You are on page 1of 8

Bila & Bagaimana al-Quran Diturunkan?

http://an-nawawi. blogspot. com

Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah di mana Allah telah


memuliakannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan memilihnya
sebagai bulan diturunkannya al-Quran ˜Azhim. Keistimewaan ini diberikan oleh
Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya
(maksudnya),
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan
menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil). (Surah al-Baqarah,
2: 185)
Begitu juga sebagaimana dinyatakan di dalam hadis Rasulullah Shalallahu alaihi
wa Sallam bahawa bulan ramadhan merupakan bulan di mana Kitab-kitab
Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi alaihimus Salaam.
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa,
bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya),
Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan
Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil
diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Quran diturunkan
pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan. (Hadis Riwayat Ahmad dan
turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahiihul
Jaami hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran
2: 185)
Melalui hadis ini juga diperjelaskan kepada kita bahawa al-Quran mula
diturunkan pada hari ke dua puluh empat (24) di bulan Ramadhan.
Allah menurunkan al-Quran kepada Rasul kita Muhammad Shallallahu alaihi wa
Sallam demi untuk membimbing manusia. Turunnya al-Quran merupakan
peristiwa besar yang sekaligus menyatakan tinggi kedudukannya bagi penghuni
langit dan bumi. Turunnya al-Quran pertama kali jatuh pada lailatul Qadr (malam
al-Qadr) yang mana merupakan pemberitahuan kepada alam samawi yang
dihuni oleh para malaikat berkaitan kemuliaan umat Muhammad. Di mana umat
ini telah dimuliakan oleh Allah dengan risalah barunya agar menjadi umat yang
paling baik yang dikeluarkan bagi manusia. Turunnya al-Quran yang seterusnya
secara beransur-ansur, berbeza dengan kitab-kitab yang turun sebelumnya,
sangat mengejutkan orang dan menimbulkan keraguan terhadapnya sebelum
jelas bagi mereka rahsia hikmah Ilahi yang ada di balik itu. Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam tidak menerima risalah besar ini dengan cara
sekaligus, dan kaumnya yang sombong dan berhati keras turut dapat ditawan
(dilunakkan) dengannya. Antara hikmah wahyu ini turun secara beransur-angsur
adalah demi menguatkan hati Rasul dan menghiburnya relevan dengan
peristiwa dan kejadian-kejadian yang mengiringinya sehingga Allah
menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmat-Nya.
Turunnya al-Quran Dengan Sekaligus
Allah Subhanahu wa Taala berfirman melalui kitab-Nya yang mulia
(maksudnya),
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan
menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil). (Surah al-Baqarah,
2: 185)
Dan firman-Nya,
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan
(malam al-Qadr). (Surah al-Qadr, 97: 1)
Juga,
Dan al-Quran telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia dan Kami menurunkannya
bahagian demi bahagian. (Surah al-Isra, 17: 106)
Ayat-ayat di atas tidaklah saling bertentangan, kerana malam yang diberkahi
dalam bulan Ramadhan itu adalah Lailatul Qadr. Jadi, di sini dapat difahami
bahawa al-Quran diturunkan ketika malam al-Qadr iaitu di dalam bulan
Ramadhan. Tetapi zahir ayat-ayat itu yang bertentangan dengan situasi
kehidupan Rasulullah, di mana al-Quran turun kepadanya selama dua puluh tiga
tahun. Dalam perkara ini, para ulama terbahagi kepada dua mazhab (pendapat)
utama:
1 Mazhab (pendapat) Yang Pertama,
Pendapat Ibnu Abbas dan sejumlah ulama, kemudian dipegang oleh jumhur
ulama, bahawa Yang dimaksudkan dengan turunnya al-Quran dalam ayat-ayat
