Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENDAHULUAN
Realisme Perenialisme
Moden
Pragmatisme Rekonstruktionisme
Progresivisme Eksistensialisme
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
“ Setiap individu mempunyai potensi yang unik tanpa mengambil kira ciri-ciri fizikal atau
psikologi masing-masing. Justeru, matlamat pendidikan ialah membantu setiap individu
mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat”;
Di samping itu juga, satu perkara yang penting dalam falsafah pendidikan ialah
tujuan atau matlamat pendidikan, iaitu dalam hal perkembangan individu atau
kesedaran kendiri dan juga dalam hal perhubungan di antara matlamat-matlamat
pendidikan dan matlamat-matlamat sosial.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PERENIALISME
Antara mata pelajaran kritikal yang diberi penumpuan adalah dalam bidang
kemanusiaan dan kesusasteraan. Ahli-ahli perenialisme menyarankan supaya pe;ajar
belajar hasil-hasil karya orang-orang ternama dalam bidang kesusasteraan, falsafah,
sejarah dan sains. Bagi mereka, hasil-hasil usaha ini telah menunjukkan aspirasi dan
pencapaian tertinggi orang-oarng ternama sejak dari dahulu lagi. Dengan mengkaji
hasil-hasil usaha ini, ahli-ahli perenialisme berpendapat, pelajar akan belajar
kebenaran-kebenaran yang lebih penting daripada sebarang yang didapati oleh dirinya
sendiri mengikut minat. Selain itu, dalam bidang kemanusiaan dan kesusasteraan
mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia dan bukannya
bidang vokasional atau teknik yang berkaitan dengan mesin. Kebanyakkan ahli
perenialisme mempercayai bahawa pendidikan mestilah diberikan kepada pelajar-
pelajar yang pandai sahaja dan kepada pelajar-pelajar yang kurang pandai diberi
latihan vokasional.
Selain itu, guru berperanan sebagai pakar yang bijaksana serta berwibawa
dalam bidang pendidikan dan pengetahuan. Tanggungjawab mereka ialah untuk
menyampaikan ilmu di samping membimbing perbincacangan kumpulan. Mereka juga
perlu mendisiplinkan anak murid mereka. Tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan
moral, menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitu membaca,
menulis dan mengira serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karya agung sebagai
asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan.
Kaedah yang ditekankan pula ialah kaedah didaktik di mana guru mengajar dan
murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa menanya sebarang soalan. Dengan kata
lain, guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan melayan sebarang pandangan anak
murid mereka. Selain daripada itu juga, ahli-ahli perenialisme mencadangkan kaedah-
kaedah pengajaran seperti ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulang kaji.
Pengajaran adalah satu seni, seni untuk menggalak dan mengarahkan perkembangan
individu untuk memiliki kuasa untuk berfikir secara rasional iaitu kuasa yang dipunyai oleh
kebanyakkan manusia.
ESENSIALISME
Matlamat pendidikan ini ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu
dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya. Ahli-ahli
esensialisme menghendaki nilai-nilai masyarakat diajar sepanjang kurikulum persekolahan.
Termasuklah nilai-nilai sosial dan kebudayaan golongan kelas atasan dalam masyarakat,
nilai-nilai politik dan cendekiawan negara.
PROGRESIVISME
Ahli progresivisme melihat perubahan sebagai intipati realiti. Bagi mereka, ilmu
hanya sesuatu yang bersifat relatif dan tenataif begi menerangkan realiti masa kini sahaja.
Ianya tidak boleh dianggap sebagai benar buat selama-lamanya. Realiti dikatakan melalui
perubahan secara berterusan. Maka, seorang yang berpendidikan ditakrifkan sebagai
seorang yang mempunyai celik akal bagi membolehkan menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Berbeza dengan mazhab perenialisme, ahli
progresivisme tidak percaya wujudnya ketelusan yang tetap dan penting untuk dikuasai
oleh anak murid.
Pada dasarnya, manusia adalah bersifat baik. Oleh itu, anak murid kita seharusnya
diberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kebebasan sebegini
akan memastikan bahawa mereka akan pelajari apa yang mereka minati. Dengan itu,
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mereka dapat memaksimumkan
kebolehan dan potensi masing-masing.
REKONSTRUKTIVISME
Selaras dengan jenis kurikulum yang ditawarkan, maka guru hendaklah bertugas
sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Selain itu, peranan guru bukan hanya untuk
menyampaikan pengetahuan tetapi berperanan menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap
penting. Guru juga perlu menerangkan kepada pelajar bentuk masyarakat demokrasi yang
merupakan suatu persekitaran baik.
