You are on page 1of 66

BAB 1

PENDAHULUAN

1
1.1 PENGENALAN

Penggunaan penjana kuasa elektrik dalam kehidupan seharian amat penting di

dalam membuat sebarang pekerjaan di rumah mahupun di tempat kerja. Apabila

penggunaannya semakin meluas, pelbagai jenis penjana kuasa elektrik yang

dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pengguna.

Projek yang dilakukan ini bertujuan memudahkan kerja dan menjimatkan kos

penggunaan penjana kuasa elektrik disamping memuaskan kehendak pengguna yang

sentiasa mahukan penggunaan yang melibatkan kos yang rendah. Dari situ tercipta

idea-idea yang membolehkan sesuatu penggunaan penjana kuasa elektrik yang

menggunakan kuasa bateri.

Penjana kuasa elektrik yang dicipta menggunakan kuasa bateri ini mampu

mengecas semula kuasa bateri yang digunakan. Ia tidak perlu menggunakan minyak

2
sebagai bahan bakar untuk menghidupkan penjana kuasa elektrik tersebut. Hanya

menggunakan bateri sebagai sumber kuasa. Konsep ini diaplikasikan dari

penggunaan sebuah kereta.

Penggunaan penjana kuasa elektrik berkuasa bateri ini lebih relevan untuk

digunakan pada masa kini kerana ia lebih jimat dan mudah dibawa sekaligus dapat

memudahkan pengguna dalam menggunakannya didalam kehidupan seharian.

1.2 PENYATAAN MASALAH

3
Penjana kuasa elektrik berkuasa bateri dicipta berdasarkan masalah-masalah

yang dihadapi dari penjana kuasa elektrik yang sedia ada. Berikut adalah masalah-

masalah yang dihadapi pengguna:-

1. Penjana kuasa elektrik pada masa kini mengeluarkan bunyi yang agak bising

apabila di hidupkan.

2. Mengakibatkan pencemaran udara kerana penjana kuasa elektrik

menggunakan minyak diesel sebagai bahan bakar

1.3 OBJEKTIF

Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan penjana kuasa elektrik

berkuasa bateri yang lebih ekonomik dan komersial supaya dapat memudahkan
4
pengguna yang terdiri daripada peniaga termasuklah golongan awam yang lain

seperti suri rumah dan juga yang lain-lain.Oleh itu beberapa objektif perlu

dilaksanakan.

Secara amnya,objektif utama kami adalah seperti berikut :

1. Mengurangkan kos,masa dan tenaga peniaga untuk membeli minyak

2. Membantu menghidupkan satu lampu bagi membantu juruteknik

membetulkan atau membuat pembaikan pada waktu malam.

1.4 SKOP

Penjana kuasa elektrik berkuasa bateri ini direka dengan teliti disamping

teknik-teknik dan langkah-langkah kerja yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Ia terhasil daripada gabungan beberapa komponen elektrik dan elektronik serta


5
digerakkan secara mekanikal di dalam suatu litar. Antara keupayaaan penjana kuasa

elektrik berkuasa bateri adalah:-

1. Penjana kuasa elektrik bagi menjana kuasa untuk menghidupkan perkakasan

elektrik seperti lampu sahaja.

2. Penjana kuasa elektrik tidak boleh diletakkan di kawasan air yang bertakung.

3. Penjana kuasa elektrik boleh diletakkan di kawasan yang tidak rata.

4. Penjana kuasa elektrik hanya boleh menggunakan bateri kereta sahaja.

5. Penjana kuasa elektrik hanya mengalirkan arus sebanyak 12V.

1.5 RASIONAL

Setiap penghasilan produk haruslah mempunyai sebab dan logik mengapa ia

perlu dihasilkan.Selain itu penghasilan sesuatu produk baru perlulah memenuhi

6
kehendak serta ciri-ciri yang memudahkan penggunaannya.Antaranya seperti

berikut :

1. Mengaplikasikan konsep “Elektrik dalam automotif” untuk menaiktaraf

penjana kuasa elektrik sedia ada.

2. Penggunaan lebih ekonomik dan komersial

3. Penjimatan kos kerana penggunaan bateri boleh cas semula berbanding

minyak yang perlu dibeli apabila habis.

7
BAB 2
KAJIAN LITERASI

8
2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kaedah pemerhatian

Segala kaedah kajian yang digunakan untuk penyelesaian masalah projek ini

adalah dengan cara membuat kajian secara pemerhatian, kepenggunaan, runggutan

dari pengguna dan permasalahan yang timbul kepada diri sendiri sekiranya

melakukan kerja.

2.1.2 Kaedah Penyelidikan

Segala penyelidikan dan rujukan permasalahan juga diperolehi dari sumber-

sumber pusat ilmu seperti perpustakaan dan pusat siber dengan cara membuat

perbandingan dengan produk yang sedia ada dengan penghasilan produk

baru.Dengan ini, perlu memikirkan rekabentuk yang lebih praktikal untuk

diketengahkan pada projek ini.