di atas ialah turunnya al-Quran secara sekaligus ke Baitul ˜Izzah di langit dunia
untuk menunjukkan kepada para malaikat-Nya bahawa betapa agongnya
persoalan ini. Selanjutnya al-Quran diturunkan kepada Nabi Shallallahu alaihi
wa Sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun bersesuaian
dengan peristiwa-peristiwa yang mengiringinya bermula dari beliau diutus
sehinggalah wafatnya. Selama tiga belas tahun beliau tinggal di Makkah, dan
selama itu jugalah wahyu turun kepadanya. Selepas hijrah, beliau tinggal di
Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat dalam usia enam puluh tiga tahun.
Pendapat ini adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih dari Ibnu
Abbas. Di antara riwayat-riwayat yang dimaksudkan adalah,
i - Ibnu Abbas radhiyallahu anhu berkata, Al-Quran diturunkan sekaligus ke
langit dunia pada lailatul Qadr (malam al-Qadr). Kemudian setelah itu, ia
diturunkan selama dua puluh tahun. (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi, dan
an-Nasai) kemudiannya dia membacakan;
Dan mereka (orang-orang kafir) tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata
yang ganjil (untuk menentangmu) , melainkan Kami datangkan kepadamu suatu
yang benar dan sebaik-baik penjelasan. (Surah al-Furqon, 25: 33)
Dan al-Quran telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia dan Kami menurunkannya
bahagian demi bahagian. (Surah al-Isra, 17: 106)
ii - Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Abbas radhiyallahu anhu ia berkata, Al-Quran
itu dipisahkan dari adz-Dzikr, lalu diletakkan di Baitul Izzah di langit dunia. Maka
Jibril mula menurunkannya kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam. (Hadis
Riwayat al-Hakim)
iii Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu ia berkata, Allah
menurunkan al-Quran sekaligus ke langit dunia, pusat turunnya al-Quran secara
beransur-ansur. Lalu, Allah menurunkannya kepada Rasul-Nya bahagian demi
bahagian. (Hadis Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi)
iv - Menurut Ibnu Abbas, al-Quran diturunkan pada lailatul Qadr (malam al-
Qadr) pada bulan Ramadhan ke langit dunia secara sekaligus; lalu ia diturunkan
secara berangsur-angsur. (Hadis Riwayat ath-Thabrani)
2 - Mazhab (pendapat) Yang Kedua,
Iaitu yang diriwayatkan oleh asy-Syabi (seorang Tabiin besar, wafat 109H)
bahawa yang dimaksudkan dengan turunnya al-Quran dalam ayat-ayat di atas
ialah permulaan turunnya al-Quran itu bermula pada lailatul Qadr (malam al-
Qadr) di bulan Ramadhan, yang merupakan malam yang diberkahi (malam
kemuliaan). Kemudian selepas itu ia diturunkan secara beransur-ansur
bersesuai dengan kepalbagaian peristiwa yang mengiringinya selama kurang
lebih dua puluh tiga tahun. Dengan yang demikian, al-Quran diturunkan hanya
dengan satu cara sahaja, iaitu turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam, dan yang demikian inilah yang dinyatakan di dalam
al-Quran,
Dan al-Quran telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya
bahagian demi bahagian. (Surah al-Isra, 17: 106)
Orang-orang musyrik yang diberi tahu bahawa kitab-kitab samawi terdahulu
turun sekaligus, menginginkan al-Quran juga turut diturunkan dengan sekaligus,
Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan al-Q uran itu
kepada Muhammad semuanya secara sekaligus? al-Quran diturunkan dengan
cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan (meneguhkan)
hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya
kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka tidak membawa kepadamu
sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan
kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis
segala yang mereka katakan itu). (Surah Al-Furqan, 25: 32-33)
Keistimewaan bulan Ramadhan dan lailatul Qadr yang merupakan malam yang
diberkahi itu tidak akan tampak (dilihat) oleh manusia kecuali yang dimaksudkan
