SEJARAH PERMAINAN GASINGASAL USULUnsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia didunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupanmasyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalamsoal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telahmengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkanhati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukansahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan olehgolongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradukemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disampingitu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka danberpeluang berbincang tentang pelbagai perkara. Terdapat pelbagai ceritayang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yangmenyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengannegeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasingini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepipantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusingdengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagiahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkanbuah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dandiperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengantangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yangbermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilahdikatakan bermulanya permainan gasing.Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripadapermainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya,kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur.Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi.Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkandengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir SungaiPahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaanalat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabiladilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenaibinatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkanpukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagaisatu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya danmengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupahinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini
Add a Comment
Zul Amyleft a comment
Qyla 花子left a comment
Liana Marissaleft a comment
abgbaileft a comment
ijabaekleft a comment