9
2.1.3 Penghasilan Idea

Idea ini tercetus apabila melihat penggunaan penjana kuasa elektrik sedia ada

di pasar-pasar dan dikalangan orang awam dalam kehidupan seharian

mereka.Penjana kuasa elektrik sedia ada menggunakan minyak sebagai sumber

bahan api untuk menghidupkannya.Melihat kepada suasana sekarang, harga minyak

yang semakin naik dan menentu menyebabkan kesukaran kepada peniaga-peniaga

dan pengguna biasa yang ingin menggunakan penjana kuasa elektrik untuk berniaga

dan apabila ketiadaaan bekalan elektrik yang sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti

perniagaan dan keselesaan pengguna.Dengan terhasilnya penjana kuasa elektrik

berkuasa bateri ini sedikit sebanyak menjimatkan kos,tenaga dan masa bagi sesiapa

yang menggunakannya.

2.1.4 Perbandingan di antara “Rechargeable Generator” dengan penjana kuasa

elektrik yang sedia ada

Penjana Kuasa Elektrik

Berkuasa bateri atau


Penjana Kuasa Elektrik Perbandingan
“Rechargeable
Berkuasa Minyak
Generator”

Penggunaan minyak Tidak memerlukan

10
diperlukan bagi Penggunaan minyak penggunaan minyak

menghidupkan penjana kerana ia menggunakan

kuasa elektrik. kuasa bateri.

Penggunaan minyak Tidak menggunakan

sebagai bahan bakar minyak sebagai bahan


kos
sekaligus meningkatkan bakar,jadi tidak

kos,iaitu kos minyak. memerlukan kos minyak.

Berlakunya pencemaran Tiada berlakunya

udara dan bunyi. Ini pencemaran kerana tidak


Kesan pencemaran
disebabkan bahan bakar menggunakan minyak

menggunakan minyak diesel sebagai bahan

diesel bakar.

Jadual 2.1 Perbandingan di antara “Rechargeable Generator dengan penjana kuasa

sedia ada.

2.2 KOS BAHAN

Kos bahan juga dikenali sebagai kos langsung yang merujuk kepada kos yang

melibatkan kesemua bahan yang digunakan dalam penghasilan projek ini. Antara

bahan yang digunakan untuk pemampat ini ialah seperti besi,komponen-komponen

mekanik dan lain-lain lagi. Jadual menunjukkan senarai bahan yang kami gunakan

serta kos yang terlibat dalam projek ini. Jadual ini kami bahagikan kepada

2 bahagian:

11
1. Barangan mekanikal

2. Kos perkhidmatan

2.3 KOS TENAGA KERJA

Kos tenaga kerja pula merupakan perbelanjaan yang digunakan dalam

penghasilan projek ini. Kos tenaga kerja juga merupakan kos secara tidak langsung.

Beberapa anggapan perlu kami buat seperti :- bilangan pekerja yang menyiapkan

projek(hari).

2.4 KOS KESELURUHAN PROJEK

Kos keseluruhan projek merupakan perbelanjaan keseluruhan bagi

penghasilan projek kami. Ia merupakan jumlah yang perlu di bayar untuk kos bahan

mentah, kos perkhidmatan, kos tenaga kerja dan lain-lain kos.

2.5 ANGGARAN KOS

12
Anggaran kos dapat dibuat mengikut spesifikasi produk yang dihasilkan.

Harga yang dinyatakan merupakan tinjauan daripada harga pasaran. Harganya akan

berubah mengikut peredaran ekonomi. Harganya agak mahal kerana dikira mengikut

unit. Ia akan menjadi lebih ekonomi jika dibuat dalan bilangan yang banyak.

2.5.1 Bahan-Bahan dan Kos Projek

H. Jumlah

No. Bahan Jenis Kuatiti Seunit harga

1. Bateri kereta 12 V 1 RM RM 150.00

150.00

2. Motor Mesin 1 RM RM 150.00

basuh 150.00

3. Alternator Kereta 1 RM RM 100.00

kancil 100.00

4. Tali sawat Berbentuk 1 RM RM 15.00

‘V’ 15.00

5. Takal Satu alur 2 RM RM 100.00

50.00

6. Suis 1 RM RM 10.00

10.00

7. Plug 3 soket 2 RM 5.00 RM 15.00

8. Power inverter 500 watt 1 RM RM 200.00

200.00

9. Bateri meter 1 RM RM 40.00

40.00

13
10. Voltmeter 1 RM RM 60.00

60.00

11. Kabel bateri 2 RM RM 20.00

10.00

12. Wayar 1 RM RM 30.00

gulung 30.00

13. Keluli 6 meter RM 50 RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 940.00

RM
ANGGARAN KOS
1497.50

Jadual 2.2 Jadual bahan-bahan serta harga

2.6 JENIS-JENIS BAHAN YANG DIGUNAKAN

BAHAN

Bahan – bahan yang digunakan dikaji kebolehtahanannya menanggung beban.

Selain itu, bahan yang digunakan mudah diperolehi dipasaran. Bahan – bahan yang

digunakan mestilah berkualiti tinggi supaya tidak mudah rosak.

2.6.1 MOTOR AC (MOTOR MESIN BASUH)

Arus ulang-alik (AC, juga AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang

arah alirannya berulang-alik, tidak seperti arus terus (DC atau AT), yang mana arah

14
alirannya adalah tetap. Bentuk gelombang yang lazim bagi arus AC adalah dalam

bentuk gelombang sinus, memandangkan ia menghasilkan satu bentuk penghantaran

elektrik yang paling cekap.

