ISU : KEWAJARAN USAHA KERAJAAN MEMAJUKAN SUKANPengenalan:
-Kepentingan sukan dalam kehidupan telah lama disedari oleh masyarakat dunia.-Sejarah sukan bermula pada zaman masyarakat Greek purba lagi yang seterusnyamengasaskan Sukan Olimpik.-Di Malaysia sendiri, peruntukan yang besar untuk sukan disediakan setiap tahundalam Belanjawan atau Bajet Negara.
Isi-Isi bagi Menyokong Usaha Kerajaan – (Jelaskan Kepentingan Sukan)
1. Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia.- Segala kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaansetiap lapisan masyarakat.- Apabila kemudahan sukan dimanfaatkan, kita dapat melahirkan rakyat yang sihat.- Rakyat yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang produktif untuk menggerakkan ekonomi negara.- Kajian menunjukkan bahawa sukan dapat mengelakkan seseorang daripadaserangan penyakit seperti strok, diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan barah.- Sukan dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh manusia hattamenjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga.- Rakyat yang sihat penting untuk pembangunan ekonomi negara.2. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk.-Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangansukan seperti kasut, baju, stoking, raket, bola dan pelbagai produk sukan yang lain.-Kedai-kedai sukan juga dibuka di setiap pelosok negara dan memberikan peluangkepada rakyat untuk berniaga.-Peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada rakyat negara ini di kilang-kilang berasaskan produk sukan.-Atlet sukan yang cemerlang seperti Shalin Zulkifli, Lee Chong Wei dan NicolDavid dapat menjadikan sukan sebagai sumber pendapatan melalui penajaan.Mereka juga boleh menjadikan sukan sebagai profesion.3. Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan.-Penganjuran Sukan Komanwel Ke-16 pada tahun 1998 dahulu menguntungkannegara dari segi pendapatan.-Kemasukan pelancong yang ramai menjana ekonomi negara.-Hak penyiaran eksklusif melalui penganjuran sukan Formula 1 menguntungkan penganjur.-Industri sampingan seperti pengangkutan, makanan , media dan pelancongan turutmendapat tempiasnya.-Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan dan Malaysia memperoleh keuntungan besar dari segi tukaran wang asing.