oleh ayat- ayat di atas, iaitu turunnya al-Quran kepada Rasulullah. Yang
demikian ini bersesuaian dengan apa yang terdapat di dalam firman Allah
mengenai perang badar,
Dan (beriman kepada) apa yang kami turunkan kepada hamba Kami
(Muhammad) di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas
segala sesuatu. (Surah al-Anfal, 8: 41)
Perang Badar terjadi dalam bulan Ramadhan. Perkara ini diperkuatkan pula
oleh hadis yang dijadikan pegangan para peneliti dan pengkaji, tentang hadis
awal turunnya wahyu.˜Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata,
Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah, ialah mimpi yang benar
di waktu tidur. Setiap kali bermimpi, dia melihat apa yang datang bagaikan
cahaya terang di pagi hari. Kemudian dia lebih suka menyendiri. Dia pergi ke
Gua Hira untuk bertahannuts beberapa malam dan untuk itu dia membawa
bekal. Kemudian kembali ke rumah Khadijah Radhiyallahu anhu sehingga
datanglah kebenaran kepadanya sewaktu berada di Gua Hira. Malaikat datang
kepadanya dan berkata; Bacalah. Muhammad berkata; Aku tidak tahu
membaca. Lalu dia memegang dan merangkulku sehingga aku sesak nafas,
kemudian dia melepaskan aku, lalu berkata lagi; Bacalah. Aku menjawab, Aku
tidak tahu membaca. Lalu dia merangkulku untuk yang kedua kalinya sehingga
aku sesak nafas, lalu dia melepaskan aku, lalu berkata, Bacalah. Aku
menjawab, Aku tidak tahu membaca. Lalu dia merangkulku untuk ketiga kalinya
sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya;
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan, sehingga
dengan apa yang belum diketahuinya (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Para peneliti menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam pada
mulanya diberi tahu dengan mimpi pada bulan kelahirannya, iaitu bulan Rabiul
Awwal. Masanya enam bulan. Kemudian ia diberi wahyu dalarn keadaan sedar
(jaga) pada bulan Ramadhan dengan turunnya Iqra (dari surah al-Alaq). Dengan
demikian, maka nash-nash yang terdahulu itu menunjukkan kepada satu
pengertian.
3 Mazhab (pendapat) Yang Ketiga,
Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada dua puIuh tiga malam kemuliaan
(Lailatul Qadr), yang pada setiap malamnya selama malam-malam kemuliaan
itu ada yang ditentukan Allah untuk diturunkan pada setiap tahunnya. Dan
jumlah untuk masa satu tahun penuh itu kemudian diturunkan secara beransur-
ansur kepada Rasulullah sepanjang tahun. Madzhab ini adalah hasil ijtihad
sebagian mufassirin. Pendapat ini tidak mempunyai dalil.
Adapun madzhab kedua yang diriwayatkan dari asy-Syabi, dengan dalil-dalil
yang sahih dan dapat diterima, tidaklah bertentangan dengan mazhab
(pendapat) yang pertama yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas.
Pendapat yang kuat ialah: al-Quran al-Karim itu diturunkan melalui dua fasa,
Fasa Pertama: Diturunkan sekaligus pada malam al-Qadr (Lailatul Qadr) di
bulan Ramadhan ke Baitul Izzah di langit dunia.
Fasa Kedua: Diturunkan dari langit dunia ke bumi secara beransur-ansur
selama dua puluh tiga tahun.
Imam al-Qurthubi rahimahullah menukilkan riwayat dari Muqaatil bin Hayyan
berkenaan adanya ijma tentang turunnva al-Quran sekaligus dari Lauhul
Mahfuzh ke Baitul Izzah di langit dunia. Ibnu Abbas menafikan adanya
percanggahan di antara ketiga ayat di atas berkenaan dengan turunnva al-
Quran dan fakta kehidupan Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam. Al-Quran itu
sememangnya turun selama dua puluh tiga tahun di bulan-bulan selain
Ramadhan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia pernah ditanya oleb Athiyah bin
al-Aswad, katanya, Dalam hatiku terjadi keraguan berkenaan firman Allah,
Bulan Ramadhan itu ialah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, dan
firman Allah, Sesungguhnya Kami rnenurunkannya pad lailatul Qadr. Padahal
