3
1.0
PENGENALAN
Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasipendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum.Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempatuntuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatupekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yangberfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yangdapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepadakemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum pendidikanmestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada prosesmemperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulumpendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atauperubahan. Kini setelah memasuki alaf baru di abad ke-21, masyarakatdunia telah melalui satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Inimeliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepadamasyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepadapenciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa;konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepadaekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepadaperancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).