HASIL KAJIANPERAYAAN TRADISI
Hari Raya Aidilfitri atau di dalam bahasa Arab 'Ayd al-Fir; "perayaan fitrah"disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari RayaPuasa, Hari Raya Fitrah,Eid, Idul Fitri, Hari Lebaran bagi Indonesia Shemai Eid bagiBangladesh dan Ramazan Bayrami bagi negara Turki. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama adaMelayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagimenandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun selama sebulan. Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaanAidilfitri ialah kaum Melayu yang beragama Islam. Ia merupakan antara dua perayaanterbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, inimenandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. DiMalaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hinggawaktu maghrib di beberapa tempat strategik.Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapatmengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukansahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selamasebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripadamelakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.