EKSISTENTIALISME
Bidang pendidikan Islam ini luas dan menyeluruh. Ia tidak hanya memberi perhatian
kepada pembinaan otak semata-mata dan menekan aspek alam sekeliling dan ransangan
sahaja tetapi berusaha untuk membentuk individu. Tumpuan kurikulum dalam pendidikan
Islam ialah pengajaran al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab. Bahasa Arab dianggap penting
kerana dengan penguasaan Bahasa Arab seseorang dapat mendalami dan menghayati
pengajaran al-Quran dan Hadis. Seterusnya ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang
manusia sebagai individu dan juga anggota masyarakat. Bidang ilmu ini dikenali sebagai
kemanusiaan seperti psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-lain lagi. Selain itu,
bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains natural yang meliputi bidang astronomi, biologi,
botani dan lain-lain.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah
sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah
Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai
pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang
penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik,
sistematik, dan diterima umum.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin, educare
yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal “Falsafah
Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai “Pendidikan merangkumi
keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah
laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering
menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan”. Jelaslah bahawa
falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia
memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains
(Russel, 1946).
“ Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan al-Quran dan As-sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah
yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar
dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat “
Dengan ini telah jelas menunujukkan bahawa falsafah pendidikan Islam telah diguna
pakai dan diterapkan dalam falsafah pendidikan kebangsaaan negara kita.
Aspek emosi pula jelas terpapar di falsafah pendidikan islam di mana menurut
Abdul Halim El- Muhammady, terdapat bidang al-nafsiah dan al-aqiliah yang masing
masing bermaksud pendidikan jiwa dan pendidikan mental. Selain itu, dalam falsafah
pendidikan timur, Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada
muzik, seni, puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi.
Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam
konsep Abd Halim Haji Mat Diah, al-jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di
dalam bidang pendidikan Islam. Selain itu, Rabindranath Tagore juga menekankan
tarian dan drama sebagai satu mata pelajaran.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Pertama sekali kita lihat kepada mazhab perenialisme. Dalam mazhab ini,
falsafah pendidikan barat di anggap individu yang sedia menghadapi perubahan dalam
kehidupan seharian. Dalam mazhab ini juga pendidikan merupakan satu tugas
memupuk kelakuan moral. Program pendidikan juga disusun agar dapat melahirkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI)
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan juga diberikan
kepada kemahiran asas 3M iaitu menulis, membaca dan mengira.
Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana semua
pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan asas untuk mahir dalam
3M. Guru juga rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti
pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak kira
status dapat menguasai 3M dengan mahir. Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan
pelajar. Ini juga telah termaktub dalam falsafah pendidikan guru bahawa unsur disiplin
memang sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun guru perlu menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan
santun, bekerjasama dan prihatin di kalangan pelajar supaya mereka membesar
menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan berdisiplin.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Selain itu juga, guru menjadi ‘role model’ dan teladan kepada pelajar. Dalam
pendidikan di Malaysia juga guru menjadi ‘role model’ kepada pelajar. Maka juga perlu
mempunyai pekerti yang mulia supaya pelajar dapat mencontohi sikap dan perlakuan
guru. Sikap yang ditonjolkan oleh guru mampu untuk mengubah sikap dan tingkah laku
murid-murid di sekolah.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
1.3 KESIMPULAN
Di samping itu juga, tugas guru memainkan peranan penting dalam mendidik dan
membentuk murid. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan juga telah menekankan
beberapa tugas atau peranan guru. Oleh itu, falsafah pendidikan barat menjadi
penanda aras kepada kita untuk membentuk falsafah pendidikan kita sendiri.
