You are on page 1of 7

Lantai Bangunan Dalam Pembinaan UMT Runtuh, Seorang Pekerja Maut

Lantai di tingkat tiga sebuah bangunan milik Universiti Malaysia Terengganu yang sedang dalam
pembinaan dekat Gong Badak, Terengganu, runtuh lewat petang tadi mengorbankan seorang
pekerja binaan.

Dua orang lagi pekerja mengalami kecederaan serius manakala dua lagi cedera ringan.

Kesemua mereka adalah pekerja warga asing dari Bangladesh.Semasa kejadian jam 5.30 petang
itu, tiga lagi pekerja yang turut berada di situ terselamat.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim ketika dihubungi
berkata, bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk menempatkan Institut
Oseanograf dan Institut Akuakultur.

Runtuhan itu berlaku katanya adalah disebabkan oleh perancah yang lemah pada lantai di tingkat
tiga.

“Itulah yang kita dapat tahu bukan disebabkan oleh struktur yang lemah," katanya.

Dr Yahaya juga berkata, satu siasatan akan dilakukan bagi mencari punca kejadian secara
terperinci dan sehingga itu, semua kerja-kerja pembinaan pada bangunan berkenaan akan
dihentikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Pauzan
Ahmad berkata, buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal
dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap
dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja
pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10
petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat
kejadian.

"Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu
di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh
bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

"Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang
sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah," katanya.

Pauzan berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih
berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam tadi untuk menjalankan kerja-kerja mencari
dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula
dibina pada 15 Disember 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, berkata, beliau
berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

"Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan
apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang
masih basah dan ada yang berdarah," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika
dihubungi berkata, projek yang sedang dijalankan itu adalah di bawah seliaan Jabatan Kerjaraya
(JKR).

Beliau turut menyatakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak disangka itu.

“Saya berharap JKR akan menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman yang kini sedang berada di Kanada pula
menjelaskan beliau telah mengarahkan para pegawai universiti menghantar laporan terperinci
berkaitan kejadian itu kepadanya dengan segera.

Beliau hanya dijadualkan kembali ke tanah air hujung minggu ini.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah melawat tempat kejadian
lewat petang tadi sebelum menuju ke hospital untuk melawat mangsa.
Bangunan di UMT runtuh satu maut, empat cedera
‘Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’…RUNTUH!..dan TUMBANG!...dan
TERSUNGKUR!..menyembah bumi di negeri Terengganu Darul Runtuh.

Justeru itu, Terengganu sekali lagi melengkapkan koleksinya sebagai sebuah negeri yang paling
kerap berlaku struktur bangunan runtuh serta tumbang meski pun tidak berlaku gempa bumi
berskala ‘0’ richter.

Malunya…dan di manakah Awang hendak letak muka ini apabila dihubungi oleh kawan-kawan
dan bertanyakan apa lagi yang runtuh, telah runtuh dan bakal runtuh.?

Kejadian terbaru berlaku apabila bangunan Institut Oceangrafi dan Institut Akuakultur di
Universiti Malaysia Terengganu(UMT) runtuh pada jam 5.15 petang tadi bertarikh 29 Mac 2010.

Dalam tragedi tersebut seorang pekerja asing warga Bangldesh yang tidak ‘berdosa’ dan datang
ke negara ini ingin mencari rezeki yang halal maut ditimpa konkrit bangunan.

Manakala, empat lagi rakannya cedera parah yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah
Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sumber Awang memberitahu sewaktu kejadian berlaku dipercayai lapan pekerja asing terbabit
sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di tapak konkrit di bangunan empat tingkat tersebut.

Ekoran kejadian tersebut, seorang maut selepas tertimbus dengan konkrit simen, seorang lagi
tersepit di celah besi penahan dan tiga lagi berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba Dan
penyelamat.
Menurut saksi kejadian, Encik Sharif Dollah, 33, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan
menyebabkan pekerja gagal menyelamatkan diri.

