Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
186Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teori Kecerdasan Pelbagaian untuk penglibatan Aktif Pelajar

Teori Kecerdasan Pelbagaian untuk penglibatan Aktif Pelajar

Ratings: (0)|Views: 5,186 |Likes:
laporan kajian tindakan yang dilaksanakan oleh Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi - Guru Pelatih DPLI UKM semasa latihan mengajar di sekolah dan dibentangkan dalam Kolokium DPLI UKM di Puri Pujangga, UKM 6-7 Mei 2010
laporan kajian tindakan yang dilaksanakan oleh Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi - Guru Pelatih DPLI UKM semasa latihan mengajar di sekolah dan dibentangkan dalam Kolokium DPLI UKM di Puri Pujangga, UKM 6-7 Mei 2010

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Siti Fatimah Mohd Yassin on May 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

 
TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKATKANPENGLIBATAN AKTIF PELAJAR DI DALAM KELAS
Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin &Siti Hazwani Mohamed Rozi Guru Pelatih DPLI UKM 
Abstrak
Kepelbagaian strategi pengajaran meliputi kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas. Satu kajian dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka proses meningkatkan keyakinan, mengurangkan rasa rendah diri serta rasa takut dalam diri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan serta mencungkil potensi diri, kecenderungan dan minat pelajar menerusi aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar yang mana meliputi 3 kelas yang berlainan iaitu 2 buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran dan sebuah kelas aliran perdana. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 10 orang pelajar pendidikan khas kelas Matematik tingkatan 1, 8 orang pelajar pendidikan khas kelas Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 42 orang pelajar aliran perdana kelas Perdagangan tingkatan 4. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kurt Lewin yang mana meliputi 5 tahap utama dalam satu kitaran. Kaedah temubual dan pemerhatian serta refleksi pengkaji digunakan dalam proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan kepelbagaian aktiviti dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kesimpulannya, usaha yang berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mendapatkan kesan yang lebih baik pada masa hadapan.
PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju danmembangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semuapihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedahpenyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahirandan memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaiankaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikanminat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987).Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran danpembelajaran (P&P) guru di dalam kelas. Seringkali dilihat bahawa pelajar amat sukar untukmemberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang melibatkan kaedah berpusatkan gurusemata-mata tanpa ada sebarang alternatif atau usaha yang dapat menarik minat danpenglibatan mereka. Dari segi kemahiran berfikir, pelajar kelihatan sukar untukmengeluarkan pendapat serta idea sepanjang proses pengajaran dan pembelajaranberjalan. Pelajar juga sukar untuk membuat gambaran secara imaginasi tentang apa yangdiajar oleh guru. Akibatnya, pelajar kurang memahami dan mengingat apa yang diajar dalambilik darjah. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantungkepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dalamkelas.Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa berada di sekolah, kebanyakan pelajardilihat tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
 
berlangsung. Mereka seringkali bersembang, bermain dan tidak menumpukan perhatiansepenuhnya terhadap apa yang diajar oleh guru. Hal ini terjadi disebabkan fokus sistempersekolahan kita lebih tertumpu kepada satu kecerdasan sahaja iaitu verbal-linguistik yangmana guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah tradisional tanpamenggunakan bahan bantu mengajar serta aktiviti yang bersesuaian dan membuatkanpelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas.Pengkaji berpendapat pelajar akan belajar dengan lebih berkesan jika diberi peluanguntuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Di sini peranan guru dilihatmemberi impak yang besar terhadap penglibatan pelajar di dalam kelas. Justeru, pengkajimengambil inisiatif untuk mengkaji usaha bagi meningkatkan penglibatan pelajar di dalamkelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan Teori KecerdasanPelbagai mengikut subjek yang diajar.
Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) mengikut Howard Gardner didefinisikan sebagai
An
intelligence is the ability to create products that are valued within one or more cultural 
settings.” 
(Gardner, 1983 ). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonaldan Naturalis.Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalamlisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataandan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melaluiaktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga pekaterhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsangemosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakanstesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks,membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuatperbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakankomputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik.Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyakmenggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimanapun, didorong dengan keinginanmenerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melaluikaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual danruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambarandalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dankreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta bolehmemberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah.Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakanidea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal sepertikoordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyaikecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiranmotor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukanserta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untukbelajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model.Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi,termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yangmudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suaramanusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjahyang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahapbakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman
 
muzik. Pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melaluipengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiatserta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal bolehbekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan denganorang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiraninterpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat oranglain walaupun secara tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar denganlebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya sertapenglibatan dalam perbincangan kelas.Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri darisegi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkandiri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Merekayang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehandiri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan danrefleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargaitumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai sertasemua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehanmelihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupanhaiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesanmelalui aktiviti luar kelas.Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran danpembelajaran kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu,pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu denganmengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Ia juga diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran danpembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini dapat mewujudkan suasanapembelajaran secara kolaboratif di sekolah dan menggalakkan inovasi dan penyelidikanbaru dalam pengajaran.Melalui pendekatan ini, para pengkaji menggunakan gabungan lima kecerdasan iaituVerbal-Linguistik, Logik-Matematik, Interpersonal, Intrapersonal dan juga kecerdasanKinestetik mengikut kesesuaian subjek, kelas dan tahap kebolehan pelajar di dalam kajianini.

Activity (186)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sen Joo Hou liked this
Umi Jauhar liked this
Ayan Akup liked this
Ayan Akup liked this
Sha' Rin liked this
dreamz28 liked this
Jue Salimun liked this
rozita1977 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->