pembesar-pembesar bangsa Turki, mereka melantik dan melucutkan siapa yang mereka kehendaki. Setelah BaniBuawaehmenguasai pemerintahan mereka pula berkuasa dalam perlantikan khalifah. Sehinggalah kerajaan ini dikalahkanoleh tenteraMongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan pada tahun 656H / 1258M.
KHALIFAH PERTAMA ABDULLAH AL ABBAS(132-136H / 750-754M)RIWAYAT HIDUP
1- Nama beliau Abu al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas. Beliau bergelar Abu Abbas AsSaffah(Penumpah darah).2- Dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.3- Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal 132H / 750M.4- Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.5- Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.
PERIBADI
1- Seorang yang gemar berperang.2- Seorang yang keras hati.3- Kejam terhadap musuh terutamanya ke atas keluarga Bani Umaiyah.4- Kuat daya ingatan.5- Gagah dan berani.6- Pemurah serta dermawan.7- Tidak menepati janji.
BENTUK KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN
1- Menggali kubur-kubur keturunan Umaiyah dan membakar mayat mereka, iaitu kubur Muawiah bin Abi Sufian,Yazid binMuawiah, Abd.Malik bin Marwan dan Hisyam bin Abd.Malik kecuali kubur Omar bin Abd.Aziz.2- Melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Bani Umaiyah setelah mereka dijemput ke majliskenduri.3- Menghapuskan saki baki keluarga Umaiyah kecuali anak-anak yang masih kecil.
TINDAKAN YANG DILAKUKAN BAGI MENGUKUHKAN KERAJAAN
1- Mengubah pusat pemerintahan dari Damsyik ke Kufah, kemudian ke Hirah dan kemudian ke Anbar. Beliaumemberi namaHasyimiah sempena nama keturunannya Hasyim.2- Menukarkan warna bendera kerajaan dengan warna Hitam.3- Menghapuskan golongan Bani Umaiyah sebagai langkah menguatkan kedudukan politiknya.4- Abu Muslim Al Khurasani dilantik sebagai gebenor di Timur dan Khurasan. Abu Jaafar Al Mansor sebagai gebenor di Iraq,Mausil dan Armenia. Syam dan Mesir di bawah gebenor Abdullah bin Ali.5- Abi Salamah Al Khalali dan Khalid Barmaki dilantik sebagai menteri. Namun Abu Salamah kemudiannya dibunuhkeranadikhuatiri memindahkan kuasa kepada keluarga Sayidina Ali.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEJAYAAN BELIAU
1- Keadaan kucar kacir yang berlaku dalam keluarga Bani Umaiyah sebelumnya dan pada masa pemerintahannya.2- Kejayaan cemerlang gerakan sulit oleh penyokong-penyokongnya di serata tempat.3- Peranan Abu Muslim Al Khurasani yang berjaya menguasai beberapa buah daerah termasuk Khurasan dan Merw.Usaha initelah membuka jalan kepada beliau.4- Orang-orang Parsi memberi sokongan padu kerana golongan itu begitu marah kepada pemerintahan BaniUmaiyah yangbersifat assabiyah.5- Peranan saudara-saudaranya iaitu Abu Jaafar, Abdullah, Ali, Salleh dan Daud yang bersama-sama membanterasmusuh.
JASA-JASA KHALIFAH
1- Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir (lampu-lampu jalan raya untuk panduan orang-orang yangberjalan padamalam hari).2- Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di antara Mekah dangan Kufah mengikut kiraan BatuHasyimi.3- Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh terutama dari Rom.4- Membuka Bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar Hasyimiah.
KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR