Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
12Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bahaya bahan kimia

Bahaya bahan kimia

Ratings:

4.63

(8)
|Views: 13,257|Likes:
Published by Achmad Hidayat
Dokumen ini tidak lebih dari sekedar referensi kimia dan biokimia.., Informasi lebih lanjut silahkan kunjungi : http://achmad.web.id
Dokumen ini tidak lebih dari sekedar referensi kimia dan biokimia.., Informasi lebih lanjut silahkan kunjungi : http://achmad.web.id

More info:

Published by: Achmad Hidayat on May 27, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/13/2012

pdf

text

original

 
Bahaya bahan kimia
Dalam pembungkus plastik
Oleh Prof. Madya Rahmat Awang  Pusat Racun Negara, USM 
 
Penggunaan plastik untuk membungkus makanan semakin popular kerana kelebihan yang adapadanya, contohnya tahan lama, teguh dan mudah digunakan, berbanding dengan pembungkustradisional. Tidak hairanlah jika kita banyak bergantung kepada plastik sebagai satu bahan wajibdalam proses pembungkusan makanan, walaupun kaedah tradisional menggunakan sumber alam lebih murah harganya sehingga kita tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya. Walaupun banyak maklumat disebarkan olehpihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindakbalas makanan dalam bahanpembungkusan namun disebabkan terlalu bergantung kepada plastik membuatkan sesetengahpihak, khususnya pengusaha makanan terpaksa mengabaikan kesannya dengan berharap agar bahan yang digunakan oleh mereka selamat.
Kandungan Kimia
Plastik yang dijadikan bahan pembungkus diperbuat daripada pelbagai bahan kimia sepertipolietilina, polietilina terefatalat, propilina dan polivinil klorida. Selain itu, sejenis bahan pelembut(plasticizers) turut dimasukkan bagi membolehkan plastik yang hasilkan untuk pembungkusan inibertekstur licin dan mudah dilentur atau dibentuk dalam pelbagai bentuk yang menarik. Bahanpelembut ini kebanyakannya terdiri daripada kumpulan phthalate. Manakala yang lainnyabergantung kepada jenis plastik, termasuk bahan pelekat yang digunakan dan dakwat untukmenandakan nama pengeluar.Oleh itu, semua bahan kimia yang hendak digunakan untuk menghasilkan plastik pembungkus itusendiri secara amnya perlu mendapat pengesahan daripada pihak berwajib sebelum bolehdigunakan. Kebenaran untuk menggunakan hanya dapat diperoleh sekiranya bahan kimia yanghendak digunakan ini telah dapat disahkan sebagai selamat dan digunakn pada kadar yang telahditetapkan. Paling penting, bahan kimia dan kadar penggunaannya tidak boleh mengakibatkankanser kepada pengguna.
Kesan Yang Dialami
Secara amnya, tiada sebarang masalah dengan plastik pembungkus. Masalah hanya timbul jikaplastik pembungkus itu diperbuat daripada PVC. Plastik pembungkus jenis ini didapatimengeluarkan bahan pelembut DEHA ke dalam makanan. Persoalannya, apakah makananseperti itu dapat membahayakan ataupun tidak? Perkara ini dibangkitkan selepas satu kajianyang dilakukan oleh Pertubuhan Pengguna di Amerika Syarikat pada tahun 1998 mendapatiterdapat bahan kimia DEHA di dalam keju yang dibungkus dalam plastik pembungkus yangdiperbuat daripada PVC.Kandungan DEHA yang dikenal pasti itu didapati berada pada kepekatan yang tinggi, iaitu lebihkurang 300,000 kali ganda had yang ditetapkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-UbatanAmerika Syarikat.Namun sehingga kini kesannya kepada pengguna masih belum dapat dipastikan. Tetapi daripadadata kajian yang dijalankan terhadap haiwan, DEHA berupaya merosakkan sistem peranakandan menghasilkan janin yang cacat, selain mengakibatkan kanser hati walaupun perkara yangsama tidak ditemui pada tikus.
 