Motor arus ulang alik memberikan satu impedan yang tinggi kepada talian,

yang seterusnya akan menghadkan arus permulaan atau arus hidupan. Binaan asas

motor secara amnya serupa dengan penjana. Apabila bekalan elektrik di berikan

kepada gegelung, arus mula mengalir ke dalam gegelung dan menghasilkan

electromagnet. Elektromagnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet di

antara dua kutub. Kesan tindak balas ini akan menyebabkan gegelung berputar atas

prinsip cirri kemagnetan (kutub yang serupa menolak dan yang berlainan menarik).

Rajah 2.1 Motor Mesin Basuh

15
2.6.2 BATERI KERETA

Bateri kereta jenis bateri yang boleh dicas semula, bekalan tenaga elektrik ke

sebuah kereta. Biasanya ini merujuk pada sebuah bateri SLI (mulai, pencahayaan,

pembakaran) untuk menyalakan penghidup motor , lampu, dan sistem pengapian

kenderaan.

Rajah 2.2 Bateri Kereta

2.6.3 ALTERNATOR

16
Alternator adalah suatu peranti elektromekanikal yang mengubah tenaga

mekanik menjadi tenaga elektrik dalam bentuk arus ulang-alik. Kebanyakan

Alternator menggunakan medan magnet Alternator berputar tapi kadang kala

digunakan linier. Pada prinsipnya, generator elektrik AC pun boleh disebut

Alternator, kebiasaannya ia merujuk kepada enjin kecil yang berputar oleh otomotif

dan lain-lain enjin yang melibatkan pembakaran dalaman.

Ia juga dikenali sebagai janakuasa a.u , pengulangalik diubahsuaikan untuk

mengubahkan a.u, kepada a.t melalui alat khas yang di panggil pepasangan diod atau

penerus. Tugas utama pengulangalik ialah sebagai alat mengecas bateri dan

pembekal kuasa elektrik dalam system. Arus yang dihasilkan oleh pengulangalik

biasanya 30-10A, pada kelajuan kendalian normal dan 5-10A, ketika melahu.

17
Rajah 2.3 Alternator

2.6.4 POWER INVERTER

Inverter adalah sebuah alat yang mengubah arus elektrik searah (DC) kepada

arus ulang-alik (alternating current : AC) AC yang terhasil boleh di setiap

diperlukan voltan dan frekuensi dengan menggunakan transformator yang tepat,

pensuisan dan kawalan litar.

Rajah 2.4 Power

Inverter

18
2.6.5 PLUG SOKET

Plug soket kuasa hanyalah sebuah penyambung yang mempunyai tiga pin

penyambung yang akan menjadi kekuatan wadah. Masing-masing pin dalam tiga-pin

penyambung kuasa melayani tujuan yang berasingan, dan walaupun kadang-kadang

bisa datar pin mempunyai peranan mereka dipertukarkan, pin bulat, atau tanah,

melayani satu tujuan dan hanya digunakan dalam kes-kes di mana alat telah

berfungsi.

Rajah 2.5 Plug Soket

Bahagian atas dua pin daripada penyambung kuasa adalah hidup dan neutral

pin. Feed pin hidup menjadi alat kekuasaan sementara neutral kuasa yang tidak

terpakai pin menarik kembali kepada sumber elektrik, membuat litar tertutup untuk

kekuatan untuk mengalir melalui. Pin tanah berfungsi sebagai alat keselamatan yang

biasanya dihubungkan ke casing logam dari sebuah alat.

19
Jika berfungsinya alat dan casing logam menjadi elektrik, tanah akan

langsung pin voltan ke tanah yang aman sehingga pengguna tidak alat elektrik.Wayar

neutral (biru) yang diperlukan untuk mengaktifkan fungsi alat elektrik. Kawat bumi

(hijau / kuning) juga diperlukan untuk memastikan kebocoran arus tidak mengalir ke

konsumen.

2.6.5.1 Kaedah untuk menyambung 3 Pin Power Plug dan 3 Core Wire

1. Penyambungan harus dilakukan seperti yang ditunjukkan pada Gambar 1 di mana

semua kod warna perlu dipatuhi.

2. Pastikan semua skru di ketatkan dan wayar pengalir yang menyentuh satu sama

lain tidak berlebihan.

3. Pastikan 'cengkaman Cord' kawat pengikat digunakan untuk memastikan wayar

yang fleksibel.

2.6.6 VOLTMETER

Voltmeter digunakan untuk mengukur perbezaan potensi elektrik antara dua

titik dalam rangkaian listrik. Voltmeter analog memindahkan pointer melintasi skala

setanding dengan voltan daripada rangkaian; voltmeter digital memberikan paparan

berangka voltan dengan menggunakan analog-ke-digital. Voltmeter, serta ammeter

dan ohmmeter, direka dengan menggunakan pengesan arus yang sensitif.

