perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaranHippocrates. Ilmu perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagaisumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa.Sumbangan Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbataspada penterjemahan karya-karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimiadan materia medika. Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagipusat-pusat perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-lain. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islampada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mulabertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
PENGENALAN ILMU PERUBATAN ISLAM
Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammads.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam. Sebelumkedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri.Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidangperubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.Adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi apabila umat Islam telahmemberikan sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang terutamadaripada sudut intelektualisme serta sains dan teknologi ketika masyarakat dunia,khususnya masyarakat Barat masih berada di era kegelapan antara kurun ke-7 hinggake-13 dan era penemuan antara 1400M hingga 1600M. Islam adalah cara hidup yangbersifat syumul dan bukannya fahaman agama yang sempit sentiasa menyarankanumatnya membina kehidupan yang sejahtera, selesa dan sihat selain daripadamenyediakan asas, falsafah dan hukum yang berkaitan dengan kesihatan, penjagaankesihatan dan pemakanan.Perubatan islam berasaskan falsafah, konsep dan prinsip datang daripada AllahS.W.T. dan Allah yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya. Ajal dan mautadalah di tangan Allah. Di samping ubat dan rawatan yang ada di muka bumi ini, doadan ayat Al-Quran menjadi penawar untuk menyembuhkan penyakit. Setiap penyakit
4