Jelas di sini menunjukkan bahawa falsafah pendidikan Islam dan Barat boleh
dikatakan menjadi asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Sedikit sebanyak
falsafah pendidikan Barat dan Islam menjadi penanda aras dalam pembentukan
falsafah pendidikan kebangsaan. Namun begitu, tidak semua dalam falsafah pendidikan
Barat dan Islam itu diambil bulat-bulat dan dijadikan terus kepada falsafah pendidikan
kebangsaan kita. Kedua-dua falsafah tersebut telah diubahsuai mengikut keperluan
negara kita. Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita
diterapkan daripada ketiga-tiga falsafah pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu
unsur iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Aspek-aspek
penting yang terdapat di dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan
panduan untuk perkembangan pendidikan di Malaysia.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
2.0 PENDAHULUAN
Seperti yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia merupakan salah satu negara
yang sedang membangun. Justeru, sangat penting bagi kita untuk mempunyai falsafah
pendidikan tersendiri. Meneydari hakikat tersebut, pada tahun 1988, Flasafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan
ideologi negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
“Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang
sosial…kita berhadapan dengan pelbagai unsur-unsur dari dalam dan luar…
kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi… yang didatangi dari luar, yang tidak
menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan
kemanusiaan” (Laporan Kabinet, 1979:226)
Selain itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan pula merupakan satu dokumen yang
mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan agar dapat dijadikan garis
panduan bagi semua pihak dalam bidang pendidikan. Konsep identiti kebangsaan,
perpaduandan prinsip-prinsip ideologi kebangsaan adalah selaras dengan tujuan dan
matlamat pendidikan. Oleh itu, segala prinsip untuk pembentukan, pelaksanaan dan
perkembangan kurikulum adalah selaras dengan perkembangan menyeluruh murid-
murid.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
KBSR adalah dibentuk kepada rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan
peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas. Matlamat pendidikan ialah untuk
memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan tersebut meliputi
aspek intelek, rohani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Matlamat
utama KBSR ialah menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai kecerdasan
intelek tetapi juga mempunyai akhlak tinggi. Oleh itu, kemahiran asas 3M (membaca,
mengira dan menulis) dipentingkan. KBSR juga mementingkan kemahiran belajar dan
kemahiran berfikir.
Seperti yang telah dinyatakan di atas, KBSR dirancang melalui 3 bentuk bidang
asas iaitu bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan perkembangan
individu. Dalam bidang yang pertama iaitu bidang komunikasi, merupakan bidang
utama dalam KBSR kerana bidang ini murid-murid dididik dan dilatih bagi memperoleh
asas dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran mengira telah
dimasukkan dalam bidang komunikasi kerana dalam apa jua komunikasi seseorang itu
tidak boleh mengelakkan diri daripada penggunaan konsep dan kemahiran kualitatif.
Bidang ini mempunyai dua bidang iaitu bahasa dan matematik.
Bidang yang terakhir ialah bidang perkembangan individu yang meliputi semua
aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Bidang
ini meliputi komponen kesenian dan rekreasi. Terdapat 3 mata pelajaran dalam bidang
ini iaitu pendidikan jasmani, pendidikan seni dan muzik.
Prinsip yang seterusnya ialah pendidikan seumur hidup. Ini bermaksud proses
belajar berlaku secara berterusan dan tidak terhad dari segi jangka waktu. Secara
amnya, sekolah mempunyai 2 peranan iaitu sekolah merupakan institusi formal pertama
di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. KBSR membina asas bagi
setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.
Selain itu, sekolah juga memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu
dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Usaha
mencari ilmu memerlukan tabiat mahu mencari dan tahu mencari ilmu. Guru juga
memainkan peranan dari segi menanam dan memupuk budaya ilmu dan budaya
membaca dalam kalangan anak murid.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Prinsip yang keempat dalam KBSR ialah pendidikan yang sama untuk semua
murid. KBSR juga menyediakan pendidikan yang sama bagi semua murid. Semua
murid pada tahap persekolahan yang sama mengikut kurikulum yang sama tanpa
mengambil kira jenis aliran persekolahan cuma yang membezakannya ialah bahasa
pengantar sahaja.
KBSR dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Dalam tahap 1,
fokus yang diberikan ialah penguasaan kepada kemahiran berbahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Selain itu juga, tahap 1 berfokus kepada penguasaan
nombor dan asas mengira. Murid juga mampu mengenal huruf serta membaca,
menghafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran serta menyedari dan memahami norma
dan nilai murni masyarakat.
mestilah sesuai digunakan. Yang terakhir pula ialah pengalaman pembelajaran yang
dipilih hendaklah melengkapkan beberapa hasil pembelajaran. Ini bermakna
pengalaman tersebut hendaklah luas untuk membolehkan pelajar mengaitkan
pengetahuan daripada pelbagai bidang.