20
Rajah 2.6 Voltmeter

2.6.6.1 Menyambung Voltmeter

Voltmeter boleh dihubungkan dengan dua kabel ke tempat voltan. Satu kawat

adalah positif, dan yang lainnya negatif. Dengan beberapa voltmeter, harusd

ipastikan bahawa kabel disambungkan: hubungan positif pada Voltmeter yang lebih

positif "bahagian" daripada sumber voltan, dan negatif yang lebih negatif "bahagian".
21
Dengan cara ini, Voltmeter sejajar dengan rangkaian elektrik.

2.6.7 SUIS

Dalam bidang elektronik, suis merupakan sejenis alat yang boleh

memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan

arah aliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain. Jenis suis yang paling lazim ialah

jenis kendalian elektromekanikal dengan satu atau lebih set sesentuh elektrik. Setiap

set sesentuh boleh jadi salah satu daripada dua keadaan - sama ada 'tertutup' yang

bermaksud kedua-dua sesentuh adalah bersentuhan dan membenarkan aliran elektrik,

ataupun 'terbuka' yang bermaksud sesentuh adalah berasingan dan tidak mengalirkan

arus elektrik.

22
Rajah 2.7 Suis “On” dan “Off”

Rajah 2.8 Simbol Suis

i. Sumber (sel kering)

ii. Beban (mentol)

iii. Pengawal (suis)

iv. Punca positif (wayar mereh)

v. Punca negatif (wayar hitam)

23
2.6.8 TALI SAWAT

Tali sawat diletakkan diantara takal pada motor mesin basuh dan takal alternator.

Tali sawat berfungsi untuk memutarkan takal pada kedua-dua motor dan alternator

apabila suis dihidupkan.

Rajah 2.9 Tali Sawat

2.6.9 KAPASITOR

Satu kapasitor atau kondenser ialah satu komponen elektrik pasif yang

mengandungi sepasang konduktor-konduktor yang dipisahkan oleh satu
24
dielektrik (penebat). Apabila satu beza keupayaan voltan berlaku merentasi

konduktor-konduktor, satu medan elektrik terhasil dalam dielektrik (penebat).

Medan ini menyimpan tenaga dan menghasilkan satu kuasa mekanikal

antara konduktor-konduktor tersebut. Kesan paling besar  berlaku apabila terdapat

satu pemutusan arus antara kawasan-kawasan didalam konduktor.

Satu kapasitor yang sesuai dan elok digunakan  adalah dicirikan oleh satu nilai

pemalar tunggal,kemuatan, yang diukur dalam unit “farads”. Ia merupakan nisbah

diantara cas elektrikpada setiap konduktor untuk mendapat beza keupayaan antara

didalam komponen-komponen konduktor-konduktor tersebut. Pada

praktiknya, penebat  kepingan merentasi sedikit arus terbuang.Konduktor-

konduktor akan menghasilkan satu rintangan bersiri setara dan penebat

yang mempunyai had kekuatan medan elektrik akan mengakibatkan satu penyahcas

voltan.Kapasitor digunakan dengan meluas dalam litar-litar elektronik bagi

menghalang aliran arus terus sementara membenarkan arus ulang-alik untuk

melaluinya, bagi menapis keluar gangguan serta memudahkan bekalan tenaga

pengeluaran.

25
Rajah 2.10 Kapasitor

Kondenser diletakkan pada motor mesin basuh untuk mengawal arus yang diterima

daripada serta tenaga yang dikeluarkan oleh motor tersebut.

2.7 LAKARAN PROJEK

2.7.1 Lakaran Litar Dan Kerangka

Rajah 2.11 Lakaran Litar

26
Rajah 2.12 Lakaran Kerangka

2.7.2 Rekabentuk projek

Rajah 2.13 Pandangan Hadapan

27
Rajah 2.14 Pandangan Sisi

Rajah 2.15 Pandangan Atas

2.8 RUMUS
28
Dalam melakukan kerja-kerja perlaksanaan projek penjana kuasa elektrik

berkuasa bateri ini terdapat teori-teori serta rumus-rumus yang harus dipatuhi untuk

mendapatkan ketepatan dan kejituan pada penjana tersebut.berikut adalah rumus-

rumus dan bahan-bahan yang digunakan dalam menyiapkan penjana ini:-

2.8.1 Rumus Tali Sawat V

2.8.2 Kekunci

TINGGI KELEGAAN

D− √ D 2 −W ²
Y=
2

JARAK LURAH KEKUNCI PADA SHAFT

H
S= D−Y −
2

2.8.2.1 Kedalaman Lurah Pada Kekunci

29
2.8.2.2 Panjang Kekunci

2.9 PENGOPERASIAN PROJEK

2.9.1 Membekalkan/menjana kuasa elektrik

Apabila suis dihidupkan arus elektik dari bateri akan mengalir ke power

inverter. Power inverter akan bertindak menukarkan arus DC kepada arus AC. Arus

AC itu kemudian diagihkan kepada suis dan plug dan boleh terus diguna sebagai

bekalan kuasa.

