You are on page 1of 4

1. Apakah peranan anda sebagai pembanteras dadah terhadap masyarakat?

Setiap individu memainkan peranan yang penting di dalam membasmi gejala dadah.
Dengan hanya sedikit kelekaan, seseorang individu boleh terjebak dengan kancah
dadah ini.

Pepatah pernah menyatakan bahawa sekiranya kita berkawan dengan seorang


tukang besi, kepanasannya akan melekat pada diri kita manakala jika kita berkawan
dengan seorang penjual minyak wangi, kita juga sentiasa berbau harum bersama
dengannya. Pepatah ini mengajar kita untuk berhati-hati di dalam memilih kawan.
Antara punca utama seseorang terlibat dengan dadah adalah kerana pengaruh
rakan sebaya. Maka disini, terbuktilah bahawa pepatah yang telah disebutkan di
atas ada benarnya.

Sebagai seseorang yang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, kita perlu


mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar
kita benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri sendiri dan juga
orang di sekeliling mereka. Ini penting agar kita tidak ditipu oleh orang yang berniat
jahat kepada kita. Selain daripada itu, kita dapat memantau ataupun membantu
sesiapa pun di dalam menangani isu dadah ini. Seandainya kita bertemu dengan
orang yang ingin kembali ke pangkal jalan, kita perlu membantu mereka agar
berada di jalan yang betul ataupun sekurang-kurangnya menunjukkan medium
ataupun agensi yang sesuai untuk dijadikan rujukan.

Setiap individu perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak
melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah .
2. Apakah peranan anda sebagai pembanteras dadah terhadap sekolah?

Guru merupakan teraju utama yang paling sesuai untuk menggerakkan kempen
membenci dadah. Cara paling berkesan ialah memfokuskan kepada pelajar yang
disyaki atau cenderung untuk terlibat. Dalam usia tahap rebung ini, lebih mudah untuk
mengembalikan mereka ke pangkal jalan melalui kaedah kaunseling, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun dalam usaha itu, masalah utama pentadbiran sekolah ialah
mengesan pelajar yang menagih dadah sebelum tindakan susulan lainnya dapat
dilakukan. Kaedah ujian air kencing tidak dapat dilakukan secara menyeluruh, tetapi
hanya secara rawak menyebabkan ada pelajar terlibat terlepas, serta terus dibiarkan
mempengaruhi rakan-rakan sebaya lainnya. Tetapi, melalui bantuan teknologi, iaitu
mesin pengimbas mata canggih yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran,
masalah mengesan pelajar yang menagih dadah menjadi lebih mudah. Justeru, mesin
berharga RM200,000 yang beroperasi secara bergerak ini perlu dimanfaatkan
sepenuhnya untuk memastikan setiap sekolah bebas daripada pengaruh dadah.

Begitu pun teknologi sahaja tidak mencukupi jika semua pihak khususnya Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak mengambil langkah proaktif. Guru dan ibu bapa boleh
bekerjasama di dalam menganjurkan program ceramah dengan menjemput pihak
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis, kastam ataupun mana2 pihak yang
terlibat dengan gerak gempur menangani dadah ini secara langsung ataupun tidak
langsung. Usaha pencegahan dan pemulihan di peringkat sekolah tentunya dapat
dijalankan dengan lebih agresif lagi jika dilakukan secara bersepadu.

Oleh itu, sebagai seorang guru, kita perlu mengambil berat tentang pelajarnya dari
aspek akademik dan juga kegiatan sosial pelajar itu sendiri. Menjadi tanggungjawab
seseorang guru juga agar sentiasa berpesan kepada pelajarnya tentang gejala yang
semakin memusnahkan masyarakat kita.
3. Apakah cara untuk masyarakat sivil memerangi dadah?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan penagih mahupun bekas


penagih cenderung bergelumang dengan kancah itu kerana sikap masyarakat yang
meminggirkan golongan itu untuk mendapat tempat dalam kelompok sosial
mahupun ekonomi. Lantaran itu, masalah dadah akan menjadi semakin serius jika
kita tidak memberi peluang kepada penagih untuk kembali ke jalan yang betul.
Persepsi masyarakat terhadap penagih juga perlu diubah kerana mereka bukanlah
penjenayah, tetapi pesakit yang perlu diberikan rawatan. Memang benar mereka
melakukan kesilapan pada peringkat awal kerana terjerumus dengan penagihan
dadah. Tegasnya, sikap yang positif daripada masyarakat amat diperlukan bagi
memastikan golongan ini dapat dibimbing agar dapat memperbaiki cara hidup
mereka.

Di samping itu, institusi keluarga juga memainkan peranan amat penting dalam
menangani masalah ini. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab untuk
mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjebak ke lembah yang hina ini. Gesaan
mantan Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu agar
seluruh anggota masyarakat memperkasakan institusi kekeluargaan harus disahut
dengan penuh muhasabah. Tanpa kekuatan dan kesungguhan untuk membina
komuniti terpenting ini, pasti usaha mereformasikan bangsa akan gagal.

Dadah dan jenayah masih menjadi dua musuh tegar yang sering mengancam
kesejahteraan institusi kekeluargaan. Setiap ahli keluarga perlu sentiasa peka
terhadap tindak-tanduk anggota keluarga sendiri agar tidak-sesekali membuka
ruang kepada dua musuh tersebut menyelinap masuk dalam kehidupan
berkeluarga. Dadah ialah satu masalah sosial yang dihadapi oleh pelbagai kaum.

Selain kerajaan, peranan besar ibu bapa yang berfungsi sebagai tapak
pembentukan peribadi den sahsiah diri perlu lebih diperkasakan. Kita kerap
mendengar kisah anak-anak yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah
disebabkan perceraian ibu bapa, derita anak yang ketandusan kasih sayang
keluarga, di samping pengaruh rakansebaya.Punahnya ikatan kekeluargaan telah
menjadi penyumbang kepada tercetusnya banyak gejala sosial dalam kalangan
anak muda. Justeru, peranan institusi kekeluargaan masih terus berada di
puncaknya.

Rakan Anti Dadah (Rada) yang telah diwujudkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) adalah satu medium dalam menggerakkan masyarakat sivil bangkit
membanteras dan memerangi dadah yang semakin berleluasa. Ia dapat berfungsi
dengan menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan
melaksanakan aktiviti pencegahan. Belia yang menyertai Rada ini menjadi mata dan
telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di kawasan masing-masing.
Medium ini dapat mendidik generasi muda berpengetahuan tentang bahaya dadah
serta mengamalkan gaya hidup yang sihat tanpa dadah sekali gus melahirkan
masyarakat yang harmoni seiring pembangunan negara. Selain daripada itu, remaja
dapat melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan mendedahkan mereka
menjadi sukarelawan bermula usia 15 tahun dan ke atas.

You might also like