Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tips jaga enjin

Tips jaga enjin

Ratings: (0)|Views: 4,655|Likes:
Published by wmr5439
Tips jaga enjin
Tips jaga enjin

More info:

Published by: wmr5439 on May 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/02/2012

pdf

text

original

 
…………………………………………………………………………………..Biarlah Rahsiawww.rahsiawangku.com 
1
Mampukah Ekstraktor tingkatkan kemampuan enjin?
 
Kenapa Perlu Tukar minyak pelincir ikut jadual?
 Ekstraktor tingkat kemampuan enjin
 
PAIP ekzos asal dari kilang membenarkan sejumlah besar asap ekzosuntuk tinggal pada setiap silinder, di mana ia akan bercampur semuladengan campuran petrol dan udara yang baru (fresh incoming fuelcharge).Apabila ini terjadi, semakin kurang campuran petrol-udara baru yangdapat dimasukkan ke dalam silinder sewaktu lejang pengambilan (intakestroke). Kurang campuran petrol-udara baru ke dalam silinder bermaknakurang pengeluaran kuasa enjin dan juga kejatuhan pada tahapkecekapan (efficiency) setiap lejang (stroke). Ini bermakna, paip ekzos asalkeluaran kilang, mengehadkan penjimatan petrol dengan membuat enjinkereta berkerja lebih keras untuk membawa berat badan kereta.Asap ekzos yang terperangkap itu juga menyumbangkan kepada suhuoperasi enjin yang lebih tinggi, jangka hayat palam pencucuh yangpendek dan pra-pembakaran (pre-ignition) yang dikenali sebagai"pinging".
Bagaimana ekstraktor dapat meningkatkan kemampuan enjin?
 Ekstraktor bukanlah suatu ekzos paip biasa. Ekstraktor perludirekabentuk dengan teliti supaya ia dapat menarik kesemua asap ekzos
 
…………………………………………………………………………………..Biarlah Rahsiawww.rahsiawangku.com 
2
yang terpakai secepat mungkin dan dengan menyeluruh dalam masayang paling singkat.Apa itu ekstraktor?. Alat ini menyedut (extract) asap ekzos dengan lebihberkesan. Reka bentuk ekstraktor dibuat untuk mengelak rintanganpergerakan asap dan menggalakkan kesan menyedut seperti menyedutair dengan hos daripada akuarium ikan.Tetapi, berhati-hati kerana kebanyakan kepala ekzos yang dinamakan"ekstraktor" di pasaran kini mungkin tidak boleh mencapai tujuannyasama sekali dan hanya membuang duit dan masa anda. Ekstraktor itusebenarnya merendahkan keluaran kuasa enjin dan meninggikankegunaan bahanapi.Di sini diberi sedikit penerangan mengenai reka bentuk ekstraktor danpergerakan asap ekzos. Sudah tentu kita berpendapat bahawa paip ekzosyang lebih besar itu mesti lebih baik, bukan? Tetapi, ini tidak benar.Kebanyakan ekstraktor di pasaran dalam kumpulan ini mempunyai saizpaip yang berlebih-lebihan. Semuanya lebih besar. Sudah tentu bunyinyapun lebih besar dan begitu kuat sehingga terdengar satu kampung.Sebenarnya, paip saiz yang betul tidak perlu besar. Paip yang kecil bolehmempercepatkan pergerakan asap ekzos dan menambah kuasa kuda dantorl enjin pada RPM yang lebih rendah. Kalau kita ingat semulaperbandingan air dari akuarium, hos yang berlubang besar itu sentiasaberputus-putus pergerakan airnya kerana termasuk udara. Sebaliknya,hos yang berlubang lebih kecil tidak berputus-putus pergerakan airnya.
 
…………………………………………………………………………………..Biarlah Rahsiawww.rahsiawangku.com 
3
Tetapi, hos yang sangat kecil lubangnya terlalu lambat pengeluaranairnya. Jadi, kita harus mencari hos yang berlubang tepat saiznya di manatidak terlalu kecil atau terlalu besar. Dengan keadaan ini barulah kitamendapati ekzos yang cekap sekali dengan pergerakan asap yang lancar,berterusan dan mengeluarkan asap dengan kuat.
Bagaimana hendak diketahui saiz yang sesuai?
 Saiz paip ekzos ini perlu dihitung dari satu formula khas untukmenyesuaikan kuasa enjin dan bentuk asi sesondol (camshaft) yangberkenaan.Sedikit pesanan. Elakkan dari menukar bahagian ekzos lain sehinggapenyenyap belakang (silencer) dengan ekzos berlubang besar. Keadaan initidak membantu pergerakan asap. Minta pertolongan seorang kawanyang sudah memasang ekzos berlubang besar pada keretanya dancubalah satu ujian ringkas. Hidupkan enjin dan letak tangan anda dihadapan paip ekzos belakang. Bolehkah anda merasa tekanan gas ekzoskereta kawan anda itu? Atau, ia keluar dengan lemah? Sistem ekzos yangterbaik mengeluarkan asap ekzos dengan tekanan yang kuat dan cepat.Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sebuah mesin hampagas(vacuum cleaner). Penyedutan yang kuat bermakna angin yang keluardaripada belakang mesin itu pun sama-sama kuat. Kalau lubang hossedutan mesin itu ditutup dengan sempurna, angin yang keluar daribelakang mesin itu pun berhenti.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Kama Kmariesha liked this
Mohd Aki liked this
Romeo Me'eo liked this
fuad13 liked this
jeyarajshankar liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->