Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
144Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendekatan Gabung Jalin Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendekatan Gabung Jalin Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Ratings: (0)|Views: 4,449 |Likes:
laporan kajian tindakan oleh Tengku Nor Akmaliana Bt Tengku Zainuddin, Norshahila Binti Abdul Kadir &
Siti Faezah Binti Kadri - Guru pelatih DPLI UKM Julai 09 yang dibentangkan dalam Kolokium DPLI UKM pada 6-7 Mei di Puri Pujangga UKM.

laporan kajian tindakan oleh Tengku Nor Akmaliana Bt Tengku Zainuddin, Norshahila Binti Abdul Kadir &
Siti Faezah Binti Kadri - Guru pelatih DPLI UKM Julai 09 yang dibentangkan dalam Kolokium DPLI UKM pada 6-7 Mei di Puri Pujangga UKM.

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Siti Fatimah Mohd Yassin on May 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/03/2013

pdf

text

original

 
Pendekatan Gabung Jalin Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 OlehTengku Nor Akmaliana Bt Tengku ZainuddinNorshahila Binti Abdul KadirSiti Faezah Binti Kadri
Abstrak
Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran (p&p)adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana p&p yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan pelajar. Sebagai guru pelatih, ianya menjadi cabaran dalam mengaplikasi dan mengintegrasikan ilmu-ilmu keguruan yang telah dipelajari dalam konteks sebenar. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka proses pendekatan gabung jalin yang memberi tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi agar dapat meningkatkan pencapaian dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses p&p untuk subjek Matematik, Kemahiran Hidup, Perdagangan dan Ekonomi Asas. Kajian ini dilakukan terhadap 57 orang pelajar yang terdiri daripada Program Pendidikan Khas Integrasi dan aliran perdana. Bagi mata pelajaran Matematik dan Kemahiran Hidup, kajian dilakukan dalam aliran pendidikan khas, manakala bagi matapelajaran Perdagangan dan Ekonomi Asas dalam aliran perdana. Tinjauan awal telah dilakukan dalam mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada kurangnya penglibatan pelajar di dalam P&P dan juga kurangnya kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran membaca, melukis dan sebagainya. Teknik pemerhatian, senarai semak dan temubual serta refleksi pengkaji digunakan untuk pengumpulan dan penganalisisan data. Didapati pendekatan gabung jalin amat sesuai digunakan oleh guru-guru pelatih semasa P&P dijalankan. Ia telah dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas semasa proses P&P sekaligus dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar dari semua aspek di dalam pembelajaran.
PENGENALAN
Dalam era globalisasi kini, zaman telah berubah dengan pesat sekali termasuk juga sistempendidikan. Pelbagai kaedah dan pendekatan baru yang diperkenalkan serta digunakanagar strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Salah satu pendekatan yangdigalakkan untuk guru-guru gunakan ialah penggabungjalinan dalam proses pengajaran danpembelajaran. Penggabungjalinan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuanmemantapkan lagi penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui pendekatan ini, pengajaransepatutnya mampu dikaitkan dengan kemahiran-kemahiran tambahan yang ditekankan didalam kurikulum.Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan,kemahiran fizikal dan kestabilan emosi. Ianya berbeza sama sekali dengan konsepkesepaduan dan intergrasi yang masing-masing membawa maksud yang berbeza. Bagikonsep kesepaduan, ianya bermaksud gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspekperkembangan fizikal pelajar. Manakala konsep integrasi pula membawa maksudmencantumkan strategi-startegi yang terbaik, menarik, sesuai dan berkesan. Oleh yangdemikian,maksud sebenar penggabungjalinan ini ialah proses menggabungkan pelbagaibidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.
Antarak
emahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat. bercakap.membaca mengira, menulis dan melukisDengan pendekatan ini, suasana pembelajaran pelajar lebih bermakna berbandingdengan pengajaran secara tradisi yang kebiasaanya guru sebagai penyalur maklumat dan
 
