Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
38Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kaedah Kontekstual Bergambar

Kaedah Kontekstual Bergambar

Ratings: (0)|Views: 1,163 |Likes:
Artikel ini adalah laporan kajian tindakan yang dijalankan oleh oleh 3 pelajar DPLI UKM (Christy Jr Tan, Norlatifah Binti Omar, Syazwan Bin Abd. Jalani) bagi memenuhi keperluan kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Mereka telah membentangkan hasil kajian mereka di Kolokium DPLI UKM 6-7 Mei 2010.


Artikel ini adalah laporan kajian tindakan yang dijalankan oleh oleh 3 pelajar DPLI UKM (Christy Jr Tan, Norlatifah Binti Omar, Syazwan Bin Abd. Jalani) bagi memenuhi keperluan kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Mereka telah membentangkan hasil kajian mereka di Kolokium DPLI UKM 6-7 Mei 2010.


More info:

Categories:Types, Research
Published by: Siti Fatimah Mohd Yassin on May 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/26/2013

pdf

text

original

 
Kaedah Kontekstual Menggunakan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Christy Jr TanNorlatifah Binti OmarSyazwan Bin Abd. Jalani
ABSTRAK
Guru pelatih telah didedahkan dengan pelbagai teori semasa mengikuti kursus-kursus sebelum menjalani latihan mengajar di sekolah. Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menarik minat pelajar dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam keempat-empat mata pelajaran tersebut menggunakan kaedah kontekstual dan gambar sebagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perserta kajian terdiri daripada tiga guru pelatih; 18 orang pelajar khas bermasalah pendengaran iaitu 2 pelajar dari kelas Sains 4 pelajar dari kelas Sivik,6 pelajar dari kelas Ekonomi Asas dan 6 pelajar dari kelas Literasi Komputer di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan gambar kontekstual sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Model kajian tindakan yang digunakan adalah Model Kemmis dan McTaggart. Pelaksanaan kajian dijalankan sebanyak satu kitaran yang terdiri daripada fasa perancangan, bertindak, menilai dan refleksi. Data dikumpul dan dianalisis melalui refleksi para pengkaji, pemerhatian dan temubual tidak berstruktur. Dapatan utama kajian mendapati bahawa kaedah kontekstual dengan penggunaan gambar memberi kesan yang memberangsangkan dari segi penglibatan pelajar di dalam kelas dan pemahaman pelajar dalam keempat-empat mata pelajaran tersebut. Kaedah kontekstual bertindak sebagai asas pengajaran di mana pelajar membina pengetahuan sedia ada mereka dengan penggunaan gambar sebagai media untuk meningkatkan kefahaman mereka. Kaedah ini boleh diperbaiki beberapa kelemahan kitaran pertama dari segi pemilihan gambar.
 
 
PENGENALAN
 
Pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran seringkali memerlukan perubahan dalamkaedah penyampaian agar isi kandungan yang hendak disampaikan dapat diterima dandiproses dalam ingatan penerimanya iaitu pelajar. Justeru itu, pelbagai kajian telah dijalankanuntuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sama ada di dalamatau di luar kelas. Kajian tindakan merupakan cabang kajian penyelidikan yang dilakukan olehpenyelidik yang terdiri daripada guru itu sendiri sebagai pengkaji. Tujuannya adalah untukmengenalpasti inovasi bahan bantu mengajar yang digunakan dalam suatu pengajaran danpembelajaran. Guru yang profesional mestilah mampu memilih kaedah pengajaran dan bahaninovasi yang sesuai khusus untuk mengatasi masalah yang wujud dalam proses pengajarandan pembelajaran.Kajian tindakan ini dijalankan secara kolaboratif oleh tiga orang guru praktikum UniversitiKebangsaan Malaysia yang melibatkan empat mata pelajaran yang berbeza iaitu Sains, Sivik,Ekonomi Asas dan Literasi Komputer. Kajian dijalankan apabila didapati terdapat masalahdalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan kajian tindakan diambil sebagailangkah untuk melakukan penambahbaikan. Ia seterusnya memperbaiki amalan pengajarandan pembelajaran yang dijalankan serta menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti.Pemilihan kaedah pengajaran sangat penting sebagai asas dalam proses pengajarandan pembelajaran itu sendiri. Dalam kajian tindakan ini kami memperkenalkan penerapankaedah kontekstual sebagai asas dalam kajian kami. Kaedah ini amat sesuai jika dipraktikkandalam kajian kami kerana proses ini memudahkan pembinaan pengetahuan pelajar di manapelajar pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang dipelajari di bilik darjah. Kaedah ini juga diperkasakan lagi dengan kepelbagaian cara penggunaan gambar dalam pengajaran danpembelajaran kerana gambar merupakan bahan bantu mengajar yang mampu memberi kesanyang memberangsangkan. Justeru, kajian yang dilakukan mengutamakan penggunaan gambarsebagai media yang dengan penerapan kaedah kontesktual dalam proses pengajaran danpembelajaran pelajar.
 
Pengajaran dalam kaedah tradisional melibatkan hanya hubungan sehala, iaitu semasapengajaran hanya guru yang memainkan peranan utama berbanding pelajar. Guru bertindaksecara solo, pelajar hanya mendengar dan bersifat pasif. Maksudnya, pengajaran danpembelajaran berpusatkan guru. Maka tidak ada kepelbagaian teknik pengajaran guru yangdapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran (Siraj dan Shuib, 2004). Keadaan iniberbeza dengan kaedah kontekstual kerana kaedah ini menitikberatkan pemahaman maknadan pemilihan isi pengajaran adalah berdasarkan kepada keperluan pelajar serta dikaitkandengan kehidupan atau pengalaman pelajar itu sendiri. Secara tidak langsung, para pelajardilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai pengkajiharuslah memberi penekanan dalam pemilihan kaedah semasa menjalankan prosespengajaran dan pembelajaran. Hasil pemilihan kaedah mengajar perlulah berkait rapat dengantopik pengajaran yang diajar. Oleh itu, guru haruslah bijak mengaplikasikan kaedah sedia adayang bersesuaian dan melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas.
Tujuan Kajian
Kajian tindakan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar danmeningkatkan kefahaman pelajar dengan kaedah kontekstual melalui penggunaan gambardalam empat jenis mata pelajaran iaitu Sains, Sivik, Ekonomi Asas dan Literasi Komputer.
Pernyataan Masalah Kajian
Kajian tindakan dijalankan setelah didapati terdapatnya masalah dalam pengajaran danpembelajaran. Hal ini membawa kepada kemerosotan pencapaian murid dalam subjek tersebutdan seterusnya memperlihatkan kelemahan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yangtelah diamalkan. Berdasarkan pemerhatian dan refleksi para pengkaji semasa menjalanilatihan mengajar di sekolah pada bulan pertama, beberapa masalah telah dikenal pasti: -1. Pelajar didapati kurang berminat terhadap mata pelajaran Sains, Sivik, EkonomiAsas dan Literasi Komputernkerana guru lebih banyak mengamalkan pengajarantradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks.2. Pelajar kurang memahami pengajaran dalam mata pelajaran Sains, Sivik,Ekonomi Asas dan Literasi Komputer. Kebanyakan pelajar gagal memberikan

Activity (38)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
cikgubad31 liked this
cikgubad31 liked this
Siaw Hui Voon liked this
Yung Kam Nguok liked this
Yung Kam Nguok liked this
Mustaza Kukuyaya liked this
Mustaza Kukuyaya liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->