al-Quran itu ada yang diturunkan pada bulan Syawwal, Dzulqaedah, Dzuihijjah,
Muharram, Shafar dan Rabiui Awwal. lbnu Abbas menjawab, “Al-Quran
ditununkan pada lailatul Qadr sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-
ansur, sedikit demi sedikit dan terpisah-pisah serta perlahan-lahan di sepanjang
bulan dan hari. (Hadis Riwayat Ibnu Mardawaih dan al-Baihaqi dalam Kitab al-
Asma wa ash-Shifat)
Para ulama mengisyaratkan berkenaan beberapa hikmah terhadap fenomena
penurunan al-Quran di antaranya adalah demi menyatakan kebesaran al-Quran
dan kemuliaan orang yang kepadanya al-Quran diturunkan. Kata Imam as-
Suyuthi, Dikatakan bahawa rahsia diturunkannya al-Quran dengan sekaligus ke
langit dunia adalah untuk memuliakannya dan memuliakan (kelompok) yang
kepadanya al-Quran diturunkan; memberitahukan kepada penghuni tujuh langit
bahawa al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada Rasul terakhir
demi kemulian umat manusia. Kitab tersebut kini telah di ambang pintu dan
akan segera diturunkan kepada mereka. Seandainya tidak ada hikmah Ilahi
yang menghendaki disampaikan al-Quran kepada mereka secara beransur-
ansur bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi, tentulah ia
diturunkan ke bumi sekaligus seperti halnya kitab-kitab yang diturunkan
sebelumnya. Tetapi Allah membezakannya dari kitab-kitab yang sebelumnya.
Maka dijadikanlah dua ciri tersendiri; diturunkan secara sekaligus, kemudian
diturunkan secara bertahap-tahap demi untuk menghormati orang yang
menerimanya.
As-Sakhawi mengatakan dalam Jamal al-Qurra, Turunnya al-Quran ke langit
dunia sekaligus itu menunjukkan suatu penghormatan kepada keturunan Adam
di hadapan para malaikat serta pemberitahuan kepada mereka betapa perhatian
Allah dan rahmat-Nya kepada manusia. Dalam pengertian inilah Allah
memerintahkan tujuh puluh ribu malaikat untuk mengawal surat al-Anam,
Ibnu Abbas menyatakan, Surah al-Anam itu turun di Makkah sekaligus di waktu
malam. Ia diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat yang bertasbih. (Diriwayatkan
oleh ath-Thabrani dan Abu Ubaid dalam Fadhail al-Quran) dan dalam
pengertian ini pula Allah memerintahkan Jibril agar memerintahkan kepada para
malaikat pencatat yang mulia, menuliskan dan membacakannya kepadanya.
(Lihat juga, al-Itqan, 1/40, 41)
4 “ Mazhab (pendapat) Keempat,
Ada juga sebahagian ulama yang berpandangan bahawa al-Quran turun
pertama-tama kalinya secara berangsur-ansur ke Lauh Mahfuzh berdasarkan
firman Allah Taala, Tidak lain ia adalah al-Quran yang mulia, di Lauh Mahfuth..
Kemudian setelah itu ia turun dari Lauh Mahfuz secara serentak seperti itu ke
Baitul ˜Izzah. Selanjutnya, ia turun sedikit demi sedikit. Dengan demikian, ini
bererti ia turun melalui tiga tahap (fasa).
Dan perkara ini tidaklah bertentangan dengan yang sebelumnya yang telah
ditarjihkan. Bagairnanapun juga al-Quran al-Karim sudah ada dalarn Lauh
Mahfuzh meliputi semua urusan ghaib yang sudah ditetapkan di dalamnya. Dan
al-Quran turun sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul Izzah dari langit dunia
(sebagaimana riwayat dari Ibnu Abbas) pada lailatul Qadr, malam yang penuh
berkah di bulan Ramadhan. Ini adalah kerana tidak ada yang menghalangi
turunnya al-Quran secara sekaligus, bermula dari turunnya kepada Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam secara beransur-ansur dalam satu malam. Dengan
demikian, tidak ada pertentangan di antara kepelbagaian pendapat ini jika
dikecualikan mazhab ketiga yang tidak ada dalilnya.

an-Nawawi
YM: nawie83@yahoo. com
http://groups. yahoo.com/ group/PMH- UiTM  
http://www.geocitie s.com/nawie83
http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. com
http://an-nawawi. blogspot. com
http://bahaya- syirik.blogspot. com
http://fiqh- sunnah.blogspot. com

__._,_.___

You might also like