DEHA didapati mempunyai aktiviti yang menyamai sejenis hormon estrogen (dianggap sebagaihormon wanita kerana mampu memberikan sifat-sifat kewanitaan). Namun kesan sebenarnyamasih belum diselidiki sepenuhnya. Maklumat yang diperoleh daripada haiwan kajian, walaupunmungkin tidak boleh dikaitkan secara langsung kepada manusia, boleh menjadi satu petunjuktentang apa yang mungkin terjadi kepada manusia. Ini adalah langkah pertama dalam usaha kitauntuk menentukan sejauh mana phthalates selamat digunakan oleh manusia.
Langkah keselamatan
Walaupun tiada bukti kukuh untuk menghubungkan DEHA dalam makanan dengan gangguankesihatan, kita perlu berwaspada dan seboleh-bolehnya mengelakkan penggunaannya secarameluas. Beberapa negara, contohnya Britain, telah mengkaji semula perkara ini dan mendapatibahawa masalah ini dapat dikurangkan dengan penggunaan bahan pelembut mengurangkanpenyerapan DEHA ke dalam makanan.Di Eropah, Suruhanjaya Eropah telah menetapkan had kandungan DEHA yang dibenarkanmenyerap ke dalam makanan sebanyak 18 bahagian bagi setiap juta bahagian. Makanan yangmengandungi DEHA melebihi paras ini dianggap tidak selamat untuk dimakan. Penetapan had inidilakukan berdasarkan hasil kajian dan piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Eropah yangmenggalakkan penggunaan DEHA dikurangkan sama ada dengan dicampurkan atau digantikanterus dengan bahan pelembut lain.Sekiranya boleh, anda digalakkan untuk menggunakan plastik pembungkus yang tidakmengandungi bahan pelembut. Ini mungkin sukar kerana kita sebenarnya tidak tahu sejauh manabahan pelembut digunakan dalam plastik pembungkus. Namun begitu, ada beberapa plastikpembungkus yang dikatakan tidak mengandungi bahan pelembut iaitu plastik pembungkus yangdiperbuat daripada polietilina atau bekas plastik yagn digunakan di rumah seperti jenamaTupperware. Satu cara lagi untuk memastikan plastik itu daripada jenis PVC atau tidak, adalahdengan melihat di bawah bekas plastik yang biasanya mempunyai beberapa tanda tulisan sepertiberikut:
EVA kopolimer etilina vinilaserat
HDPE polietilina ketumpatan tinggi
PE polietilina
PET polietilina terefatalat
PP polipropilina
p-PVC polivinil klorida yang dirawat dengan bahan pelembutSelain itu, anda juga boleh menggunakan bahan pembungkus seperti daun pisang yang sudahdibersihkan dan disalai. Namum bahan pembungkus seperti ini biasanya tidak tahan lama dankurang praktikal, selain sukar didapati.
Tindakbalas Dakwat Berplumbum
Cara penggunaan juga sering menimbulkan masalah. Sebagai contoh, plastik pembungkus yangtelah digunakan disimpan dan digunakan semula untuk membungkus makanan. Dalam prosesmembungkus makanan, pengguna mungkin membalikkan plastik pembungkus supaya bahagianluar akan diletakkan di bahagian dalam. Dalam keadaan ini, makanan mungkin akan bersentuhandengan label yang mengandungi dakwat berplumbum. Penyimpanan makanan yang berasidlemah seperti buah limau yang sudah dikupas sudah cukup untuk mengeluarkan plumbum (100mikrogram plumbum dalam masa 10 minit) daripada dakwat. Walaupun kandungan plumbumyang diserap masuk ke dalam makanan mungkin tidaklah begitu tinggi namun sekiranyamakanan yang sedemikian dimakan setiap hari, kesannya sudah cukup untuk menjejaskan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->