Akhir sekali dalam sistem KBSR ialah penilaian. Sistem penilaian dalam
pendidikan sangat penting untuk melihat dan menentukan sama ada objektif pendidikan
tercapai atau tidak. Selain daripada itu, penilaian juga perlu dibuat untuk mengenal
pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dan hasil daripada itu strategi baru dapat
disusun. Penilaian dalam KBSR dianggap sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Salah satu bentuk penilaian yang digunakan dalam
menilai prestasi pelajar-pelajar dalam KBSR ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai
perkembangan diri pelajar secara menyeluruh meliputi keempat-empat aspek iaitu
intelek, emosi, jasmani dan rohani. UPSR dijalankan di akhir tahun 6 persekolahan dan
ditadbirkan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Seterusnya kita lihat pula kepada peranan guru dalam KBSR. Yang pertama
ialah mentafsir. Mentafsir ialah memahami dan menghargai falsafah pendidikan
kebangsaan dan Matlamat Pendidikan iaitu bersikap positif, beriltizam untuk
mengembangkan kurikulum membaca , memahami, organisasi pengalaman dan
menghargai objektif sukatan. Selain itu guru juga perlu mentafsir sukatan iaitu mengkaji
sukatan, panduan khas serta mengubah suai dimana perlu. Di samping itu juga guru
perlu memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan
keperluan semasa.
Sebagai seorang guru, amat perlu bagi mereka untuk memahami dan
menghargai falsafah pendidikan kebangsaan. Hal ini kerana, apabila sudah menjadi
guru kelak mereka boleh menjadi guru yang berkualiti dan menepati ciri-ciri yang
dikehendaki seperti yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Selain itu,
mereka juga bertindak untuk mentafsir sukatan. Hal ini sangat penting dan dapat
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila seserang guru tersebut
sudah memahami sukatan pelajaran yang ingin di ajar ini akan memudahkan beliau
untuk mengajara muird-muridnya.
Yang kedua pula ialah merancang. Merancang ini ialah membuat rancangan
semester, rancangan pelajaran harian iaitu objektif pengajaran dan pembelajaran, topik
dan kandungan, strategi serta penilaian. Selain itu, mengatur aktiviti pengajaran untuk
murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs,
1979). Guru juga perlu membuat pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan
dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Pada pendapat saya, mengapa peranan guru yang kedua iaitu merancang ialah
dalam apa jua yang kita lakukan, kita perlu membuat perancangan. Tanpa perancangan
yang rapi, proses pangajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi tidak teratur
dan mungkin objektif pembelajaran pada hari tersebut tidak tercapai. Perancangan
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
yang dibuat perlu untuk mengikut keperluan murid-murid dan bersesuaian dengan
suasana.
Peranan guru yang ketiga ialah mengubah suai. Bagaimana guru ini bertindak
untuk mengubah suai iaitu mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran
bersesuaian dengan keperluan murid dan persekitaran. Berdasarkan sumber yang ada
guru juga harus pandai menggunakannya untuk menghasilkan teknik pengajaran yang
menarik.
Selain itu, peranan guru juga sebagai fasilitator dan pengurus pembelajaran.
Tugas guru sebagai fasilitator ialah untuk menyampaikan maklumat kepada murid-
muridnya. Mereka akan diberi peluang untuk meluaskan maklumat yang diperolehi,
mengulang kaji maklumat serta menyampaikan maklumat yang baru. Guru juga akan
menyediakan aktiviti pengayaan kepada pelajarnya.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Peranan yang seterusnya ialah guru sebagai penyampai ilmu. Sebagai seotrang
penyampai ilmu pengetahuan, guru hendaklah memperluaskan segala maklumat
daripada kurikulum sesuatu mata pelajaran. Guru hendaklah mengajar murid-muridnya
cara-cara belajar dengan lebih berkesan dan sentiasa menggalakkan mereka supaya
mencari maklumat baru. Dengan ini murid-murid akan lebih dinamik dan akan
menguasai kemahiran belajar dengan lebih berkesan.
Selain daripada itu, guru juga bertindak sebagai pengembang dan pengukuh
penguasaan kemahiran. Guru memainkan peranan penting untuk melatih murid-murid
menguasai sesuatu kemahiran dalam pembelajaran. Guru hendaklah memberi
dorongan kepada mereka untuk menggunakan kemahiran yang telah diperolehi dan
seterusnya menguasai kemahiran baru.
kemahiran tersebut, guru harus peka dan memasukkan murid tersebut ke kelas
pemulihan. Program pemulihan ini pula terbahagi kepad dua iaitu pemulihan KBSR dan
pemulihan khas. Bagi pemulihan KBSR, guru hanya memberi penekanan tentang
kemahiran yang lemah dalam mata pelajaran tertentu selain bahasa dan Matematik
serta dilakukan di dalam kelas sahaja. Bagi pemulihan khas, dijalankan di kelas khas
dan diberi penumpuan kepada kemahiran asas 3M sahaja. Di sini jelas menunjukkan
bahawa guru memainkan peranan penting dalam menentukan murid-muridnya
menguasai sesuatu kemahiran dan seterusnya dapat menguasai kemahiran yang baru.
