Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Aditif Makanan dan Ubat

Aditif Makanan dan Ubat

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 863 |Likes:
Published by Achmad Hidayat
Dokumen ini tidak lebih dari sekedar referensi kimia dan biokimia.., Informasi lebih lanjut silahkan kunjungi : http://achmad.web.id
Dokumen ini tidak lebih dari sekedar referensi kimia dan biokimia.., Informasi lebih lanjut silahkan kunjungi : http://achmad.web.id

More info:

Published by: Achmad Hidayat on May 27, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2012

pdf

text

original

 
Aditif Makanan dan Ubat-Ubatan
Dr. Abu Bakar Abdul Majeed Pusat Racun Negara, USM 
 
PERNAHKAH anda membaca label isi kandungan makanan ringan yang anda beli? Adakah andamengambil berat tentang senarai komponen bahan-bahan yang tercatit di kotak, botol atau tiububat-ubatan yang anda gunakan? Jika diperhatikan betul-betul, anda pasti sedar yang selainkomponen utama makanan atau ubat-ubatan yang anda beli sering mengandungi pelbagai bahancampuran lain. Contohnya, bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", sepertiE101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322(Lesitin) dan sebagainya. Bahan-bahan campuran ini diberi nama aditif.
 
Apakah Aditif 
 
Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuanmeningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran sediaan-sediaaantersebut. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ribuan tahun lalu. Nenek moyang kitatelah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan, rempah ratus untuk melazatkanmakanan, dan cuka serta gula untuk menyimpan buah-buahan dalam bentuk jeruk. Aditif yangbertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejakkurun ke-14 lagi. Penduduk Asia pula didapati telah menggunakan sejenis sup pekat berasaskanagen perasa terkenal, mononatrium glutamat atau MSG, sejak 2,000 tahun lalu.
 
Apakah jenis-jenis aditif dan mengapa aditif perlu dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan?
 
Aditif boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tujuan penggunaannya.
 
Agen emulsi seperti gam Arab dan lesitin ialah aditif yang membolehkan makanan yangbahan asasnya terdiri daripada lemak dan air diadun. Campuran ini kemudiannya bolehwujud dalam keadaan yang serasi. Contohnya, agen emulsi mampu mengadunkansediaan vitamin yang berasakan lemak seperti minyak ikan dengan air untuk membentukemulsi. Sediaan ini tinggi kekonsistenannya dan lebih sedap dimakan.
 
Agen-agen penstabil dan pemekat seperti garam alginat dan gliserin pula memberimakanan dan ubat-ubatan tekstur yang rata dan lembut.
 
Agen penghalang kerak memastikan makanan yang berbutir seperti garam dan gulasentiasa berberai.
 
Aditif juga bertindak mengekalkan dan meningkatkan nilai nutrisi makanan. Contohnya,vitamin dan bahan galian dicampurkan ringan seperti susu. tepung, bijirin dan marjerinbagi mewujudkan sumber makanan yang seimbang.
 
Aditif yang tergolong ke dalam kumpulan bahan pengawet digunakan bagi tujuanpengawetan mengekalkan makanan dalam keadaan baik dan selamat. Bahan pengawetseperti garam nitrat dan nitrit seumpamanya, amat penting bagi melindungi makananberasaskan daging daripada dijangkiti kulat dan bakteria clostridium, botulidium iaitumikroorganisma penyebab botulisme atau keracunan makanan.
 
Agen antioksidan seperti vitamin C dan vitmain E pula mampu mengelak lemak danminyak di dalam sediaan makanan daripada menjadi masam atau tengik. Agen ini jugadigunakan untuk mengekalkan warna isi buah-buahan yang siap dipotong. Tanpa agenantioksidan, warna isi buah epal dengan mudah bertukar menjadi perang.
 
Aditif juga digunakan untuk menaikkan bahan makanan yang dimasak seperti kek danroti. Agen daripada kumpulan ini membebaskan asid apabila dipanaskan. Asid yang
 
terbebas mampu bertindak balas dengan soda penaik untuk memantapkan rupa bentukkek, roti dan biskut yang dibakar.
 
