Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Dan Tanggungjawab Guru Pada Masa Hadapan

Peranan Dan Tanggungjawab Guru Pada Masa Hadapan

Ratings: (0)|Views: 886 |Likes:
Published by huzai
selamat membaca.
selamat membaca.

More info:

Categories:Types, Resumes & CVs
Published by: huzai on May 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2013

pdf

text

original

 
Peranan Dan Tanggungjawab Guru Yang Sewajarnya Sebagai Pendidik ProfessionalPendahuluan
Ada murid yang belajar hanya dari guru di sekolah, disuapi ilmu dan didik habis-habisan. Ada yang hanya belajar dari katak yang melompat atau angin yangmenghembus pelan lalu berubah menjadi badai yang memporak-perandakan kota dandesa. Ada yang belajar dari buah manggis yang jatuh di samping bulan yangtergantung di langit tanpa tangkai. Ada guru yang banyak berkata tanpa berbuat. Adayang lebih pandai berbuat daripada berkata. Ada yang mengadunkan kata dan perbuatan. Yang istimewa di antara mereka adalah apabila kita melihatnya terus akanmengingatkan kita kepada Allah, ucapannya akan menambah amalan kita danamalnya membuatkan kita semakin cinta akhirat. Inilah guru yang sukar di cari ganti,tetapi ianya dapat diasus di setiap peringkat.Guru merupakan asas kepada sesuatu pembangunan, dalam erti kata yang lainguru ialah insan yang berperanan dan bertanggungjawab dalam mendidik di setiap peringkat masyarakat. Dalam merempuh arus pembangunan di seluruh pelusuk duniaini, pelbagai cabaran yang harus diredah oleh guru bagi mendidik masyarakat supayatidak terjerumus ke dalam kegelapan kejahilan. Oleh itu peranan dan tanggungjawabguru menjadi semakin rumit.Dari segi bahasanya, peranan seorang guru bermaksud bidang tugas yangdipegang olehnya. Manakala tanggungjawab seorang guru pula membawa maksudkewajipan yang dipikul olehnya. Oleh yang demikian guru bukanlah hanya berperanan dalam mendidik masyarakat sejagat, bahkan ianya juga bertanggungjawabatas setiap yang dididiknya.Sebagai seorang guru, kita haruslah mengetahui segala peranan dantanggungjawab kita. Ini kerana ramai yang bergelar guru tetapi mengabaikan setiaptanggungjawab. Di sini marilah kita menghayati setiap peranan dan tanggungjawabguru.
 
Peranan Dan Tanggungjawab Guru
y
 
Guru Sebagai Tenaga Pendidik 
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia juga dilatihuntuk menguasai segala kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan segalailmu kepada seluruh masyarakat khususnya kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlulah memainkan peranan bagi menyampaikan ilmu yang bergunadan bermanfaat kepada pelajarnya.Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnyakemahiran mengajar seperti:
y
 
Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologimanusia.
y
 
Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran sertamewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
y
 
Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yangdiajar.
y
 
Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang dapat mewujudkan muridmenjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan sempurna.Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru haruslah menyedari tugasdan amanah yang telah diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akanmenjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran pada setiap zaman. Untuk menghadapi cabaran ini, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan dirimereka dari masa ke semasa.Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahanyang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagaiagen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan
 
kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilaikemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa.
y
 
Guru Sebagai Pengarah Pembelajaran
Di dalam kelas, guru berperanan sebagai pengarah pembelajarana. Segala gerak kerja yang berlaku haruslah dirancang dengan sempurna. Walaupun begitu, guru-guru juga perlu untuk merangka aktiviti yang baru bagi mengelakan kebosanan. Halmengenai ini sering kali berlaku kepada pelajar-pelajar yang di peringkat menengah.Bagi mengelakan masalah ini, segala pembelajaran tidak harus di lakukan sepenuhnyadi dalam kelas, bahkan ianya akan menjadi lebih seronok sekiranya di lakukan di luar kelas.
y
 
Guru Sebagai Ibu Bapa Kepada Pelajar
Ibu bapa merupakan guru yang paling utama dalam membentuk akhlak anak-anak mereka ketika mana bersama dengan mereka . setelah musim persekolahan bermula,kebanyakan pelajar menghabiskan masa mereka di sekolah. Oleh yang demikiangurulah yang berhak bertindak sebagai ibu bapa mereka yang kedua. Sekolah jugamerupakan sebuah institusi sosial yang melatih generasi muda supaya berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Hal ini dapat dicapai sekiranya guru-guru memberi perhatian yang bersungguh-sungguh bagi menangani gejala sosial yang dihadapi olehmasyarakat.Dalam menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini adalahtanggunjawab bersama. Pihak sekolah dan guru-guru perlu memainkan peranannyamanakala masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolahdalam melaksanakan tugas berat ini. Namun demikian, kebelakangan ini terdapat petanda peranan sekolah dalam menangani masalah akhlak dan moral terlalu lemah.Ini disebabkan oleh kelemahan-kelemahan guru dan ibu bapa seperti hubunganinterpersonal yang renggang, guru yang kurang bermotivasi dan berdedikasi,hubungan guru dan murid yang tidak harmoni, kurang keperihatinan yang ditunjukkanoleh guru-guru terhadap masalah murid, tekanan sosial dan emosi yang tinggi yangdihadapi oleh murid di sekolah,

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Iqbal Puteh liked this
Sii Jiing liked this
Far Ida liked this
Far Ida liked this
Anif Abd Ghani liked this
rengotjomo liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->