleh akal manusia.

Ilmu yang dibicarakan adalah lebih terperinci dan jelas dimana Ibnu Khaldun
menyatakan ilmu itu berpandukan dua sumber iaitu yang pertama dari Allah dan
yang kedua dari pemikiran(akal) manusia.Sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa Ilmu yang lahir dari Allah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.Kedua-dua
merupakan sumber rujukan dalam merangka ilmu yang lahir daripadanya.Seperti
yang kita ketahui bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah.

Ilmu yang kedua pula berteraskan pemikiran yang lahir dari akal
manusia.Setiap ilmu itu lahir dari cetusan idea,pemerhatian,praktikal dan segala
bentuk proses yang membawa kepada kelahiran ilmu-ilmu tersebut.Hubungan antara
kedua-dua ilmu ini juga tidak dapat di pisahkan.Ini kerana ia juga saling melengkapi
antara satu –sama lain.Kita ambil contoh yang membuktikan bahawa Al-Quran
adalah sumber ilmu yang lengkap untuk menerokai segala ilmu yang ada.
Saya nyatakan ayat –ayat Al-Quran yang menyebut beberapa bidang sains,
Botani Surah al-Hirr ayat 5,Zoologi Surah al-Nur ayat 45,Surah al-Nahl ayat 68 dan
69. Ayat-ayat dalam surah ini ada merujuk kepada ilmu Sains yang begitu di
agungkan oleh barat apabila menyentuh kepada penemuan-penemuan yang mereka
nyatakan.Sedangkan Al-Quran telah memberikan bukti penemuan yang jauh lebih
dahulu menyatakannya.
Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan budaya ilmu dalam tamadun dunia.
Budaya ilmu dalam masyarakat Cina memberikan penekanan kepada amalan, dan
tidak pada ajaran falsafah.Manakala, pendapat masyarakat India kuno memberi
penekanan pada bidang falsafah. Mereka juga menekankan pendidikan bagi
golongan Brahmin.Bagi masarakat yang beteraskan budaya ilmu,iaitu Tamadun
Yunani, yang berteorikan ilmu dan akhlak yang berkaitan tetapi dari segi amalan
masih terdapat percanggahan

5
Matlamat Ilmu dalam Islam menyatakan bahawa akal membolehkan manusia
berusaha menuntut ilmu pengetahuan sama ada mencakupi kehidupan duniawi
mahupun berkaitan dengan ukhrawi.Malah,mampu membimbing manusia
mengetahui hakikat kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.Berbicara pula berkenaan
budaya ilmu, ia bermaksud, “kewujudan suatu keadaan dimana setiap lapisan
masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan
kegiatan keilmuan di setiap kesempatan.Dalam budaya ini, ilmu dianggap suatu
keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap
peringkat.Di samping itu kelebihan orang berilmu bukan sahaja mampu
meningkatkan keimanan, firmanNya dalam surah al-Mujadalah yang bermaksud,
“Allah SWT meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan
ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
Definisi pendidikan dalam Islam menyatakan pendidikan adalah sesuatu yang
merangkumi cara hidup yang sempurna.Ia mempunyai keseimbangan di antara
pembinaan akal, roh dan jasad; di antara ilmu, iman dan amal, dan di antara
pemikiran dan kehidupan. Pendidikan menyerapkan ilmu pengetahuan ke dalam
bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk praktikal bagi membentuk
peribadi dan watak,serta mencungkil bakat yang terpendam.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) bermatlamat membina individu
negara Malaysia yang mampu bersaing dan memiliki aspek penting yang
merangkumi jasmani,emosi,rohani dan intelek.Jika kita lihat matlamat pendidikan
dalam Islam juga menyentuh aspek-aspek yang dinyatakan dalam FPK.Justeru FPK
itu sendiri merupakan hasil dari asimilasi yang dilakukan bagi memantapkan elemen
yang dinyatakan dalam matlamat pendidikan Islam.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) ada menyentuh
perkara berkenaan Memperkasakan Pendidikan.Jika kita lihat Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM)
manggunakan pendekatan yang lebih mantap hasil daripada penambahbaikkan yang
dilakukan.
Pendekatan pendidikan yang bersepadu dapat dijalankan dengan lebih
menyeluruh.Aspek yang ditekankan merangkumi semua aspek yang digarapkan,
agar kesepaduan itu dapat dicapai.Saya mengeluarkan pendapat ini hasil daripada
pemerhatian saya,ketika saya belajar disekolah rendah pada tahun 1997-2002 dan
apabila saya mengikuti perkembangan pendidikan.Sistem pembelajaran telah