Peranan guru yang seterusnya ialah guru sebagai pembentuk akhlak. Akhlak
yang mulia hendaklah diserapkan kepada murid-muridnya. Penerapan nilai-nilai murni
dapat dilakukan dengan secara tidak langsung semasa mengajar di bilik darjah,
semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan luar bilik darjah. Pembentukan akhlak
yang baik dapat memperbaiki sahsiah dan moral seseorang murid.
Bagi pendapat saya, sebelum membentuk akhlak orang lain, guru itu sendiri
perlu membentuk akhlak yang baik. Guru juga perlu bijak semasa menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat diterapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka melalui aktiviti tersebut. Sebagai contoh, semasa menjalankan aktiviti
kumpulan nilai kerjasama dan hormat-menghormati dapat dipupuk. Inilah yang
dikatakan guru sebagai pembentuk akhlak.
Guru juga bertindak sebagai contoh teladan atau model. Guru menjadi contoh
teladan khasnya kepada pelajarnya dan amnya kepada masyarakat. Seorang guru
perlulah cekap dan tegas serta mempunyai keyakinan diri dalam rutin hariannya. Ia juga
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
hendaklah menunjukkan akhlak yang baik di dalam dan di luar bilik darjah serta di
mana-mana berada.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PENUTUP
REFLEKSI
Apabila tugasan ini selesai, apa yang dapat saya katakan ialah banyak ilmu
mengenai perguruan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Melalui tugasan pada
soalan pertama yang meminta nyatakan implikasi falsafah pendidikan barat dan Islam
kepada perkembangan falsafah pendidikan kebangsaan tersebut telah menambahkan
pengetahuan saya dalam bidang pendidikan ini sendiri. Sebelum ini, saya tidak
mengetahui bahawa falsafah pendidikan kebangsaan banyak mengambil acuan
daripada falsafah pendidikan barat dan Islam. Selain itu juga, saya boleh mendalami
secara terperinci mengenai falsafah pendidikan kita sendiri.
Dalam soalan kedua tugasan ini iaitu peranan guru dalam KBSR. Hal ini telah
mengingatkan saya apabila menjadi guru kelak perlu melaksanakan tugas-tugas saya
dengan berdedikasi dalam mendidik dan membimbing anak-anak bangsa. Ternyata
bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru amat berat. Melalui tugasan ini
juga, saya dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini
kerana, saya sdah memahami mengenai falsafah pendidikan barat, Islam dan
kebangsaan serta peranan-peranan guru dalam KBSR. Justeru, saya tidak terlalu berat
untuk mengulang kaji subjek ini kerana sudah memahaminya semasa dalam proses
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, saya dapat juga menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah
yang terlalu berat. Kerjasama antara rakan-rakan juga banyak membantu saya
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, pensyarah pembimbing juga telah banyak memberi
panduan kepada saya. Beliau telah memberi garis panduan apa yang perlu ada dalam
tugasan kami, jadi hal ini telah memudahkan saya dan rakan sekelas yang lain mencari
bahan.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Aroff, Zakaria Kasa. (1988). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling
Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Habib Mat Som, Shahril@ Charil Marzuki. (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia Sorotan
dan Cabaran. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Shahril @ Charil Marzuki, Saedah Hj. Siraj Dr. (1994).
Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Internet
http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PENGENALAN
HALAMAN PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap - tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
TANDATANGAN : _____________________
PENGHARGAAN
Sebelum terlupa, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia saya iaitu En. Wan Azmi yang telah banyak
memberi maklumat mengenai tugasan ini serta memberi garis panduan apa yang perlu
saya dan rakan sertakan dalam tugasan ini. Segala ilmu yang disampaikan itu dapat
saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu rakan-rakan juga telah
membantu saya semasa mencari maklumat dan berbincang serba-sedikit mengenai
tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang membantu dari segi
kewangan untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian,terima kasih…
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
HALAMAN PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
PENGENALAN 1
1.0 PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT 2
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM 13
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 15
1.3 KESIMPULAN 22
PENUTUP 35
REFLEKSI 36
BIBLIOGRAFI 37
BORANG KOLABORASI 38
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010