2
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Trademarkdan teknik ganjaran. Tujuan kajian ini boleh dicapai melalui dua objektif utama iaitu:1. Meneroka penggunaan Trademark dan teknik ganjaran untuk menarik perhatianpelajar dalam menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran danpembelajaran.2. Meneroka proses mengubah tingkah laku pelajar dengan cara meningkatkan tingkahlaku positif (sebagai contoh menumpukan perhatian ketika proses pengajaran danpembelajaran berlangsung dan mengurangkan tingkah laku negatif (kurangmenumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung)
KAJIAN PERPUSTAKAAN
“
Trademark
”
ialah simbol atau penunjuk yang digunakan oleh individu, sesuatu organisasiatau badan berdaftar untuk menunjukkan atau memberi pengenalan bahawa sesuatu produkatau servis itu berasal daripada sumber yang unik, dan untuk membezakan produk atauservis tersebut berasal daripada entiti tersebut(http://www.wikipedia.com).
“
Trademark
”
merupakan sejenis harta intelek dan biasanya adalah daripada elemen nama, perkataan,frasa, logo, simbol, rekaan, imej atau kombinasi elemen-elemen ini. Perkataan
“t
rademark
”
juga digunakan secara tidak rasmi untuk mewakili sebarang perbezaan dimana individuterbabit telah dikenali seperti ciri-ciri artis yang terkenal.
“Trademark” ini digunakan oleh
para pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku apabila gurumendapati mana-mana pelajar kurang menumpukan tumpuan atau fokus serta menunjukkantingkahlaku yang negatif.
Penggunaan teknik ganjaran (token) merupakan sistem peneguhan yang simbolik(Kazdin,1977; Kazdin & Botzin,1972). Teknik ganjaran (token) dipanggil sistem ekonomikerana ia berdasarkan sistem kewangan, yang mana wang merupakan bentuk token yangpaling asas. Dalam dunia pekerjaan, apabila seseorang selesai melaksanakan tugasan,mereka akan menerima wang gaji sebagai balasan. Seterusnya wang itu akan digunakanuntuk membeli rumah, makanan dan sebagainya iaitu sama prinsip yang digunakan dalamkaedah pemberian ganjaran (token). Pelajar akan menerima ganjaran (token) apabilaberjaya menunjukkan tingkah laku yang telah ditetapkan, di mana mereka boleh menukartoken itu dengan objek atau aktiviti yang telah dikenal pasti boleh dijadikan sebagaipeneguhan. Kaedah peneguhan melalui pemberian ganjaran (token) telah digunakandengan jayanya pada semua peringkat umur dan populasi termasuk pra-sekolah (Blanding,Richards, Bradley-Johnson, & Johnson,1994); pelajar yang bermasalah pada organ deria,termasuk bermasalah pendengaran (Buisson, Murdock, Reynolds, & Cronin, 1995); individuyang bermasalah mental (Corigan, 1995); dan pelajar pelbagai masalah tingkahlaku (Lucker& Molloy, 1995). Token boleh terdiri daripada markah yang dicatatkan pada papan markah.Token juga boleh dibuat dalam bentuk pelekat, bintang, guli, kertas berwarna,
happy faces
,reben, kain perca atau apa-apa sahaja objek yang kecil dan menarik. Ciri-ciri token yangberkesan ialah:1. Token mestilah sesuatu yang pelajar boleh lihat, sentuh dan kira.2. Token mestilah bukan benda yang terlalu kecil atau besar sehingga pelajartidak dapat menyimpan, menjaga dan mengiranya.3. Pelajar mestilah dapat menukar token dengan peneguhan yang sebenarseperti dalam bentuk hadiah.4. Token yang dipilih mestilah sesuatu yang tidak dapat diperolehi denganmudah oleh pelajar seperti dengan cara membeli sendiri atau mencuri. Jikahal ini berpotensi untuk berlaku, guru mesti menyimpan token tersebut.5. Setiap pelajar mesti memahami bahawa setiap token boleh ditebus denganpelbagai bentuk peneguhan.