pelajar hanya duduk mendengar dan mencatat isi penting sahaja. Pengajaran guru yangkebanyakkannya menggunakan kaedah tradisional tanpa menyisipkan beberapa kemahirandalam pembelajarannya akan menjadikan pelajar kurang berminat dalam sesuatu pelajarandan mengkategorikan sebagai matapelajaran yang sukar difahami dan membosankan.Pengajaran tradisi kebiasaannya berpusatkan kepada guru semata dan tiadanya interaksidua hala antara pelajar dan guru mengakibatkan pelajar pasif di dalam kelas.Selain daripada untuk menarik minat pelajar,pendekatan ini juga dilihat mampumeningkatkan tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam pembelajaran. Kemahiran yangdimaksudkan termasuklah kemahiran bertutur, melukis, mengira dan sebagainya.Pengajaran yang tidak menggabungkan pelbagai bidang kemahiran adalah sesuatu yangtidak bermakna kerana ianya tidak akan memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan danperkembangan pelajar secara seimbang dan menyeluruh
PERMASALAHAN KAJIAN
Berdasar pemerhatian dan refleksi para pengkaji sebagai guru pelatih semasa diperingkat awal mengajar di sekolah, didapati cara pengajaran yang agak konvensional kiniamat membosankan pelajar. Tuntutan untuk menghabiskan sukatan pelajaran untukmempersiapkan pelajar dengan peperiksaan di sekolah mahupun berpusat menyebabkanguru terpaksa mengajar hanya menggunakan kaedah
“chalk and talk” 
di dalam kelas danmenumpukan pada subjek yang diajar semata-mata. Ia telah membuatkan pelajar pasifdan bosan untuk belajar. Penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran juga dilihatkurang diberi penekanan menjadikan pengajaran hanya tertumpu kepada matapelajaranyang khusus sahaja. Oleh itu, pendekatan merentas kurikulum iaitu pendekatan gabung jalindilihat dapat menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang idea serta mindapelajar. Pembelajaran lebih bersifat interaksi dua hala dilihat dapat menarik minat pelajarsupaya dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Justeru satu kajian tindakan boleh dilaksanakan oleh guru pelatih yang masih baru, tetapiperlu mengaplikasi dan mengintegrasikan ilmu teori dan praktikal semasa tujuh bulan dalamkonteks sebenar semasa latihan mengajar. Objektif kajian adalah seperti berikut:1. Meneroka bagaimana proses penggabungjalinan dat menarik minat pelajar untukmelibatkan diri secara aktif di dalam kelas semasa proses pengajaran danpembelajaran dijalankan2. Meroka bagaimana proses penggabungjalinan dapat meningkatkan tahap kemahiranpelajar dalam pembelajaran
KAJIAN KEPUSTAKAAN
Kajian kepustakaan ialah satu aspek yang sangat penting dalam penyelidikan. Ia pentingkerana membantu penyelidik memahami topik yang dikaji secara mendalam, aspek yangdikaji, bagaimana ianya telah dikaji dan isu utama yang dikaji (Hart, 1998). Hasil daripadakajian kepustakaan ini, kita akan dapat memahami teori utama dalam subjek kajian,bagaimana teori diguna dan diperkembangkan serta kritikan utama yang diketengahkan.Kajian ini merupakan kajian tindakan dalam pendidikan yang mengkaji pendekatan gabung jalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dilakukan terhadapkelas matapelajaran Ekonomi Asas, Perdagangan, Matematik dan Kemahiran Hidup. Bagikelas Kemahiran Hidup dan Matematik, respondennya adalah pelajar berkeperluan khasmanakala kelas Ekonomi Asas dan Perdagangan pula adalah pelajar aliran perdana.Gabung jalin bermaksud tumpuan seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiranfizikal, kestabilan emosi, sosialisasi nilai, dan perhubungan positif.
 