2.9.2 Pengecasan semula bateri

Apabila arus dari bateri dialirkan ke power inverter,ia juga mengagihkan arus

AC kepada motor (motor mesin basuh). Dalam keadaan ini motor akan berputar dan

memusingkan takal dan alternator yang disambungkan menggunakan tali sawat turut

akan berputar.Apabila alternator berputar ia akan mewujudkan medan magnet dan

menghasilkan arus seterusnya menyalirkan ia kepada bateri dan bateri akan dicas

semula.Voltmeter digunakan untuk membaca bacaan arus yang dialirkan.

30
31
BAB 3
METADOLOGI

32
3.0METADOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Dengan adanya carta alir perlaksanaan projek, sesuatu tugas atau kerja yang

ingin dilakukan secara berkumpulan akan dapat dilakukan dengan sepenuhnya. Carta

alir ini adalah penting kerana tanpa carta ini sesebuah kumpulan tidak dapat

melaksanakan sesuatu tugas atau projek itu dengan teratur, baik dan sempurna.

Dalam carta alir ini, pengagihan tugas dapat memudahkan lagi kerja-kerja

yang ingin dilakukan dan kerja yang lebih terancang dan tidak teratur kerana projek

yang akan kami jalankan memerlukan tugas dengan cermat dan terperinci. Ini adalah

kerana sekiranya ukuran atau kerja yang dilakukan tersilap maka bahan tersebut

mungkin tidak dapat digunakan dan kos umtuk membeli bahan akan bertambah.

Disamping itu setelah dapat mengetahui setiap kelemahan yang sedia ada

didalam projek yang bakal dilakukan.

33
KAEDAH PERLAKSANAAN PROJEK

Membuat analisa pada produk sedia ada iaitu penjana kuas

Membuat pengiraan dan pengukuran bagi mendapatkan kesesuaian setiap b

Memilih bahan dan peralatan yang bersesuaian unt

Membuat penambahbaikan dan


pengubahsuaian terhadap sistem penjana
kuasa elektrik yang sedia ada

34
Membuat lakaran untuk penjana kuasa elektrik yang direka.

Membina kerangka mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan didalam lakaran.

Membuat penyambungan komponen-komponen didalam litar penjana kuasa elektrik yang direka.

Memasang komponen-komponen penjana kuasa elektrik kedalam kerangka.

Membuat ujian ke atas penjana kuasa elektrik yang direka.

Bahan kerja siap dibina.

Jadual 3.1 Kaedah Perlaksanaan Projek

3.2 KONSEP REKABENTUK


35
Dalam menentukan rekabentuk bersesuaian terdapat beberapa aspek yang

perlu dibincangkan serta dilaksanakan dalam proses merekabentuk projek ini.

Perbincangan dibuat selepas beberapa idea awalan dikaji dan dipastikan akan

masalah yang mungkin dihadapi oleh projek ini sebelum proses kerja dilakukan.

Setelah mengenalpasti masalah dan kelemahan yang dihadapi,beberapa kajian telah

dilakukan berkaitan dengan projek ini.

Oleh yang demikian, beberapa rekabentuk telah dihasilkan dan kata putus

telah dicapai dan diambil daripada hasil perbincangan dan hasilnya adalah

rekabentuk yang ada sekarang.

3.3 CIRI-CIRI KESELAMATAN PADA MESIN

Bahagian – bahagian yang berputar seperti motor dan rantai dipasang satu

pelindung untuk mengelakkan berlaku kecederaan semasa mengendalikannya.

3.4 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

36
3.4.1 Cutter Grinder

Mesin ini digunakan untuk memotong bahan logam seperti batang besi (handle)

dan rod skru mengikut ukuran yang dikehendaki. Selain itu juga ia boleh dilaraskan

mengikut sudut potongan yang tertentu.

Rajah 3.1 Mesin

Pemotong

3.4.2 Portable Cutter Grinder

Mesin ini digunakan untuk memotong seperti memotong dan meratakan

permukaan. Ia juga digunakan untuk meratakan permukaan besi selepas dikimpal serta

membersihkan serpihan-serpihan kasar yang terdapat pada besi selepas proses

pemotongan dan proses menggerudi.

37
Rajah

3.2 Portable Cutter Grinder

3.4.3 Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan mengukur bahan kerja. yang ingin dipotong dan masa

proses melaksanakan projek.

Rajah 3.3 Pita Mengukur

3.4.4 Set Peralatan Kimpalan Arka

Terdiri daripada :

1. Mesin kimpalan Arka

2. Pemegang Elektrod

3. Pembumi

38
4. Elektrod

5. Peralatan Keselamatan

i. Pengadang Muka (welding Shield)

ii. Sarung Tangan mengimpal

Rajah 3.4 Mesin kimpalan arka dan elektrod

Digunakan untuk proses penyambungan kekal (Proses kimpalan arka). Proses

kimpalan ini menggunakan elektrod sebagai bahan pengalir untuk membuat

penyambungan.

