Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
18Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teladan Kemesraan Rumahtangga Rasulullah s a w

Teladan Kemesraan Rumahtangga Rasulullah s a w

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 10,155|Likes:
Published by wanaizuddin

More info:

Published by: wanaizuddin on May 27, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/08/2012

pdf

text

original

 
Posted by Bawang Goreng at5:40 PM 
Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankanperintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kitakepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi didalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupankeluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w.senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliaumendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik,"Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku."Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampaiketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izinkepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izinRasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal initerlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawamakanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecahdan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, "Wahai Aisyah,kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama."Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampaiRasulullah berkata, "Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinyapadahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT."Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinyadalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, "Tidak akan pernah memuliakan isterikecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina." Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yangmenempatkan isteri pada tempat yang mulia.Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtanggadan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.Tidur dalam satu selimut bersama isteriDari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimutdengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapaengkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda
 
Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)Memberi wangi-wangian pada aurat Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, bagindaakan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) danisteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat IbnuMajah)Meminta isteri meminyaki badanDari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hariRaya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu'Asakir)Mandi bersama isteriDari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakansatu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejanatersebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)Disikatkan oleh isteriDari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketikaitu saya sedang haid." (Hadis Riwayat Ahmad)Minum bergantian pada tempat yang samaDaripada Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya ditempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambilcawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya darisaya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, laluBaginda pun menghirupnya. " (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)Membelai isteri"Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingikami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelaikami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadigiliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. " (Hadis Riwayat Ahmad)Mencium isteriDari Aisyah r.a, "bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelahmengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
 
Dari Hafshah, puteri Umar r.a., "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa menciumisterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).Berbaring di pangkuan isteriDari Aisyah r.a., "Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupunaku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)Memanggil dengan panggilan mesraRasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesraNabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "WahaiUwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku,hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)Membersihkan titisan darah haid isteriDari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atassatu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Bagindamencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindahdari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Bagindamencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah daritempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu." (Hadis RiwayatNasai)Memberikan hadiahDari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w. menikahdengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernahhendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggaldunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memangdikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu." Dia (UmmuKaltsum) berkata, "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg disabdakan Rasulullahs.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Bagindamemberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedangsisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah."(Hadis Riwayat Ahmad)Segera menemui isteri apabila tergodaDari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ketempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalukeluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan.

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Monster King liked this
Santri Smart liked this
Asep Supriatna liked this
Syidwana Eida liked this
Abu Asyam liked this
Siti Khodijah liked this
mded liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->