High Quality
Open the downloaded document, and select print from the file menu (PDF reader required).
Kelas PPKI SK Kg Boyan telah mengadakan sambutan Hari Lahir Kanak ± kanak Pendidikan Khas
untuk meraikan mereka yang menyambut hari lahir dalam bulan Januari, Febuari, Mac dan April.
Rombongan bertolak dari SK Kg Boyan pada pukul 8.00 pagi.
Kami sampai ke PERASA AutoCAMP lebih kurang pada pukul 9.00 pagi. Setibanya di PERASA AutoCAMP, kami semua menyiapkan kelengkapan jamuan. Perkakasan, makanan & minuman disusun dengan teratur agar tidak bertaburan. Selesai sahaja penyusunan semua perkakasan, makanan & minuman, kami semua menjamu selera. Sungguh berselera sungguh murid ± murid ini.
Pada lazimnya selepas makan mereka semua ini suka bermain ± main akan tetapi upacara kemuncak program aktiviti ini belum diadaptasikan lagi. Maka tepat jam 1030 pagi upacara meraikan murid ± murid yang menyambut hari lahir diadakan. Mereka yang diraikan diberikan peluang untuk memotong kek yang dibekalkan oleh waris masing ± masing. Kami guru ± guru bersama dengan murid - murid yang lain menyanyikan laguµSELAMAT HARI JADI¶ beserta dengan laguµHAPPY BIRTHDAY TO YOU¶. Sungguh riang dan meraih sekali keadaan ini. Gambar diambil untuk diabadikan agar menjadi kenang ± kenangan pada masa akan datang.
Add a Comment