3.5 PROSES PENANDAAN DAN PENGUKURAN

39
Proses utama dalam menjalankan kerja-kerja pembuatan adalah proses

penandaan dan pengukuran. Proses penandaan amat penting dalam sesuatu proses kerja

untuk mendapatkan ukuran yang tepat bagi memudahkan proses pemotongan. Kami

telah menggunakan beberapa peralatan seperti :

1. Pembaris keluli

2. Pita pengukur

3. Sesiku L

4. Angkup Vernier

5. Pensil Penanda / Penggarit

6. Penebuk pusat

Kesemua peralatan ini adalah untuk membuat penandaan setelah diukur dengan

ukuran yang dikehendaki. Selain itu, ia juga dapat membuat garis lurus yang selari untuk

proses pemotongan serta untuk mengambil ukuran yang dikehendaki supaya ia

mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

3.6 PROSES KERJA

Beberapa proses kerja perlu di jalankan dalam menghasilkan penjana

elektrik berkuasa bateri. Antara proses yang perlu dijalankan ialah proses

mengimpal, proses pemotongan, proses pengukuran, proses pemasangan dan proses

kemasan.

40
3.7 PROSES PEMOTONGAN

Apabila selesai proses penandaan dan pengukuran. Proses seterusnya ialah

melakukan kerja-kerja pemotongan. Kami menggunakan mesin pemotong lantai dan

mesin pemotong tangan untuk melakukan proses tersebut.Plat zink dipotong

mengikut saiz setiap bahagian kerangka.

3.8 PROSES MENGIMPAL KIMPALAN ARKA

Proses kimpalan arka adalah proses penyambungan kekal. Di sini proses

kimpalan akra digunakan untuk menyambung antara handle dan rod skru, bush dan nat,

dan akhir sekali rod skru.Setelah mendapatkan ukuran yang dikehendaki dan dibuat

penandaan, barulah proses mengimpal dijalankan. Untuk menjalankan proses ini

peralatan keselamatan amat penting untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Digunakan untuk proses penyambungan kekal (Proses kimpalan arka). Proses

kimpalan ini menggunakan elektrod sebagai bahan pengalir untuk membuat

penyambungan.

3.9 PROSEDUR KERJA

Proses semasa melakukan kimpalan:


41
1. Sebelum memulakan proses mengimpal langkah keselamatan perlu dititik

beratkan kerana ia mempengaruhi proses mengimpal. Sebagai contoh

memakai pakaian yang sesuai, memakai alat pelindung mata, sarung tangan

dan sebagainya.

2. Kemudian pastikan keadaan tempat kerja berada dalam keadaan yang selamat

sebelum memulakan proses mengimpal.

3.10 PROSES MEMBINA RANGKA/BADAN PROJEK

Dalam membina rangka generator power inverter ini terdapat beberapa jenis

proses pemasangan/pencantuman yang digunakan untuk menyambung bahan-bahan

kerangka projek. Antara prose yang diguna pakai ialah rivet, welding, skru dan nat.

Proses pemasangan ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Membina kerangka teras

2. Memasang dinding dan pintu projek

3. Memasang roda pada tapak projek

3.10.1 Membina kerangka teras.

Bagi membina kerangka projek ini keluli biasa berbentuk angel bar digunakan

sebagai rangka teras. Keluli angle bar diukur menggunakan pita pengukur dan

ditanda mengguna penggarit kepada beberapa bahagian masing-masing berukuran

42
70cm x 8batang dan 50cm x 4batang dan kemudian dipotong menggunakan mesin

dahulu pencanai.

Keluli angle bar yang telah siap dipotong kemudiannya disambung dan dicantumkan

bagi membentuk satu kerangka besi berbentuk kuboid. Dalam proses pencantuman

ini kaedah kimpalan arka dan kimpalan gas digunakan bagi mendapatkan sambungan

kerangka yang kukuh.

Langkah-langkah kerja penyambungan :

1. Bahagian tapak dikimpal terlebih dahulu

Rajah 3.5 Kimpal paku

dibuat

2. Tiang kerangka kemudian dikimpal di keempat-empat bahagian

43
Rajah 3.6 Tiang kerangka

3. Sesiku L digunakan untuk memastikan setiap tiang berkedudukan 90 darjah

Rajah 3.7 Mengukur sudut

4.Bahagian atas kerangka iaitu tempat prospek diletakkan dikimpal

44
Rajah 3.8 Bahagian atas dikimpal

5. Semua bahagian dikimpal supaya lebih kukuh

Rajah 3.9 Setiap temu

dikimpal

3.10.2 Memasang dinding dan pintu projek.

45
Bagi membentuk dinding kerangka ini, plat aluminium dan plat plastik

transparent digunakan. Plat aluminium dipotong mengikut ukuran 70cm x 50cm

sebanyak 5pcs. Plat aluminium ini kemudian akan disambung pada kerangka teras

menggunakan kaedah merivet. Plat plastik pula digunakan untuk membuat pintu di

sebelah atas kerangka ini. Plat plastik disambungkan dengan kerangka menggunakan

engsel dan skru. Kemudian tombol diskrukan pada plat plastik ini bagi memudahkan

ia dibuka dan di tutup.

Langkah-Langkah Kerja Pemasangan :

1. Setiap bahagian sisi kerangka ditebuk menggunakan “hand drill”

Rajah 3.10

Lubang pertama ditebuk

2. Plat Aluminium dipasang di setiap bahagian kerangka.

3.10.3 Memasang roda/tayar pada tapak projek.

46
Roda/tayar troli berdiameter 8 inci di skrukan pada tapak kerangka projek ini

menggunakan skru dan nat bagi memudahkan projek ini usung/dibawa ke tempat

yang dikehendaki.