Agen penyedap seperti rempah ratus (halia dan bunga cengkih) dan bahan kimia sintetik(monosodium glutamat; MSG) digunakan dengan meluas untuk melazatkan makanandan ubat-ubatan.
 
Bahan pewarna juga sering dicampurkan ke dalam makanan, terutamanya kuih- muihdan ubat-ubatan untuk menambahkan daya tarikan sediaan tersebut. Contoh bahanpewarna ialah FD&C Yellow No.6 yang digunakan di dalam bijirin, makanan ringan danroti.
 
Agen peluntur dingunakan untuk memutihkan makanan seperti agar-agar dan ubat-ubatan yang mudah bertukar warna terutama ketika di dalam penyimpanan.
 
Bagaimana penggunaan aditif dikawal?
 
Oleh kerana aditif digunakan di dalam makanan dan ubat-ubatan dengan meluas, maka kawalanketat terhadap penggunaannya amat penting sekali. Akta Makanan 1983 (Undang-undangMalaysia Akta 281) jelas menyatakan keperluan memastikan bahawa hanya bahan-bahan yangselamat dan sesuai sahaja boleh digunakan di dalam sediaan makanan dan minuman.Penggunaan aditif dalam ubat-ubatan pula dikawal oleh garis panduan yang terkandung di dalamamalan pengilangan baik atau GMP, peraturan-peraturan penyediaan yang terdapat di dalamfarmakopia British (BP) dan farmakopia Amerika Syarikat (USP) dan keperluan pendaftaran yangdiperincikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Bagaimanakah kegunaan aditif diluluskan pihak berkuasa?
 
Pertama sekali, aditif mestilah mampu memberi kesan seperti yang diharapkan terhadapmakanan dan ubat-ubatan. Kajian-kajian menggunakan haiwan perlu dilakukan bagi memastikanbahawa pengambilan aditif, sama ada bagi jangka masa pendek atau panjang, tidak menjejaskankesihatan atau mencetuskan penyakit. Walaupun kepastian mutlak bahawa sesuatu bahan aditif adalah selamat tidak mungkin diperolehi, namun maklumat daripada kajian terhadap haiwanboleh menjadi asas yang kuat bagi mendapatkan kelulusan penggunaanya.
 
Dalam pada itu, permonitoran atau kawalan semasa terhadap bahan-bahan aditif yang diluluskansentiasa dilakukan dengan meninjau sebarang laporan tentang kesan mudarat atau kesansampingan berkaitan bahan tersebut. Bukti kukuh tentang kesan bahaya sesuatu bahan akandijadikan asas pengharaman penggunaannya.
 
Contohnya, baru-baru ini kerajaan telah mengharamakan penggunaan nitrofuran sebagai salahsatu aditif yang digunakan dalam industri penternakan, terutamanya ayam. Banyak laporan daribeberapa buah negara maju yang menunjukkan bahawa penggunaan bahan ini bolehmenjejaskan kesihatan pengguna. Aditif sulfit pula yang pada suatu masa dahulu digunakanuntuk mengawet buah- buahan kering dan sayur-sayuran, telah didapati boleh membahayakansesetengah pengguna yang alah terhadap bahan ini. Kes-kes kejutan yang membawa maut danserangan lelah teruk membuktikan betapa bahaya bahan ini. Justeru itu, sulfit diharamkanpenggunaanya untuk tujuan di atas. Demikian juga dengan penggunaan asid benzoik di dalamcili boh. Kandungan asid yang berlebihan di dalam sediaan cili boh telah mengganggu kesihatanramai pengguna. Dengan itu, kerajaan telah mengarahkan supaya bahan ini digunakan secaraberhati-hati.
 
Adakah aditif semula jadi lebih selamat daripada aditif sintetik?
 
