You are on page 1of 3

3.

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh

dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Perpaduan di kalangan rakyat merupakan tunjang kemakmuran negara .Malaysia, yang

terdiri daripada masyarakat majmuk, memberi penekanan pada perpaduan dalam

kalangan rakyat. Perpaduan yang menjamin kegemilangan sesebuah negara. Perpaduan

dapat diperkukuh dan dikekalkan melalui pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah

sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum.

Sambutan perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai,

Krismas dan sebagainya membawa makna yang mendalam dalam hati setiap

warganegara. Kita sebagai rakyat Malaysia amat berbangga kerana dapat menyambut

kesemua perayaan tersebut dengan semangat “ Satu Malaysia” sambutan setiap perayaan

memberi peluang untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Kita

sebagai rakyat Malaysia dapat menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

melalui sambutan perayaan kita. Sambutan ini juga menjadikan kita berbangga dengan

sejarah negara.

Semangat setia negara semakin kental dalam hati setiap warga Malaysia.

Sambutan perayaan pelbagai kaum bertambah meriah dengan tradisi “Rumah terbuka”.

Amalan ‘rumah terbuka’ menjalinkan hubungan mesra di kalangan rakyat.

Perasaan cinta akan bangsa dan negara bertambah kukuh di kalangan rakyat. Kita juga

menjadi rakyat yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Maka, kita haruslah

bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

1
Tambahan pula, semangat kekitaan dapat dipertingkatkan melalui sambutan

perayaan tradisi pelbagai kaum. Kita berpeluang mengunjung rumah rakan – rakan kita

apabila mereka menyambut perayaan mereka. Masyarakat yang bersatu padu, harmoni

dan bertolak ansur dapat dibentuk melalui sambutan tersebut . Kita juga belajar

menghormati tradisi , budaya dan kepercayaan bangsa – bangsa lain. Sikap ini

memperkukuh persefahaman di kalangan rakyat dan meningkatkan bermuafakatan.

Sejurus itu, kita menjadi masyarakat yang lebih berdisiplin. Persefahaman yang

kita perolehi melalui sambutan perayaan tradisi membuat kita berkelakuan sopan,

bertatasusila dan berhemah tinggi. Kita juga berlaku adil dan bertimbangrasa di antara

satu sama lain.

Nilai – nilai positif yang diamalkan melalui sambutan perayaan tradisi

melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kemakmuran negara.

Kita lebih berusaha dan produktif untuk membentuk negara yang maju. Warga Malaysia

bertekad untuk menghadapi cabaran – cabaran dari segi ekonomi politik. Rakyat akan

turut menyumbang dan menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan negara.

Pendek kata, sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum di Malaysia menyumbang

kearah kesejahteraan dan perpaduan. ‘Bukit sama di daki , lurah sama dituruni’. Bersama

-sama kita dapat membentuk suatu masyarakat yang bersatupadu demi melahirkan negara

bangsa.

REVATY/KK SEJARAH/3-O/2010

2
3

You might also like