3.11 PROSES MEMASANG BAHAGIAN PENGOPERASIAN PROJEK.

Proses untuk membina bahagian pengoperasian projek ini termasuklah kerja-

kerja pemasangan motor dan alternator, pemasangan bateri, power inverter dan plug.

Penyediaan tapak bagi motor, alternator, bateri, power inverter dibuat mengikut

spesifikasi dan ukuran yang di tetapkan. Kemudian motor, alternator, bateri di

tempatkan pada tapak yang telah disediakan dan diskrukan bagi mengelak ia

daripada bergerak atau teralih.

Penyediaan tapak :

1.Tapak untuk motor dan alternator serta tapak untuk komponen bateri dikimpal.

47
Rajah 3.11 Tapak

alternator dan motor

2.Tapak untuk bateri, motor serta alternator setelah dikimpal,kerja mengisar

dilakukan bagi melicin dan mencantikkan bahagian-bahagian yang dikimpal

Rajah 3.12 “Hand Grinder” digunakan utk kerja pelicinan

3. Tapak yang telah siap.

48
Rajah 3.13 Tapak komponen

Langkah-langkah pemasangan komponen-komponen pada kerangka :-

1. Pengukuran jarak diantara motor mesin basuh serta alternator diukur bagi

mendapat jarak yang dikehendaki.Jarak yang sesuai akan memudahkan

pemasangan tali sawat pada kedua-dua takal pada kedua-dua komponen tersebut.

Rajah 3.14 Tapak alternator

49
Rajah

3.15 Kedudukan motor dan alternator

Selepas alat-alat pengoperasian dipasang, penyambungan litar dan pemasangan

alatan tambahan dilakukan seperti berikut:-

1. Dimulakan dengan penyambungan wayar daripada bateri yang bercas positif

kepada meter.

2. Bateri yang bercas positif dan negatif disambungkan kepada power invertor

supaya dapat mengalirkan arus dapat menukar ke arus ulang-alik.

3. Wayar pada power invertor disambungkan kepada plug.

4. Kemudiannya kepada motor supaya meggerakkan takal. Tali sawat dipasangkan

diantara takal pada motor dan alternator.

5. Wayar dipasang pada alternator dan disambungkan kepada bateri yang bercas

negatif supaya arus yang digunakan dapat dicas semula.

50
3.12 LANGKAH KESELAMATAN

3.12.1 Keselamatan diri sendiri

1 Pakai pakaian bengkel yang sesuai.

2 Pakai kasut yang mempunyai pelindung yang sesuai.

3 Gunakan pelindung mata.

4 Jangan pakai barang-barang perhiasan.

5 Jangan bergurau ketika melakukan kerja.

6 Rambut mesti pendek dan kemas.

7 Pakai sarung tangan jenis kulit jika membuat kerja-kerja kimpalan, proses

tindakan haba, proses menempa dan proses tuangan.

8 Sentiasa berhati-hati semasa melakukan kerja mengimpal.

3.12.2 Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin.

1 Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan alat

pelindung.

2 Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan.

3 Setiap mesin mestilah mempunyai sistem pembumian yang sempurna bagi

mengelakkan sebarang bahaya elektrik.

4 Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau (putuskan litar) yang

boleh mengakibatkan kebakaran.

5 Elakkan menyentuh dan memegang benda-benda yang tajam.

51
6 Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak

digunakan.

7 Buat laporan kepada penyelia bengkel jika ada alat-alat keselamatan yang

dikeluarkan daripada rak tempat menyimpan

52
BAB 4
PENYELESAIAN

53
4.0 PENYELESAIAN

4.1 PENGIRAAN

4.1.1 Panjang Tali Sawat

Rumus

( D−d ) ²
L=2 C+ 1.57( D+d )+
4C

L = panjang pic talisawat


C = jarak titik tengah
D = diameter pic takal besar
d = diameter pic takal kecil

Pengiraan

C = 500 mm

D = 210 mm

d = 150 mm

+ ( 210−150 ) ²
L = 2(500) + 1.57( 210 + 150 )
4(500)

L = 1000 + 565.2 + 1.8

L = 1567 mm

54
1567
L=
25.4

L = 61.69 Inch, dibulatkan menjadi 62 inch

Jadi ukaran V-Beltnya 62 inch

4.1.2 Pengiraan Kekunci

4.1.2.1 Kelegaan Untuk Kekunci

Formula

D− √ D 2 −W ²
Y=
2

Pengiraan

24−√ 24 2−6.35²
Y=
2

24−√ 576−40.32
Y=
2

24−23.14
Y=
2

Y = 0.43mm.

4.1.2.2 Jarak Lurah Kekunci Pada Shaft

FORMULA

H
S= D−Y −
2

PENGIRAAN

55
6.35
S=24−0.43−
2

S=20.395mm .

4.1.2.3 Kedalaman Lurah Kekunci Pada Hub

FORMULA

H
T =D−Y + +C
2

PENGIRAAN

6.35
T =24−0.43+ + 0.127
2

T =26.872 mm .

