Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.

Kepentingan Kitar Semula

Terdapat beberapa kepentingan kitar semula yang boleh kita perolehi . Antaranya ialah :

  1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar . Apabila ramai dikalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula , masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif .
  2. Memupuk sikap berjimat cermat . Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedah kepada pengamalnya . Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.
  3. Menceriakan persekitaran alam sekitar . Melalui kaedah guna semula , kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita . Contohnya kita boleh menggunakan botol ± botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga .
  4. Mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada .
  5. Menambah pendapatan kita . Melalui amalan jual beli , kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak . Ini boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di Malaysia .
Notes
Load more