Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
20Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

Ratings: (0)|Views: 4,144|Likes:
SKSJ2093 Analisis Pilihanraya
SKSJ2093 Analisis Pilihanraya

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on May 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/21/2013

pdf

text

original

 
1.0PENDAHULUAN
Malaysia telah mewarisi sistem Raja Berperlembagaan
(constitutional monarchy)
sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Salah satu ciri utama sistem ini ialah pihak pemerintah harus dibentuk berasaskan pemilihan yang dibuat sendiri oleh rakyat.Lantaran itu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam proses pemilihan pucuk pimpinan dan pemerintahan, Artikel 114 Perlembagaan Persekutuantelah menetapkan agar diadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali. Justeru itu, dengankata-kata lain, rakyat diberi mandat melalui proses pembuangan undi untuk menentukan pimpinan negara. Sehubungan dengan itu, menurut Ghazali Mayudin ( 2009 ), olehkerana demokrasi itu sendiri asalnya bermaksud “ pemerintahan oleh rakyat ”, maka pilihan raya merupakan amalan yang tidak dapat dielakkan di dalam sebuah negara yangmendakwa mengamalkan sistem demokrasi . Melalui pilihan raya rakyat berpeluangmenyatakan pilihan mereka di kalangan calon atau parti politik yang bertanding. Selaindaripada itu, ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk menggantikan pemimpin atau parti lain yang dianggap lebih sesuai.Lazimnya, parti-parti politik akan bertanding bagi merebut seberapa banyak yangmungkin kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN ). Pemilihan adalah berdasarkan kepada kemenangan melalui kiraan undi terbanyak atau majoriti mudah yangdicapai oleh individu-individu yang telah dicalonkan oleh parti-parti politik untuk  bertanding dalam pilihan raya umum dan negeri. Pemilihan parti politik pemerintah di peringkat Persekutuan adalah ditentukan melalui kemenangan dua per tiga daripada jumlah kerusi Parlimen atau kemenangan dua per tiga daripada jumlah kerusi DUN di peringkat negeri oleh sesebuah parti politik. Kemenangan dua pertiga daripada kerusi-kerusi yang dipertandingkan akan melayakkan sesebuah parti politik itu membentuk kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Parti politik yang memperoleh majoritidua pertiga kerusi akan memerintah bagi tempoh selama lima tahun sehinggalah pilihanraya umum berikutnya diadakan.Page
1
of 
22
 
2.0KONSEP PARTI POLITI
Menurut Edmund Burke ( Rodee : 1983
),
 parti politik boleh didefinisikan sebagaisekumpulan manusia yang bersetuju di atas sesuatu prinsip yang membolehkan mereka berkhidmat kepada negara. Selain daripada itu, ia juga dapat diertikan sebagai satukumpulan individu yang tersusun dan mempunyai hasrat untuk berkuasa. Justeru,melalui kuasa tersebut mereka akan memperoleh keuntungan dari aspek kawalansepenuhnya terhadap kuasa yang dimiliki. Syed Ahmad (1995) pula ketika memetik definisi-definisi yang terdapat di dalam buku karya Peter B. Harris telah menggariskan beberapa pengertian mengenai parti politik. Antara pengertian parti politik menurut beliau ialah:-i)Parti ialah satu badan orang-orang yang bersatu untuk bersamamembina kepentingan negara melalui prinsip-prinsip tertentu yangmereka setuju bersama;ii)Parti ialah kumpulan dengan penyokong-penyokongnya berpegangkepada prinsip-prinsip yang sama;iii)Parti ialah satu kumpulan yang tersusun dan berusaha untuk menguasai kedudukan individu dan dasar sesuatu kerajaan;iv)Parti ialah satu kumpulan kuasa yang statusnya telah dirasmikan,dan ia berfungsi sebahagian daripada rejim pemerintahan;v)Parti ialah organisasi tetap dan berterusan sebilangan orang berminat untuk menguasai kuasa atau terus menyimpannya;vi)Parti ialah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapitetapi berusaha untuk memilih pemegang-pemegang jawatankerajaan di bawah sesuatu label tertentu.Page
2
of 
22
 
Sejarah kemunculan parti-parti politik dikatakan bermula di Eropah dan sangat berkait rapat dengan kemunculan kerajaan perwakilan
( representative government )
serta perluasan kuasa hak mengundi kepada pelbagai golongan masyarakat ( GhazaliMayudin : 2009 ). Senario ini timbul susulan daripada keruntuhan institusi istana dangereja seperti yang berlaku di England. Keadaan tersebut telah menyebabkan penubuhandewan perwakilan dan parti-parti berkembang begitu pesat sehingga mengakibatkanketidakmampuannya menampung jumlah keahlian yang semakin bertambah. Justeru itu,maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin membesar dan mampumenampung jumlah pertambahan ahli yang besar. Jika di Eropah kemunculan parti-parti politik mempunyai kaitan dengan semakin demokratiknya sistem pemerintahan danmeluasnya hak mengundi, di negara-negara membangun pula perkembangannya dapatdilihat dari perspektif yang berbeza. Menurut Ghazali Mayudin ( 2009 ), rata-rata parti politik yang ditubuhkan di negara-negara tersebut bermotifkan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan atau membebaskan negara dari penjajahan kuasa baratseperti Perikatan di Tanah Melayu, Parti Kongres di India dan Parti Nasional Indonesia .Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah parti politik terdapat dalam hampir seluruh negara di dunia, tidak kiralah sistem politik apa yang menjadi amalan sesebuahnegara itu sama ada demokrasi atau bukan demokrasi. Walau bagaimanapun hanyanegara yang mengamalkan konsep pemerintahan monarki sahaja yang tidamembenarkan kewujudan parti politik. Dalam sebuah negara yang mengamalkandemokrasi, kewujudan parti politik memang tidak dapat dielakkan, malah dianggapsebagai satu kemestian. Keadaan ini dijelaskan oleh M.G. Roskin (1994) yangmerumuskan bahawa sesebuah negara itu tidak dianggap sebagai mengamalkan sistemdemokrasi andainya tidak terdapat parti-parti politik yang bersaing sesame mereka untuk mendapatkan kuasa. Justeru itu, walau apa tujuan penubuhannya, ternyata kewujudan parti adalah penting kerana ia mampu menjalankan fungsi-fungsi tertentu.Page
3
of 
22

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nazri71 liked this
Nonie Mohd Ali liked this
Akhwat Muslimah liked this
Ridzuan Abdullah liked this
tarabassg liked this
yenying liked this
mss_ateh08 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->