Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
16Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Guru

Peranan Guru

Ratings: (0)|Views: 424 |Likes:
Published by Bunga_90

More info:

Published by: Bunga_90 on May 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2012

pdf

text

original

 
Sebagaimana yang kita ketahui, seperti dalam pengenalan apa ituKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat utamanya ialahpendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembanganpotensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlakmulia. Oleh hal yang demikian, peranan guru amat penting dalammenjayakan prinsip – prinsip dan kehendak Falsafah PendidikanKebangsaan bagi mencapai matlamat Kurikulum Bersepadu SekolahRendah. (KBSR).Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Gurubertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secaramenyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani.Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru disekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranansebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak,penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkanpembaharuan .Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakanpengajaran dan pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, gurucemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh guru akanmelibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan,dan kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikutkeutamaan atau kefahaman murid, seperti bermula daripada aspek yangmudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam pengetahuanatau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalampengetahuan dan pengalaman mereka. Setiap perkembangan pelajarandiikuti pula oleh aktiviti murid secara terancang dan sebahagainnyaspontan. Pendekatan berasaskan
spiral curriculum
membolehkan murid
 
mengembangkan ilmu sedia ada dan memantapkan pengalaman tersedia.Mereka akan mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkahdemi langkah, fakta demi fakta, yang keseluruhannya secara sistematikdan efektif. Guru menerajui haluan perkembangan pengajaran denganmurid-murid mengayuh bersama menuju ke destinasi yang diketahuibersama. Usaha dan kebersamaan sedemikian boleh mempercepatkanperolehan kandungan pembelajaran dan seterusnya peningkatanpencapaian. Penerangan disampaikan secara susunan tanpa memasukkanterlampau banyak isi pelajaran dalam sesuatu masa berasaskanpendekatan
teach sequentially and globally.
Seseorang guru semestinya mempunyai kecekapan yang mendalamdalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyaipengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadapbidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dankemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik,bertenaga dan inspirasional
.
Seperti dalam matlamat FPK yangmenggalakkkan pembelajaran sepanjang hayat. Bukan setakat itu sahaja,guru berperanan sebagai sumber rujukan kepada murid – murid. Oleh halyang demikian, tidak salah sekiranya seorang guru mempelbagaikan ilmuyang ada dengan pelbagai pengetahuan lain melalui pembelajaran.Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaranatau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guruberkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh,pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan muriduntuk mengikuti lanjutan epistemologi disiplin tersebut. Lebih menarikdan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan danmengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmuyang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akandatang. Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaanmurid atau sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurangberkeyakinan kepada guru tersebut dan hilang minat. Lebih-lebih lagi jika
 
guru sentiasa menghalang murid-murid daripada bertanya perkara yangdi luar kurikulum, sedangkan berminat untuk mengetahui,berkemungkinan mereka kehilangan kecenderungan untuk bertanya danhilang minat untuk mempelajari subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid – muridberlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhanminat mereka untuk belajar.Dokumen Standard Guru Malaysia baru sahaja dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabah. Dokumenini melengkapkan lagi dokumen Tonggak Dua Belas Perkhidmatan dan juga Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006 – 2010). Secaralangsung, Pelan Induk Pembangunan Negara (PIPP 2006 2010)menetapkan perancangan untuk meningkatkan pembangunan modalinsan pelajar. Bagi tujuan tersebut, menjadi tanggungjawab guru untukmenjayakan PIPP yang akan tamat pada tahun ini. Salah satu elemenyang tersirat dalam semua teras PIPP adalah merangka suasana alamsekolah bagi mewujudkan budaya kasih sayang di sekolah khususnyaantara guru dan pelajar.Seterusnya, sesuai dengan matlamat KBSR dan juga melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mementingkanelemen emosi, guru juga berperanan untuk mengawal emosi sertamenunjukkan perasaan kasih sayang antara pelajar dan guru. Untukmelahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis dari segi emosi,menjadi tanggungjawab seorang guru dan guru berperanan memupuksikap berkasih sayang antara satu sama lain. Jika para guru di Malaysiadapat membina satu dunia kasih sayang di sekolah, maka akan semakinramailah pelajar yang ingin datang ke sekolah.Selain itu juga, ia dapat mengajar pelajar supaya dapat menanganiemosi dalam kehidupan. Sebagai contoh, sekiranya seorang guru tidakdapat mengawal emosi marah, emosi ini akan terbawa – bawa ke dalamkelas. Secara tidak langsung, murid – murid akan menjadi mangsa kepada

Activity (16)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ridhwan Ahmad liked this
aal_tahani liked this
zakisom_tropika liked this
LIND'71 liked this
Wahida Amalin liked this
hafizkong1984 liked this
hafizkong1984 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->