You are on page 1of 5

Teladan: Kemesraan Rumahtangga Rasulullah s.a.w.

Posted by Bawang Goreng at 5:40 PM

Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan
perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita
kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di
dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan
keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.

Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w.


senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-
suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam,
beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau
mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik,
"Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku."

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai


ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin
kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin
Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.

Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini
terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa
makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah.
Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah
dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, "Wahai Aisyah,
kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama."

Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai


Rasulullah berkata, "Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya
padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT."

Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak


menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya
dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, "Tidak akan pernah memuliakan isteri
kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki
yang hina." Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang
menempatkan isteri pada tempat yang mulia.

Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga


dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri
baginda.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi
bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut
dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa
engkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda
Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku."
Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)

Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda


akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan
isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu
Majah)

Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari
Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu
'Asakir)

Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan
satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana
tersebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika
itu saya sedang haid." (Hadis Riwayat Ahmad)

Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil
cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari
saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu
Baginda pun menghirupnya. " (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Membelai isteri

"Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi
kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai
kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi
giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. " (Hadis Riwayat Ahmad)

Mencium isteri

Dari Aisyah r.a, "bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah
mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi
wuduknya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a., "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium
isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).

Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a., "Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun
aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di
sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai
Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku,
hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.
" (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas
satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda
mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah
dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda
berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda
mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari
tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu." (Hadis Riwayat
Nasai)

Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w. menikah
dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah
hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa
botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal
dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang
dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu." Dia (Ummu
Kaltsum) berkata, "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg disabdakan Rasulullah
s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda
memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang
sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke
tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu
keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan.
Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia
mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada
pada wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda,


memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan
perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang
antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.

Berkhidmat pada isteri

Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri.
Rasulullah bersabda, "Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian
membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku."

Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka
berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan
memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk
bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan
keselesaan kepadanya.

Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah
Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama
Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other
women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam
suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.

Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah
Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari
Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan
Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan
menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.

Aisyah bertanya, "Siapakah perempuan tua ini?" Rasulullah menjawab, "Inilah


sahabat Khadijah dulu." Lalu Aisyah berkata, "Engkau sebut-sebut juga Khadijah
padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik."

Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau
berkata, "Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang
memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang
menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang
memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan
pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri
yang lain tidak memberikannya. " Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan
jawaban. Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.

Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah,
juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang
menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan.
Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan.
Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul
berkata, "Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah."

Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa
pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan
siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya
dengan seluruh jiwa dan raga.

Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai
Rasulullah bersabda, "Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada
suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk
membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu
tahun."

Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang


sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan
berkati keluarga yang seperti demikian.

Sumber: internet

You might also like