Aditif semula jadi diperolehi daripada sumber-sumber asli, contohnya lesitin daripada kacangsoya dan jagung atau serbuk pewarna bit daripada lobak bit. Aditif sintetik pula dihasilkan melaluitindak balas kimia. Ketulenan aditif sintetik mudah dikawal semasa pembuatan atau
 
pengilangannya. Sebenarnya aditif sama ada semula jadi atau sintetik adalah bahan kimia.Vitamin C atau asid askobik semula jadi di dalam sebiji buah oren, umpamanya sama sahajadengan Vitamin C yang dihasilkan di dalam makmal kimia. Jadi aditif semula jadi tidaksemestinya lebih selamat daripada aditif sintetik.
 
Apakah aditif yang dikaitkan dengan kesan-kesan sampingan yang kurang menyenangkan danadakah kesan-kesan ini mampu menjejaskan kesihatan?
 
Antara aditif yang dikaitkan dengan kesan sampingan yang kurang selesa ialah pewarna FD&CYellow No.5 atau tartazin. Tartazin (E102)dilaporkan menyebabkan gatal-gatal kulit yang amatsangat
(urticaria)
serta pembengkakkan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidahdan tangan. Namun demikian, didapati hanya segelintir populasi yang alah terhadapnya iaitukurang daripada 0.01 peratus. Oleh sebab itu, penggunaan tartazin masih dibenarkan. Namundemikian, kewujudan tartazin dalam makanan atau ubat-ubatan mestilah disenarikan pada labelsediaan-sediaan tersebut, agar mereka yang alah terhadapnya dapat mengelak daripadamemakannya.
 
Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampinganmudarat kepada pengguna. Tetapi permonitoran berterusan pihak Pentadbiran Makanan danDadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperolehi bukti kukuh tentangkesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yangdicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja. Pengaruh kesanhiperaktif bahan-bahan tersebut terhadap pengguna belum dapat dibuktikan sepenuhnya setakatini. Malah sebuah panel perkembangan kanak-kanak Institut Kesihatan Kebangsaan AmerikaSyarikat melaporkan bahawa tiada kaitan pengambilan aditif dengan kes-kes hiperaktif remaja.
 
Aditif yang sering mendapat perhatian ramai ialah serbuk perasa monotorium glutamat (MSG).Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG diperolehidaripada kanji, gula, jagung, tebu datau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkandengan MSG adalah pelbagai. Kesan- kesan ini digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina.Ini kerana MSG kerap kali digunakan di dalam masakan dan hidangan kaum Cina. Tanda-tandasindrom ini termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di bahagian tengkuk dan belakangtubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifikgagal membuktikan bahawa kesemua gangguan Sindrom Restoran Cina disebabkan secaralangsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanyadialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamatdan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.
 
Sebagai kesimpulan, pada zaman teknologi makanan dan farmasi yang canggih sekarang,penggunaan aditif dalam makanan dan ubat-ubatan bukan sahaja menjadi satu kebiasaan, malahkemestian bagi memastikan sediaan-sediaan tersebut tahan lama, menarik dan juga berperisa.Sehingga hari ini dianggarkan terdapat lebih kurang 15,000 bahan kimia yang dibenarkandigunakan sebagai bahan aditif yang dicampurkan ke dalam sediaan makanan dan ubat-ubatanbermula daripada tahap pengeluaran, pemprosesan, rawatan, penyediaan, pembungkusan,pengangkutan dan penyimpanan bahan-bahan tersebut. Walaupun jumlah bahan kimia yangdiberi kelulusan untuk digunakan sebagai bahan aditif makanan dan ubat-ubatan adalah agakbesar, namun ahli sains, ahli farmasi dan ahli teknologi makanan berpendapat bahawa secaraumumnya, bahan-bahan ini tidak mendatangkan kesan sampingan buruk atau mencetuskanpenyakit merbahaya seperti barah kepada pengguna. Hanya segelintir pengguna yang alahterhadap sesetengah bahan aditif terdedah kepada bahaya penggunaannya. Pengguna yangalah dinasihatkan berbincang dengan pakar perubatan tentang aditif-aditif yang perlu merekahindari. Justeru itu, kes-kes alahan teruk yang dicetuskan oleh aditif dapat dielakkan sekiranyasediaan-sediaan makanan dan ubat-ubatan dilabel dengan jelas dan sempurna.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Maa Yasin liked this
iakma liked this
frankey liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->