You are on page 1of 11

SKSJ 2093

ANALISIS PILIHAN RAYA

Semester 2 Sesi 2009-2010

TAJUK KERTAS TUGASAN:

KONSEP PARTI DAN JENIS-JENIS PARTI POLITIK

Disediakan untuk:

Profesor Madya Dr. Muhammad Agus bin Yusoff

Disediakan oleh:

No. Matriks GB00754 GB00740

Nama Mohd Noh bin Md. Yunus Azwan bin Tamin

No. HP 017-212 5390 013-280 5099

Pusat Kuliah : PBJJ UKM, Bangi


Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

1. PENGENALAN

Parti adalah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi, yang berusaha untuk
memilih pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label tertentu. Dari segi
asal-usul politik, kebanyakan parti politik bermula dengan penubuhan dewan-dewan
perwakilan setelah keruntuhan institusi istana dan gereja sepertimana yang berlaku di
England. Bermula dengan penubuhan dewan perwakilan, penubuhan parti telah
berkembang akibat ketidakmampuan dewan perwakilan menampung jumlah keahlian
yang semakin bertambah. Maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin
besar dan mampu menampung jumlah ahli yang lebih ramai. Di Malaysia, parti-parti
politik dapat dibahagikan kepada dua yang utama iaitu parti pencadang (Barisan
Nasional), yang menyokong penuh kerajaan dan juga parti pembangkang (Barisan
Alternatif iaitu PAS, DAP dan keADILan).

Parti politik yang wujud dalam pelbagai bentuk seperti di atas adalah satu unsur
warisan penjajahan Barat yang telah diterima oleh hampir semua negara. Selalunya
“parti” merupakan sebuah badan parlimen sementara yang tidak mempunyai organisasi
tempatan kerana dalam banyak keadaan ianya ditubuhkan atas keputusan kerajaan.
Sungguhpun dalam sesetengah keadaan, peranan parti itu hanya untuk memberitahu
pemimpin tanpa parti mengenai perasaan tidak puas hati yang mungkin terdapat di
kalangan rakyat tetapi terdapat juga kes yang menunjukkan bahawa parti tersebut
memainkan peranaan yang sama seperti parti politik yang terdapat di Eropah Barat dan
Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun dengan beberapa pengecualian dapat
dinyatakan bahawa sesebuah negara baru itu menerima struktur rasmi kerajaan berparti
walaupun negara tersebut tidak menerima organisasi, proses dan matlamat Barat.

m/s: 2
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

Pada masa ini masih terdapat negara yang tidak memerlukan atau menunjukkan
keinginan untuk menerima kewujudan parti politik seperti Habsyah, Libya dan Arab
Saudi. Kebanyakan negara yang masih diperintah oleh pemerintah tradisional tidak
mempunyai parti pembangkang yang tersusun secara sah, di mana pemerintah tidak
menyanjung tinggi prinsip penyertaan rakyat dalam kerajaan. Sebahagian negara lain
pula pernah mempunyai bentuk pemerintahan berparti atau yang setaraf dengannya di
masa lalu, tetapi sebahagian besar daripada pemerintahan berparti tersebut diperolehi
sama ada melalui rampasan kuasa tentera seperti di Myanmar, Nigeria, Ghana dan Mali
ataupun kerana diperintah oleh seorang pemerintah yang cukup kuat seperti di Brunei dan
Singapura yang mana parti politik sebenarnya tidak memainkan peranan yang berkesan
dalam menentukan dasar kerajaan.

2. DEFINISI

Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta
agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya
ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh
itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian
parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti
yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.

Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi
manusia yang termaktub di bawah Artikel 21 “Universal Declaration of Human Rights”
(UDHR) - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti
kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai
mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat
perkembangan parti pembangkang. Jika politik didefinisikan dengan berbagai
pengertian, maka parti politik juga ada definisi-definisinya. Kewujudan parti politik

m/s: 3
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

adalah perlu. Segala buah fikiran , masalah dan reaksi rakyat terhadap pemerintah akan
disalurkan melalui satu badan politik yang juga disebut sebagai parti politik untuk
mewakili mereka. Badan ini berperanan sebagai penghubung antara pihak pemerintah
dan golongan yang diperintah.

K.Ramananthan (1992:190) menyatakan bahawa secara umumnya, parti politik


boleh didefinisikan sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabung untuk
menguasai teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara. Definisi parti politik
berdasarkan pada tujuh perkara. iaitu:

(1) Aktor atau watak dalam parti seperti pemimpin parti.


(2) Tindakan atau aktiviti dalam parti.
(3) Tujuan atau sebagai contoh parti untuk menguasai negara.
(4) Lapangan,
(5) Menyenaraikan fungsi-fungsi eksekutif.
(6) Meringkaskan struktur-strukturnya.
(7) Kegiatan yang dimainkan oleh parti.

Sigmund Neuman mendefinisikan parti politik sebagai ‘organisasi yang bersendi


dengan organisasi politik, masyarakat perantaraan, begitu juga dengan sesiapa yang ada
kaitan dengan kawalan kuasa, kerajaan dan sesiapa yang bertanding untuk mendapat
lebih sokongan daripada kumpulan lain atau kumpulan yang menyimpang pandangannya
daripada yang lain’. Dalam definisinya beliau menekankan organisasi di mana organisasi
ini direka untuk menguasai kerajaan dan bertanding dengan kumpulan lain untuk
mendapat sokongan. Carl Friedrich mengatakan bahawa parti politik ialah ‘satu
kumpulan manusia yang menjalankan satu ketetapan tentang keselamatan atau
menetapkan pemimpin kerajaan dengan ketetapan yang lain untuk ahli-ahli politik dalam
parti melalui kawalan, pandangan dan faedah yang memberikan kebaikan’. Joseph La
Palombara dan Myron Weiner menekankan satu organisasi yang mementingkan

m/s: 4
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

kestabilan dan penekanan meneruskan kestabilan pirnpinan. Roy Macridis pula


mengatakan parti politik sebagai alat untuk mendapatkan kuasa. Definisi Leon Epstein
hampir sama dengan definisi Giovani Sartori. Kedua-dua mereka menekankan kumpulan
politik yang ada pilihanraya. Definisi mereka terlalu simple dan tidak menyatakan
bahawa parti itu dapat bergabung atau tidak.

Sementara itu, Joseph Schumpeter yang dikenali sebagai antagonis dalam


kepentingan awam telah memberikan definisi mengenai parti politik yang dikatakan
memerlukan kecekalan untuk mendapatkan kuasa bagi mendapat faedah politik;

A party is a group whose members propose to act in concert in the competitive


struggle for power.... Party and machine politicians are simply the response to
the fact that the electoral mass is incapable of action other than in a
stampede, and they constitute an attempt to regulate political competition
exactly similar to the corresponding practice of a trade association.
(Schumpeter 1976:283)

Semua definisi ini berteraskan konsep demokrasi yang sering diutarakan dalam
sistem politik Dunia Barat. Bagi al-Imam al-Mawdudi (1968:33), demokrasi Barat
berasaskan pandangan majoriti tetapi dalam penggubalan undang-undang, hanya
segelintir kecil daripada mereka yang terlibat. Mereka mewakilkan kedaulatan mereka
kepada orang lain. Wakil-wakil inilah yang berkuasa memaksa rakyat dengan
memisahkan nilai-nilai akhlak daripada corak kehidupan yang lain. Melalui pemisahan
ini, wakil-wakil yang terpilih mudah menyelewengkan kuasa dan menipu rakyat. Namun
kenyataan ini bukanlah bererti al-Mawdudi menolak system demokrasi secara total. Bagi
beliau, sistem pemerintah Islam gabungan serta jalinan antara teokrasi dan demokrasi.
Dalam kitabnya, “Political Theory of Islam”, beliau menegaskan bahawa prinsip sistem
negara Islam ialah teokrasi (ketuhanan). Ini kerana teokrasi dapat menerima dan

m/s: 5
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

mengiktiraf “The Divine Commandments are the civil laws” dan Allah mempunyai kuasa
mutlak ke atas negara dan kerajaan.