Beliau yang juga Penyelia Tapak Projek menjelaskan punca kejadian berlaku apabila besi
penahan tiba-tiba patah serta menghempap pekerja berkenaan.

“Masa itu tengah buat kerja, tiba-tiba ‘stagin’ patah dan menghempap pekerja yang sedang
mengisi simen hendak buat tangki air, seorang mati dan seorang lagi tersepit, semua dari
Bangladesh,” ujarnya.

Bagaimanakah pula dengan nasib ahli keluarga warga Bangladesh yang malang tersebut yang
mungkin anak bininya sedang menunggu kepulangan serta rezeki yang akan dihantar oleh
ayahnya atau ibubapanya di kampung halaman di sana.

Mungkin, esoknya ahli keluarga mangsa kejadian itu akan menerima berita kematian tersebut
dengan 1001 macam persoalan dan jawapannya.

Awing dimaklumkan oleh penduduk setempat mangsa yang meninggal dunia itu seorang muslim
yang baik serta menjado ahli jemaah di sebuah surau berhampiran dengan lokasi kejadian di
UMT.

Untuk itu, dengan rendah hati dan penuh keinsafan marilah sama-sama kita atau pembaca blog
‘apa orang kata’ ini menghadiahkan AL-FATIHAH kepada mangsa yang terkorban itu.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyifatkan kejadian tersebut
berlaku akibat kecuaian pekerja sendiri.

Kenyataan MB tersebut banyak komen yang Awang terima sebagai tidak bertanggungjawab dan
jawapan ‘politik’ pimpinan Umno_BN Terengganu untuk menutup kesalahan.

Pada hal, jika kita lihat kepada gambar dan rakaman video yang diambil bukan masalah ‘stagin’
yang runtuh tetapi masalah lain yang menimpa ‘stagin’ tersebut lalu runtuh dan jatuh ke bawah
menimpa mangsa terbabit.

Manakala, Pengarah Bomba Terengganu, Mohd Fauzan Ahmad menjelaskan, mangsa yang
tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.15 petang.

Katanya, operasi pembersihan masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi nyawa serta sebarang
kejadian baru berlaku lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah menggesa pihak
bertanggungjawab melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Ini kerana, katanya kebimbangan juga terhadap semua bangunan-bangunan yang baru dibina
setahun dua kebelakangan ini terutama melalui projek dana khas.
“Kami (PAS) minta pihak bertanggungjawab itu buat siasatan terperinci sebab-sebab keruntuhan
dan kita (PAS) masih ragu-ragu dengan keselamatan bangunan-bangunan baru dibina setahun
dua ini.

“Kita (PAS) lihat juga selepas kejadian Masjid Bujal dirobohkan, satu persatu bangunan-
bangunan kerajaan roboh dan runtuh,” jelasnya.

Menurutnya, peristiwa yang berlaku di UMT ini ekoran kejadian yang sama pernah menimpa
dewan sekolah di Wakaf Tapai, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, makmal
komputer, bumbung Masjid di Kertih dan banyak lagi.

Tinjauan yang Awang buat mendapati struktur bangunan yang runtuh tersebut berhampiran
dengan bangunan kuliah dan ketika itu penuntut UMT sedang belajar.

Kontraktor utama projek pembinaan tersebut adalah Pembinaan M.A.N Sdn Bhd yang beralamat
di Kampung Losong Masjid dan tarikh pembinaannya bermula 15 Disember 2008 dan dijangka
siap 18 Oktober 2010.

Akhir kata, negeri Terengganu barang kali boleh dianugerahkan suatu pingat baru iaitu
‘PINGAT JASA RUNTUH’ (p.j.r) atau ‘SIJIL CEMERLANG RUNTUH’ (SCR) untuk ISO
2008-2010 dan untuk itu tepukan paling gemuruh khas untuk Umno dan kerajaan Barisan
Nasional (BN) Terengganu.

Dicatat oleh Awang Harun di 23:36

You might also like