Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
2010
PERENIALISMEPerenialisme berasal daripada perkataan asas,
perennial
yang bermaksud ³tidakberubah´. Justeru, bagi ahli perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidakakan berubah atau bersifat
perennial
. Perenialisme membawa pandangan pendidikanyang konservatif dan tradisional. Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional
yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle(384-322 SM). Menurut ahli-ahli perenialisme, tabii manusia adalah tetap. Oleh itu,prinsip-prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulang-ulang. Mereka jugamenegaskan tentang ciri-ciri intelek yang terdapat pada diri manusia. Bagi mereka,manusia adalah makhluk yang rasional, dan sekolah merupakan agensi masyarakatyang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi rasional. Menurut Johnson danrakan-rakan (1969), tujuan pembelajaran bagi perenialisme terletak dalam aktiviti-aktivitiuntuk mendisiplinkan akal.Berpandukan konsep yang telah dikemukakan, maka pendidikan bertujuan untukmengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak mempunyai hadmasa. Ahli-ahli perenialisme menganggap tujuan sejagat pendidikan ialah untukmencapai dan menyebarkan kebenaran. Bagi mereka, kebenaran adalah sejagat dantetap. Ini bermakna kebenaran adalah sama di mana-mana sahaja. Oleh itu, pendidikanmestilah sama di seluruh dunia. Ia mestilah berusaha untuk menyesuaikan individubukan kepada alam ini, tetapi kepada apa yang benar. Penyesuaian kepada kebenaranadalah matlamat pendidikan. Untuk menyelamat tamadun manusia daripadakelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensirasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itumemahami dunia yang sebenar.Dalam konteks tumpuan falsafah pendidikan perenialisme, hanya empat aspekakan dijelaskan, iaitu jenis kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan perananguru.