You are on page 1of 2

ELEMEN 3

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah dengan

menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu

mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, Rumah

Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi

tumpuan rakyat berbilang bangsa.

Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber informasi

yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah

penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasa

peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan serta merta

dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak

mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap sambutan perayaan perlulah mendapat

liputan meluas daripada media.

Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum kini

bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku

kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum untuk

turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa menjadi

kegemaran suku kaum lain.


Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan impian

Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui pelbagai

perayaan, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

You might also like