3. JENIS-JENIS PARTI POLITIK

K.Ramananthan (1992:192) menyatakan jenis parti politik dapat dibahagikan kepada dua,
iaitu Parti Elitist dan Parti Mass. Elitist adalah parti yang mempunyai ahli yang terhad.
Parti disusun oleh ahli profesional yang bergiat semasa pilihanraya. Selepas pilihanraya
parti ini dikendalikan oleh ‘skeleton staff’ - kakitangan dari golongan yang kecil.
Penyertaan rakyat selepas pilihanraya dikurangkan. Parti elit adalah parti politik yang
terdiri daripada ahli elit masyarakat, khususnya ahli parlimen, yang bersetuju untuk
bekerjasama secara politik dalam semangat prinsip-prinsip dan tujuan tertentu. Edmund
Burke pada tahun 1770 merupakan sarjana awal yang memperkenalkan konsep Elit Parti.
Sementara itu, Maurice Deverger (1972) telah menyatakan ciri-ciri Elit Parti tersebut.

Bentuk pihak elite sebagai taksonomi ahli elite khususnya dalam situasi di mana
seorang individu sebagai ahli politik yang dapat menggerakkan parti tersebut tanpa
mengharapkan sokongan penduduk yang besar. Elite dalaman parti boleh terbentuk di
parlimen dan kuasa politik yang berasal dari para individu anggotanya. Elite parti lebih
praktikal tidak ada struktur tambahan-parlimen dan yang umumnya lebih fleksibel
daripada pihak massa. Parti Elit dikatakan boleh bergerak dengan sendiri dan pihak
oposisi yang lebih kuat membayangkan bahawa struktur mereka sering longgar dan
bahawa dasar perjuangan mereka boleh dipertikaikan secara dalaman kerana sering
berlaku perselisihan antara ahli. Duverger menyatakan, dalam parti elit "ahli Parlimen
memainkan peranan utama".

m/s: 6
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

Pihak Elite berbeza dengan Parti Massa yang sebahagian besar terdiri daripada
"massa" daripada orang awam. Pihak massa dilihat lebih demokratik, seperti
desentralisasi parti liberal, atau lebih besar tetapi berpusat dan dikawal seperti Nazi atau
parti komunis; ini kadang-kadang dikelaskan secara berasingan. Elite parti, walaupun
asal mereka di elit, tidak perlu menjadi elitis dan mungkin mewakili ideologi apa pun.
Sebagai contoh, ada elit parti yang menyokong ideologi pelbagai dan saling bertentangan
sebagai liberalisme klasik, nasionalisme dan Premier / Elitisme. Sebuah contoh
terkemuka sistem politik yang didasarkan pada parti elit adalah Caps Hats dan pihak-
pihak di Sweden selama Age of Liberty (1719-1772).

Sementara itu, Massa Parti adalah sebuah parti yang dianggotai oleh rakyat jelata.
Parti ini, terutamanya di negeri komunis dan sosialis, bergerak aktif sepanjang tahun,
menjalankan kegiatan seperti sukan, contohnya ialah parti keADILan di Malaysia.
Biasanya menetapkan kader parti yang relatif adalah sejumlah kecil pengikut parti. Parti
berasaskan massa, di sudut lain, menyatukan ratusan ribu pengikut, kadang-kadang
jutaan. Tetapi jumlah ahli bukan satu-satunya kriteria daripada sebuah parti berasaskan
massa. Faktor penting ialah bahawa seperti usaha pihak pemimpin untuk sentiasa berada
bersama rakyat dan mengabdikan diri pada seruan kepada massa. Beliau cuba untuk
menetapkan tidak hanya orang-orang yang berpengaruh atau terkenal atau orang-orang
yang mewakili kumpulan-kumpulan berkepentingan khusus melainkan setiap warga
negara yang bersedia untuk bergabung dengan parti.

4. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PARTI POLITIK

Setiap parti politik mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikan parti politik ialah:

(1) Mendisiplinkan masyarakat. – dengan adanya parti politik, ahli di dalam


sesebuah parti politik itu akan lebih berdisiplin kerana terikat dengan

m/s: 7
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

perlembagaan parti dan perlu mengikut prosedur tertentu untuk membuat


sesuatu tindakan.
(2) Dapat menjadi parti yang lebih baik - contohnya parti yang pada
permulaan ditubuhkan tidak bagus, tetapi dengan sokongan rakyat ia akan
menjadi lebih bagus pada masa akan datang.
(3) Melahirkan bakal pemimpin negara. – parti politik bukan semata-mata
untuk memperjuangkan ideologinya, malah turut melahirkan bakal
pemimpin di mana mereka yang berkaliber dan berkarisma akan di
dedahkan dengan dunia politik sebenar apabila diperlukan untuk memberi
ucapan dan membuat sesuatu keputusan yang besar untuk kebaikan
partinya.
(4) Dapat mewujudkan sebuah kerajaan dan mentadbir negara dengan lebih
berkesan. – kewujudan parti politik adalah untuk menubuhkan sebuah
kerajaan pemerintah. Sekiranya ada parti yang menang di dalam
pilihanraya umum maka, parti tersebut layak menjadi parti pemerintah
bagi penggal tersebut. Segala ideologi, manifesto dan dasar parti tersebut
akan menjadi dasar kerajaan dan ahli kepada parti tersebut sudah pasti
akan mendapat manfaatnya begitu rakyat jelata. Pentadbiran parti politik
juga akan berubah menjadi pentadbiran kerajaan di mana segala dasar
mereka akan bertukar menjadi dasar negara.
(5) Membantu memperjuangkan kehendak ahli dan masyarakat. – ini
bermaksud sebuah parti politik yang mempunyai ideologi dan dasar yang
baik sudah tentu mampu menarik ramai masyarakat untuk menyertainya
dan akan memperjuangkan kehendak ahli di dalamnya. Jika sebuah parti
itu tidak mempunyai ideologi dan dasar yang baik, pasti tidak akan
mendapat sokongan rakyat.
(6) Mampu mempengaruhi rakyat – sesebuah parti yang sudah begitu lama
ditubuhkan akan mudah dikenali rakyat berbanding yang baru ditubuhkan,
di dalam hal untuk mempromosikan lambang parti, sebuah parti yang

m/s: 8
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

sudah begitu teguh dan lama kewujudannya tidak mempunyai masalah,


namun berbeza dengan sebuah parti yang baru. Mereka harus
mempromosi dengan hebat agar rakyat yakin dan percaya dengan parti
tersebut.

Di samping kebaikan parti terdapat juga keburukan parti. Keburukannya ialah:

(i). Membuat masyarakat berpecah-belah. – jika dilihat, kemunculan parti


politik yang baru bukan sahaja menunjukkan wujudnya amalan demokrasi
malah akan menjurus kepada mobokrasi. Sekiranya sesuatu keputusan
pilihanraya yang telah diumumkan mendapati parti A menang dan
menewaskan parti B, sudah tentu ahli bagi parti B akan merasa marah dan
akan berlakulah kekecohan dan dan ini boleh menyebabkan masyarakat
berpecah-belah hanya kerana berbeza pandangan politiknya.
(ii). Keperluan rakyat diketepikan – hal ini jelas dilihat di mana-maman
Negara. Sekiranya parti yang memenangi pilihanraya umum mentadbir
ngara, selalunya keutamaan akan diberikan kepada kepentingan ahli parti
tersebut, dah lebih dasyat lagi ada juga menindas ahli sendiri demi
menjaga sebahagian golongan di dalam parti tersebut. Keperluan rakyat
jelata tidak akan diendahkan atau mungkin akan hanya melunaskan
kehendak dan permintaan rakyat apabila menjelang pilihanraya umum
akan datang untuk mendapat sokongan.
(iii). Wujud budaya menfitnah. – kewujudan beberapa parti politik di dalam
negara bukan sahaja mewarnai kemeriahan politik negara, malah akan
melihatkan kita wujud budaya fitnah menfitnah di antara parti-parti
politik. Parti politik ini akan cuba membuat kenyataan provokasi yang
mana boleh menimbulkan kemarahan ahli di dalam parti politik yang lain.
Maka parti politik yang difitnah akan membalas pula dengan perkara yang
sama. Maka berlakulah budaya fitnah menfitnah.

m/s: 9
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

(iv). Wujud ketidakstabilan jika terdapat banyak parti dalam sesuatu negara.-
apabila wujud budaya fitnah menfitnah, berlaku lah ketidakstabilan politik
Negara dan ini mampu menggugat ekonomi negara kerana pelabur asing
enggan melabur di dalam negara. Berita palsu yang disampaikan oleh
sesebuah parti akan menyebabkan keadaan ekonomi negara terjejas.
(v). Sukar mendapat sokongan padu rakyat. – Jika sebuah parti yang
bertanding di dalam pilihanraya umum tidak begitu dikenali rakyat, maka
rakyat tidak akan mengundi parti tersebut.

5. KESIMPULAN/PENUTUP

Daripada apa yang telah dibincangkan di atas, parti politik dapatlah disimpulkan
sebagai satu organisasi untuk mencapai dan memegang kuasa menerusi pilihanraya.
Perkataan parti digunakan untuk semua kumpulan organisasi yang mencari kuasa politik
sama ada dengan pengundian secara demokrasi atau revolusi. Kewujudan parti politik
menunjukkan amalan demokrasi itu masih diterima di dalam sesebuah negara. Namun
begitu jika ianya tidak dikawal maka boleh berlakunya mobokrasi. Secara umumnya
terdapat dua jenis parti politik iaitu Parti politik Elitis dan Parti politik Massa. Namun
begitu, jika dibandingkan dengan Malaysia yang mempunyai berbilang kaum, Jenis parti
politik ini boleh dikembangkan lagi kepada parti politik berdasarkan agama, bangsa dan
berbilang bangsa. Parti politik yang berdasarkan agama boleh dirujuk kepada parti politik
seperti Parti Islam Semalaysia (PAS) dan UMNO, MCA dan MIC. Manakala parti politik
yang berdasarkan bangsa/kaum boleh merujuk kepada parti politik di Sabah dan Sarawak.
Parti politik yang berdasarkan berbilang kaum adalah seperti DAP, PPP, GERAKAN,.

m/s: 10
Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Azwan bin Tamin GB00740

BIBLIOGRAFI

K.Ramananthan, C.B. 1992. Konsep Asas Politik. Cetak ulang. Kula Lumpur. Penerbit:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joseph Lapalombara and Jeffery Anderson.1992. Political Parties. Dlm. John Paynter, M.
E. Hawkesworth, Maurice Kogan (pnyt.) Encyclopedia of government and politics, hlm.
393-394. Penerbit: Publisher Routledge.

Al-Mawdudi.1968. Nazhoriyah al-Islam al-Siyasiyah, Dimasyq. Penerbit: Dar-al-Fikr.

Maurice Deverger. 1972. Party Politics and Pressure Groups: A Comparative


Introduction, Robert Wagoner (trans.). Penerbit: Nelson, London.

m/s: 11

You might also like