4.1.2.4 Panjang Kekunci

FORMULA

4 TN
L=
DWSy

L = Panjang Kunci

56
T = Kuasa

N = Pemalar

D = Diameter

W = Lebar

S = Kekuatan Bahan Yang Dikunci

PENGIRAAN

4 (334.98 ) (3)
L=
( 24 )( 6.35 ) (351.64)

L=0.075mm .

Rajah 4.1 Kekunci

57
4.2 PERLAKSANAAN PROJEK

Bagi memenuhi kriteria mata pelajaran semester enam, projek semester ini

mestilah dilaksanakan bagi mencapai dan memenuhi mata pelajaran bagi

melengkapkan jumlah kredit pada semester enam. Subjek ini mempunyai waktu dan

masa perlu diperuntukkan sendiri sehingga akhir. Proses bagi menyiapkan projek ini

adalah dilakukan dalam tempoh yang yang ditetapkan. Kerja-kerja ini dilakukan

diperingkat awal hinggalah ke peringkat penambahbaikan. Selain itu, penggunaan di

luar masa pengajian bagi menampung masa untuk menyiapkan projek ini juga

dilakukan.

4.3 PERBINCANGAN

Setelah berjaya menyiapkan projek ini, perbincangan telah diadakan dengan

bertujuan untuk mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan masalah projek

yang telah dijalankan. Ianya adalah untuk memastikan bahawa objektif projek dapat

dicapai dengan sepenuhnya ataupun memastikan objektif-objektif yang dikehendaki

berada pada tahap yang mampu dilaksanakan.

Perbincangan seperti ini adalah sangat penting kerana pelajar dapat bersedia

dengan lebih awal lagi untuk menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan oleh

pensyarah-pensyarah semasa pembentangan projek dijalankan. Selain itu, pelajar

boleh menjangkakan soalan-soalan yang berkemungkinan akan ditanya oleh

58
pensyarah seperti proses kendalian, kompenen-kompenen yang digunakan dan

kebaikan peralatan projek yang telah digunakan.

Secara keseluruhanya, perbincangan ini akan melibatkan pihak-pihak yang

berkaitan seperti penyelaras projek, bengkel berkaitan dan ahli kumpulan. Dengan

nasihat yang dibekalkan serta maklumat yang diperolehi semasa perbincangan

dilakukan, maka dapatlah pelajar menjayakan projek ini dalam jangka waktu yang

ditetapkan.

4.3.1 Perbincangan Dengan Penyelaras

Perbincangan dengan penyelaras projek telah dijalankan oleh semua pelajar

mekanikal untuk mendapatkan maklumat yang terkini didalam pelaksanaan untuk

menjalankan projek semester lima ini. Penyelaras yang telah membimbing projek

bagi semester enam ialah En. Imran bin Ismail

Perbincangan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui syarat-

syarat yang telah ditetapkan semasa melaksanakan projek. Tujuannya adalah untuk

memastikan tajuk yang dilakukan oleh pelajar tidak terkeluar dari topik atau had

yang telah ditetapkan dan bersangkutan dengan teori-teori dan teknikal yang telah

dipelajari selama berada di politeknik. Selain itu, penyelaras juga mengadakan

59
taklimat mengenai penulisan projek atau sebarang penukaran format bagi penulisan

projek.

BAB 5
60
CADANGAN

5.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

61
Mengubah beberapa komponen didalam penjana kuasa elektrik berkuasa

bateri ini supaya dapat menjana kuasa yang lebih untuk penggunaan peralatan

elektrik yang memerlukan bekalan kuasa yang tinggi seperti televisyen,mesin basuh

dan peti ais.

5.2 KESIMPULAN

Daripada hasil kajian yang dijalankan, terbukti produk ini diperlukan pada

masa akan datang kerana ia dapat mengurangkan kos harga minyak yang semakin

meningkat serta dapat mengelakkan berlaku pencemaran. ‘RECHARGEABLE

GENERATOR’ merupakan satu alternatif baru dalam industri mekanikal.

Untuk melaksanakan sesuatu projek bukanlah suatu perkara yang mudah

kerana terpaksa membuat pemilihan yang bersesuaian dengan kehendak orang ramai

dan peredaran zaman serta memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Perancangan yang sempurna dan baik perlulah dilaksanakan sebelum membuat

projek ini. Setelah mengkaji dari semua aspek maka terhasilnya

‘RECHARGEABLE GENERATOR’.
62
Penggunaan penjana kuasa elektrik ini dapat menangani masalah kos iaitu

penggunaan minyak sebagai sebagai punca kuasa dan kesukaran ketika

menghidupkan penjana kuasa elektrik yang sedia ada.

RUJUKAN/BIBLIOGRAGFI

1. www.motor ac system.com

2. www.basic motor system.com

3. www.welding.arka.com

4. Buku Pengendalian Generator Diesel “Cummins Diesel Engine”

5. Modul Rekabentuk Kejuruteraan Politeknik Port Dickson

63
LAMPIRAN

64
Gambarajah “Rechargeable Generator” Yang Telah Siap

Rajah 6.1 Pandangan Hadapan

65
Rajah 6.2 Pandangan Sisi

Rajah 6.3 Pandangn Atas

66

You might also like