Penggabungjalinan jugamerupakan proses penyampaian beberapa kemahiran, kecekapan melaksanakan aktivitimembaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel,mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya serta mendengar, lisan, membaca dan
 
menulis secara bersepadu. Antara ciri-ciri gabungjalin adalah mengintegrasikan beberapakemahiran, penggunaan pendekatannya secara bersepadu dan menyeluruh, aktiviti dalamproses pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan dengan menarik. Selain daripada itu,ciri penggabungjalinan adalah memfokuskan kemahiran-kemahiran yang utama, organisasikemahiran yang fleksibel dan juga kemahiran diintergrasikan saling kukuh mengukuh antarasatu sama lain. Terdapat tiga jenis penggabungjalinan iaitu:1) penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
yangm
elibatkan kemahiran lisan atau pertuturan,membaca, menulis, mengira, melukis, mewarnadan lain-lain.
 
Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori kemahiran fokus dankemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan suatu kemahiran utama yang hendakdisampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Manakalakemahiran sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannyadengan kemahiran memfokus.2) pengabungjalinan kemahiran daripada matapelajaran lain iaitu perlu wujudpenggabugjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagimeningkatkan kemahiran murid. Sebagai contoh, kemahiran mata pelajaran Matematikdigabungjalinkan dengan kemahiran matapelajaran Bahasa Melayu.3) penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum ialah dengan cara melibatkankemahiran
 –
kemahiran seperti kemahiran belajar untuk belajar kemahiran berfikir secarakreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan, dankemahiran generik.Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) mengaplikasikan pendekatan bersepadudalam perlaksanaan kurikulum atau pengajaran. Dalam konteks bersepadu ini, pengajaransesuatu mata pelajaran adalah berpusatkan pelajar dan menekankan konsep gabungjalindan konsep penyerapan (Esah Sulaiman, 2003). Konsep gabungjalin dalam pengajaranialah dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran guru tidak sahaja mengajar idea, fakta dannila dalam mata pelajaran berkenaan tetapi juga mengajar idea, fakta dan nilai daripadamata pelajaran lain yang didapati sesuai (Esah Sulaiman. 2003).Menurut Haminah bteSuhaibo (1999),
 
Gabung jalin unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan tentang sejarahNegara mampu melahirkan pelajar yang berwatak dan berdaya saing.Manakala,menurutAbu Bakar Sidek (1997) yang mengkaji mengenai pendidikan luar menyatakan bahawapendidikan luar boleh dianggap sebagai gabungjalin dan integrasi kedua-dua pendekatanpendidikan, iaitu pendidikan primitif dan pendidikan moden untuk mewujudkan alampengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui domain: (1) kognitif; (2) psikomotordan (3) afektif.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin terdiri dari empat komponen, iaitu ; a) merancang(
planning 
), b) tindakan (
acting 
), c) pemerhatian (
observing 
), dan d) refleksi (
reflecting 
). Tigaguru pelatih menjadi peserta aktif kajian. Kajian ini dilakukan terhadap 57 orang pelajaryang terdiri daripada 20 orang pelajar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi dan 37orang daripada pelajar aliran perdana. Kajian ini menggunakan integrasi beberapakemahiran dimana ianya dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Antara kemahiranyang terlibat adalah membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis,melabel, mengarang, becerita, berlakon dan sebagainya. Data kajian dikumpulkanmenggunakan kaedah iaitu pemerhatian, temubual bersama guru dan senarai semak.Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin yang terdiri daripada satu kitaran, iaitu ; a)merancang (
planning 
), b) tindakan (
acting 
), c) pemerhatian (
observing 
), dan d) refleksi(
reflecting 
).

Activity (144)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
yenying liked this
Langit Unggu liked this
Mazni Mohd liked this
ellizes liked this
Nazliza Hashim liked this
Nazliza Hashim liked this
Ting Ting Fiona liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->