Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kepimpinan Islam Di Malaysia

Kepimpinan Islam Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 33 |Likes:
Kepimpinan modul PTK
Kepimpinan modul PTK

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on May 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

09/01/2010

 
1
KEPIMPINAN
Pendahuluan
Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telahmengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkaitdengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambilperanan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatanhidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya.1Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yangmenyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islambukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitupelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan,bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala ataumemuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadapsesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa.Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukansuatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberiperanan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dankepentingan manusia.Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asaspemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi,politik dan sebagainya.Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan,Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewaseperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yangMaha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul,Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikutioleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalamrukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.2Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme danHinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenalidan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukansejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.3Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearahmenenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telahmemperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalammasyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripadaunsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada
 
2
zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu Islammengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasikepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam danmistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-keduaaspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu.Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dansebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikalsebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alamMelayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga menghapuskansemangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alamMelayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam.6Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistemfeudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan padazaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistemkesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripadapenjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja.Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan denganadil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah,membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.7Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenianMelayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupunseni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.8
Kepimpinan Yang Menyeluruh
Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan olehpemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskanproses interaksi antara kedua belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islamdilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang memainkan peranannyaberasaskan penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui prosesinteraksi yang tertentu.Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mulakedatangannya lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yangmeluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan menyeluruh.Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjayamenubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia,masyarakat dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka pada awalabad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruhsemenanjung, begitu juga ke Sabah dan Sarawak.11
 
3
Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama.Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun1511 M. Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalamaspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-aspek yang laintermasuk pendidikan dan tamadun.Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan perananpemimpin di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agamadalam konsepnya yang sempit.Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya TanahMelayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkankembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapisdari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinanberasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan Islam kekal ditakok lama iaitu berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaandalam konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu terpinggir dan tidaktermasuk dalam "arus perdana".Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telahmeletakkan Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusankenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah mempengaruhi corakumum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan menyukarkan kepimpinanIslam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya.Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapidiperkukuhkan lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yangkomited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan dinegara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina benteng pemisah antaraIslam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa yangdiamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam danperlu dijauhi.
Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam
Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampaisesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnyapada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikankepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untukkembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju daripadacita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada.Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikankepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagaialiran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan yang mahu

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->