6
digubal selaras dengan perkembangan semasa.Pengenalan matapelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan dan juga pengenalan beberapa rangka kerja bagi
memperkasakan pendidikan telah dijalankan.
Hasilnya,sistem pendidikan bertambah mantap dan lebih menyeluruh.Ia
menjurus kepada matlamat FPK dan sekaligus menerapkan semua nilai-nilai murni
yang di harapkan.Baru-baru ini,Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin
Yassin,mengesa agar guru-guru dapat menjadikan corak pembelajaran dan
pengajaran lebih menyeronokan.Beliau juga menyatakan, kegiatan ko-kurikulum juga
harus dijalankan secara berkesan dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Tidak dapat dinafikan hasil daripada penerokaan ilmu yang lebih menarik dan
menghiburkan mampu menarik minat pelajar dalam menimba ilmu.Ini bagi
menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar.Sehubungan dengan itu
kegiatan ko-kurikulum juga menyumbang kepada kejayaan seseorang pelajar dalam
usaha mencapai hasrat FPK itu sendiri.Sememangnya cara pendekatan dan
perangkaan program serta strategi dalam melaksanakan hasrat FPK adalah bentuk
matlamat yang menyentuh aspek matlamat pendidikan dalam Islam.
Jelaslah disini bahawa, pembinaan Tamadun Malaysia hasil daripada
pelaksanaan dasar FPK mampu dilaksanakan sekiranya ia berlandaskan hukum dan
syarak Islam itu sendiri.Sememangnya kita tidak dapat lagi sangkal lagi penyataan
yang menyatakan bahawa Tamadun Islam itu adalah sebuah tamadun yang
menyeluruh.Maka, tidak hairanlah sekiranya kita imbas kembali bagaimana
Tamadun Islam itu membangun secara mendadak hasil daripada salah satu
aspeknya iaitu ilmu.
Pembinaan Tamadun Malaysia juga akan dapat dijalankan dengan jayanya
sekiranya penerapan yang diambil hasil daripada asimilasi Tamadun Islam itu
dijalankan dengan sepenuhnya.Sekiranya modal insan yang lahir itu seperti yang
digarapkan,maka,kelahiran Tamadun Malaysia sebagai sebuah negara yang maju
dan seimbang dari segala aspek dapat dicapai.Ia tidak lagi menjadi sebuah angan-
angan dan mimpi.Allah ada berfirman bahawa”Nasib sesuatu kaum itu tidak akan
berubah melainkan mereka sendiri mengubahnya”.
Kesimpulannya, penghayatan Islam sebagai ritual atau amalan kerohanian
sahaja tidak membawa apa-apa erti kepada penghayatan beragama seseorang
muslim itu,sebaliknya mestilah diamalkan dalam aspek–aspek kehidupan lain secara
menyeluruh. Sekiranya dia bercita-cita melihat munculnya masyarakat yang bersifat

7
madani, menyayangi dunia dan merindui akhirat, dia harus mempersiapkan diri
membina sebuah keluarga yang bersedia daripada segi fizikal, emosi dan mental
untuk mengharungi pelbagai dugaan dalam masyarakat, bersedia untuk
memperbaiki masyarakat dengan amar makruf yakni mencegah kemungkaran
secara serentak supaya tampil kemudiannya Negara yang sejahtera dan diredhai
Allah SWT serta memenuhi makna sebenar tamadun.
(1444 patah perkataan)

