segala pekerjaan yang baik dan pada segala perbuatan yang terpuji itu dengan disegerakan” (Taj us-Salatin: ms 157), iaitu konsep amal soleh para jurutera dan ahli teknologi itu. Beliau juga memetik pandangan sarjana sebelumnya bahawa “peri budi itulah yang dikatakan nikmat rafik itu kerana jikalausakit kamu ialah yang mengubat kamu dan jikalau jatuh kamu ialah yang membangkitkan kamu dan jikalau hina kamu ialah yang memuliakan kamu” (Taj us-Salatin, ms 158) yang lebih jelas membawasmaksud amal soleh para ilmuwan kesihatan, kejuruteraan dan teknologi itu. Kesimpulannya di sini, budaya atau kebudayaan yang menjadi penentu sesebuah peradaban/tamadun bangsa itu ialah ilmu dankepandaian bangsa itu, iaitu tamadun Melayu ialah perihal proses dan pencapaian orang-orang Melayusejak dahulu kala (sejak kerajaan Funan di Kembuja abad ke-2M) dalam memperoleh, mengolah semuladan membina ilmunya khususnya dalam bidang SAKTI atau KESATRIA itu.Satu lagi yang amat bermasalah dan menyimpang maknanya dalam takrif tamadun Melayu selama iniialah tentang makna atau kesiapaan orang Melayu itu: wilayahnya dan sejarahnya. Hal ini terjadi keranadengan kejayaan pemupukan nasionalisme yang sempit oleh para pemimpin dan ilmuwan ikhtisas(ilmuwan yang terlampau dekat dengan pemerintah) negara-bangsa baru di Alam Melayu ini, khusunya wilayah pentakrifnya kini, Indonesia dan Malaysia, maka kini Melayu bagi Indonesia ialah hanya sukukaum kecil di kota Jakarta, di Riau, di Jambi dan di Malaysia sahaja, manakala bagi rakyat Malaysia ialahorang peribumi Malaysia (terutamanya di Semenanjung Malaysia) yang beragama Islam sahaja. Malahdalam banci penduduk Sabah dan Sarawak, Malayu ditakrifkan sebagai satu suku kaum yang berbezadaripada peribumi yang lain dan bukan dari Indonesia, atau Filipina; oleh itu bilangannya amatlahsedikit. Sesuai dengan fahaman baru yang menyimpang ini sejarah peradaban Melayu bagi Malaysiaditekankan hanya bermula pada zaman Kesultanan Melaka, tidak pada Pasai/Aceh, Petani atau Campa(walaupun itulah mula awalnya bangsa Melayu membina tamadunnya dalam acuan Islam) danpencapaian SAKTI bagi wilayah bangsa Melayu ini (Pasai, Petani dan Campa) terbukti amatlah tinggi.Hakikatnya, peradaban/tamadun Melayu Islam sekalipun tidak wajar hanya ditumpukan pada zamanKesultanan Melaka sahaja semata-mata atas pertimbangan nasionalisme dan kepentingan wilayahnegara-bangsa Melayu Malaysia sahaja. Sebaliknya, peradaban/tamadun Melayu Islam Pasai, Petani,Campa, Melaka, Demak-Mataram, Sulu-Mindanao, Brunei, Johor-Riau-Lingga, Ternate-Tidore, danBanjar (sekadar menyebut yang agak lebih masyhur) yang boleh diIstilahkan sebagaiPeradaban/Tamadun Alam-Melayu Islam mestilah dijadikan komponen tamadun Malayu itu.Bagi penetapan wilayah kediaman bangsa Melayu, sehingga kini ada kecenderungan solah-olah Melayuitu hanya Malaysia ini sahaja atau yang lebih nostalgia agaknya melebarkannya kepada Nusantara, atau