8
REFLEKSI
Alhamdulillah...
Akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan berkenaan Tamadun Islam dan
Tamadun Asia pada masa yang dijangka.Sememangnya untuk melaksanakan
tugasan ini saya harus menguasai segala hal yang sepatutnya.Bermula dengan
pemerolehan maklumat,perbincangan bersama rakan-rakan dan kolaborasi bersama
pensyarah.
Tugasan yang diberikan adalah berdasarkan Tamadun Islam dan Tamadun
Asia.Saya dikehendaki membincangkan tentang pandangan Tamadun Islam
terhadap konsep ilmu dan sejauh manakah pengaplikasian konsep kesepaduan ilmu
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia
Hasil daripada tugasan ini saya dapat mempelajari berkenaan Tamadun
Islam,memandang konsep ilmu itu sebagai sesuatu yang dijunjung
tinggi.Sehinggakan dalam Islam menuntut ilmu itu satu kewajipan kepada umat
Islam.Sejak zaman pemerintahan Rasulallah S.A.W menjelaskan bahawa
kepentingan umat Islam menuntut ilmu dalam pelbagai bidang sehingga ke Negara
China.
Saya berpendapat sesebuah negara yang maju bermula dengan kejayaan
rakyatnya dan bangsanya dalam menguasai ilmu pengetahuan.Bukti jelas
menunjukkan bahawa Tamadun Islam merupakan contoh besar yang menggariskan
bahawa penguasaan ilmu akhirat dan dunia membawa kepada kejayaan dan
kegemilangan umat Islam itu sendiri.Tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkenal seperti
Imam Al-Ghazali,Ibnu Sina,Ibnu Batutta dan ramai lagi yang mempamerkan
kejayaan yang hebat dalam pelbagai bidang ilmu.Walaupun mereka menguasai
kepakaran dalam ilmu duniawi namun mereka juga menguasai ilmu akhirat dengan
sempurna.
Pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang belajar di dalam sistem
pendidikan Malaysia,saya melihat Malaysia telah mengorak langkah dalam usaha
membangunkan modal insan yang bukan sahaja mampu menguasai bidang intelek
namun merangkumi aspek rohani yang sewajarnya.Penerapan dan sistem yang
diwujudkan menjurus ke arah menjayakan hasrat FPK dalam usaha membangunkan
individu yang luhur dan bersepadu.
Kesimpulannya,sebagai bakal pendidik yang bakal menerajui bidang
pendidikan yang bakal ditempa,seharusnya kita menghayati nilai sejarah itu

9
sendiri.Mantan Perdana Menteri yang ke-empat,Tun Dr.Mahathir
menyatakan,bangsa yang lupakan sejarah akan mengulangi sejarah tersebut.Dalam
usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan
harmoni,pembangunan negara bermula dari seseorang individu yang terdidik dengan
sempurna.Namun,nilai individu yang bernilai dapat dilihat dalam segala aspek,dari
segi kepimpinan,kerajinan,kesunguhan,keimanan dan ketaqwaan dalam
melangsungkan hidup sebagai hamba kepada Allah S.W.T.

10
Rujukan

Buku
Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd.
Rahman (ed)( 2000), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn. Bhd.,

Islam is Deen of Discipline (Friday speech delivered by Imam Mohamed Baianonie at


the Islamic Center or Raleigh, NC on June 9, 2000)

Mohd. Liki Hamid (ed.), Sejarah, Pencapaian dan Masa Depannya,Terbitan Pertama
2002,PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN. BHD.

Wan Roslili Bt. Abd. Majid(2005)Tamadun gemilang mesti selari kehendak syariat
Pegawai Penyelidik,30/03/2005 | Berita Harian

Artikel
Najahudin Lateh “EPISTEMOLOGI MENURUT IBN KHALDUN DALAM KARYA
MUQADDIMAH”

Internet
http://pendislami.tripod.com/klasifikasi_ilmu.htm
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=753&cmd=resetall
http://yaustazi.blogspot.com/2009/07/pembahagian-ilmu-pendidikan-islam.html

11

You might also like